Friday, August 12, 2011

7 faktor utama kenapa gejala #murtad di Selangor semakin menjadi-jadi



Video - Anwar sokong Lina joy


Berdasarkan pemerhatian, berikut adalah 7 faktor utama yang berkemungkinan menyebabkan gejala murtad semakin menjadi-jadi di negeri Selangor:-

1. Sokongan terbuka Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PR terhadap gejala murtad seperti kes Lina Joy dan sokongan terhadap pembela golongan murtad seperti Ambiga.

2. Pada ketika golongan paderi, pastor dan sukarelawan agama lain sibuk mendekati golongan yang miskin ini, golongan agama dalam Pas sibuk berpolitik di masjid, surau dan sekolah serta berpolitiking dan serang menyerang sesama sendiri. Manakala Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr Muhammad Nur Manuty `tidur lena' sehingga ahli-ahli Melayu PKR terus keliru dan sesat dalam ideologi sosialisme, pluralisme dan sekularisme.

3. Sokongan terbuka pemimpin PR terhadap usaha memurtadkan umat Islam secara halus melalui usaha menggantikan Biblical God dengan kalimah Allah.

4. Ulama dan golongan agama PR turut mempromosikan ideologi ciptaan manusia seperti sosialisme di masjid-masjid dan di surau-surau. Ini semakin mengelirukan umat Islam dan lama kelamaan boleh menggelincirkan mereka kepada kesesatan dan kemurtadan.

5. Kegagalan PR menunaikan janji-janji untuk membela golongan ibu tunggal dan miskin sehingga menyebabkan mereka begitu mudah diRASUAH untuk menukar agama.

6. PR Selangor tidak menggariskan sebarang dasar dan hala tuju yang jelas mengenai usaha memartabat kedudukan agama Islam di negeri Selangor.

7. PR Selangor tidak menggariskan sebarang dasar dan pendekatan yang berkesan untuk memerangi gejala murtad di negeri Selangor.

Sama-sama kita perangi gejala murtad yang semakin kritikal di negeri Selangor. JOM beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam dan laksanakan tanggung jawab kita semua sebagai seorang Muslim yang sayangkan aqidah saudara seagamanya.

No comments:

Post a Comment