Akhirnya kita tahu kenapa penganjur sesuatu program perlu halal di segi undang-undang dan kenapa pelbagai pertimbangan perlu dibuat sebelum memberi permit terhadap penganjuran sesuatu acara. Allah swt telah menunjukkan bahawa terlibat dalam perhimpunan haram seperti Bersih adalah satu risiko yang besar, apa lagi jika peserta mati sewaktu terlibat dengan program haram ini.
Hakikatnya; Bersih adalah;
1. Perhimpunan haram yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan haram dan menggunakan pendekatan haram dari syariat Islam.
2. Pada waktu yang sama penganjur gagal menjamin bahawa mereka berkemampuan mengawal jumlah peserta yang ramai seperti yang dianggarkan, iaitu 300,000 orang.
3. Tiada ikatan/bon dikenakan terhadap penganjur untuk membayar ganti rugi terhadap sebarang kecelakaan dan kerosakan harta awam dan persendirian sekiranya penganjur gagal mengawal keadaan
4. Tiada pemeriksaan kesihatan dibuat untuk peserta perhimpunan yang berisiko ini dan tidak ada sebarang insuran diambil untuk setiap peserta yang terlibat.
5. Penganjur juga gagal menyediakan pasukan perubatan yang mencukupi untuk bertindak menyelamatkan peserta yang berkemungkinan mati secara mengejut; tidak seperti langkah-langkah yang diambil oleh penganjur acara marathon.
Nasihat kita - jangan terlibat dengan perhimpunan haram yang berisiko tinggi begini. Silap-silap, polisi insuran yang diambil berpuluh-puluh tahun pun tak cover kematian kita. Jangan mati sia-sia!
Rasulullah SAW menunjukkan contoh cara menasihati pemimpin melalui sabda yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemimpin itu dan ajaklah (nasihatilah) dia secara tersembunyi. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat itu) maka itulah yang diharapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) sudah melaksanakan tanggungjawabnya.” (Hadis riwayat Ahmad)
ReplyDeleteTerbaik, ini yang menyelamatkan umat Islam & menyebabkan islam terpelihara
ReplyDelete