Thursday, May 26, 2011

JOM BERCHENTA!


Sempena Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya, Kementerian Belia Sukan (KBS) dan Majlis Belia Kawasan Putrajaya (MBKPj) akan menganjurkan program ‘Jom BERCHENTA’ dengan kerjasama serta agensi Kerajaan lain mulai jam 9 pagi hingga 6 petang dari 27 hingga 29 Mei 2011 di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.

Apa maksud BERCHENTA? (C:Cara H:Hadapi E:Emosi N:Naluri T:Tingkahlaku A:Anda). Program ini menyediakan segmen-segmen yang memberi fokus kepada bidang Kerjaya, Keusahawanan, Kekeluargaan, Pendidikan, Kesihatan, Kewangan Peribadi, Rujukan Agama dan Wanita. Golongan sasar program adalah para belia, penjawat awam, pekerja sektor swasta, usahawan, ibu bapa, wanita, mahasiswa dan para pelajar sekolah.

Di samping itu, program ini juga menyediakan booth pameran dan taklimat atau ‘Lesson Talk’ mengenai SELF: Self Emotional Freedom Technique, Sesi Pendaftaran Kelab YO (Youth Orbit), Pengurusan Stress, Peluang Keusahawanan, Tips Menghadapi Temuduga, Pengurusan Kewangan ‘Bijak RM’, Art Therapy, Kesihatan Mental dan Diet Seimbang.

Bersama-sama ini dilampirkan jadual program bagi Program Jom BERCHENTA. Sebarang keterangan lanjut sila hubungi :- Muzamil Ariff 019-6448959; Nasru Syazwan 013-3433397.

Dijemput juga para belia untuk bersenam aerobik untuk program 'belia sihat minda cergas' pada 28hb Mei 2011, di MAHA YOUTH, precint 2, putrajaya, bermula jam 9.30pagi. Waktu latihan bermula pada hari khamis, 26.5.11, 5.30ptg di nombor 14, jalan P16D/1, Presint 16, putrajaya. Sukarelawan diperlukan. Jika berminat, sila hubungi Aqyn, 019-3857556-Majlis Belia Kawasan Putrajaya.

No comments:

Post a Comment