Monday, June 13, 2011

Blogger - Zahid perlu sedar pemimpin tertinggi UMNO perlu bijak, tahu jawab isu


Saya masih memantau dan meneliti tulisan para blogger tentang kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi. Ada yang menghentam Unit Media Baru (UMB) dan ada yang menghentam Zahid. Saya akan memberi komen dalam masa terdekat, tetapi yang pentingnya, saya tidak mahu 'jump the gun' kerana mungkin Zahid tidak menujukan kritikan beliau kepada UMB, sebab UMB tidak diberi penghak upayaan dan peruntukan untuk mengendalikan jentera perang siber UMNO, melainkan di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dan PRN Sarawak.

Di luar PRK dan PRN Sarawak, siapakah yang diberi penghak upayaan mengendalikan jentera perang siber UMNO?

Jangan main-main, kerana silap-silap yang dikritik oleh Zahid adalah nama-nama besar dalam UMNO, di Ibu Pejabat, di negeri-negeri, di pejabat Perdana Menteri, termasuk Menteri dan pemimpin UMNO tertentu yang memberikan penghak upayaan kepada kumpulan-kumpulan tertentu untuk mengendalikan perang siber UMNO.

Siapa yang dimaksudkan Zahid?

Apa pun tulisan blogger Azli Shukri menarik kerana mungkin dia menyindir pemimpin UMNO yang tidak cekap mengendalikan kenyataan mereka sehingga ia menjadi bahan spin pembangkang dari semasa ke semasa. Saya mempunyai pandangan yang berbeza. Nanti kita huraikan.


Zahid Hamidi : Kenyataan Yang Terpaksa Disanggah!

Dalam satu kenyataan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi mendakwa bahawa unit media baru UMNO telah gagal menjalankan "tanggungjawab" mereka dalam berhadapan dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh unit media baru pembangkang. Benarkan begitu? Dari mana Zaid memperoleh maklumat atau data tersebut? Atau ia sekadar persepsi yang tiada hujung pangkalnya.

Beban untuk menjawab dan membalas hujah-hujah Pakatan Rakyat bukan hanya terletak di atas bahu para bloggers UMNO semata-mata, tetapi para pemimpin tertinggi UMNO juga perlu bijak dan tahu bagaimana untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka. Sikap Zahid yang menyalahkan unit media baru UMNO semata-mata, secara tidak langsung memperlihatkan ketidakmatangan Zahid dalam berpolitik dan selok-belok peperangan dunia siber.

Baca tulisan penuh Azli Shukri di sini http://azlishukri.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment