Monday, July 25, 2011

#BersihStories Ambiga TIPU Rakyat Malaysia dan langgar 3 titah Agong; Agong kata `NO' untuk `rally' dan Stadium Merdeka? #bersih #berSHIT


Ambiga derhaka tipu Agong?


Sebagai rakyat Malaysia, kita tertanya-tanya, selepas Ambiga keluar dari mengadap DYMM Yang Di Pertuan Agong, kenapa tidak ada sebarang titah hitam putih atau minit perbincangan tentang apa yang diputuskan semasa perbincangan DYMM Yang Di Pertuan Agong dengan Ambiga. Rakan blogger Double-Y telah mendapat maklumat dari sumber yang dipercayai bahawa sebenarnya Ambiga telah berbohong mengenai titah persetujuan DYMM Yang Di Pertuan Agong dan telah melanggar 3 TITAH Tuanku.



AMBIGA INGKAR TITAH YANG DIPERTUAN AGONG?

Dalam masa yang sama juga Ambiga yang merupakan penganjur perhimpunan tersebut sebenarnya bertindak melanggar titah DYMM Yang di Pertuan Agung semasa pertemuan Baginda dengan Ambiga.

Kita dapat maklumat bahawa Baginda menitahkan 3 perkara kepada Ambiga :

1 - Jangan berhimpun.

2- Jika hendak berhimpun hendaklah dilakukan di dalam stadium, dan mestilah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak Polis.

3 - Jangan gunakan Stadium Merdeka.

Benarkah 3 perkara ini dititahkan oleh DYMM Yang di Pertuan Agong kepada kamu wahai Ambiga?

Patutlah sampai sekarang Ambiga tidak membuat kenyataan mengenai apa yang disampaikan oleh Tuanku Yang di Pertuan Agong kepada beliau. Rupanya ada perkara yang disorok dari pengetahuan rakyat Malaysia.


Kalau perkara ini benar, nampaknya Ambiga telah bertindak ingkar dengan titah Tuanku dalam masa yang sama Ambiga juga telah menipu semua penyokong BerSHIT!!

No comments:

Post a Comment