Friday, June 3, 2011

Samseng ugut blogger pro-BN? Polis perlu segera ambil tindakan!


Sikap samseng pemimpin dan penyokong pembangkang memang menjengkelkan. Kononnya mereka ini golongan yang memperjuangkan kebebasan bersuara, tetapi dalam senyap mereka ini hanya manusia yang akan memburukkan lagi tahap kebebasan bersuara di negara ini dengan tindakan-tindakan samseng mereka.

Bukan kali pertama saya mendengar blogger dan pejuang siber pro-BN diugut menggunakan samseng. Kali ini mereka sudah melampaui batas. Saya bersimpati dengan blogger RBF dan sdr Shamsul Azra yang menjadi mangsa sikap samseng cybertrooper pro-pembangkang.

Petikan dari blog RBF

Dua Lelaki Datang Cari RBF

Saya baru menerima berita dari pengawal keselamatan di kawasan kediaman saya. Katanya ada dua lelaki yang tidak dikenali dan berlagak samseng telah datang ke pondok pengawal tersebut bertanyakan mengenai saya kepada pengawal keselamatan terbabit.

Pengawal berkenaan cuba mengelak untuk menjawab apa-apa pertanyaan mereka, tetapi mereka cuba buat baik dan memujuk pengawal itu.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, sebelum ini kejadian seperti itu tidak pernah berlaku semenjak saya menetap di sana selama 12 tahun.

Saya tidak tahu apa puncanya dan saya tidak mahu menuduh sesiapa dalam hal ini. saya nak pulang ke rumah terlebih dahulu ditemani sekumpulan rakan-rakan untuk berjumpa pengawal keselamatan terbabit dan akan ke balai selepas itu. (klik untuk artikel penuh - http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/06/dua-lelaki-datang-cari-rbf.html)


Di bawah pula adalah video laporan polis yang dibuat oleh seorang individu bernama Shamsul Azra.







No comments:

Post a Comment