Friday, January 8, 2010

Bantahan secara aman di Masjid Negara


Tahniah kepada semua pejuang Islam di seluruh negara yang berusaha mempertahankan kesucian kalimah Allah, memelihara aqidah umat Islam dan menghalang kekeliruan masyarakat Islam dan bukan Islam akibat terjemahan perkataan God dalam Bible sebagai Allah. Tahniah juga kerana berjaya menjayakan bantahan ini secara aman.


Di Masjid Negara, penganjur berjaya membuktikan bahawa kebebasan bersuara dapat digunakan secara bertanggung jawab dan bantahan boleh dibuat secara aman. Penganjur juga berjaya membezakan perhimpunan ini daripada perhimpunan-perhimpunan yang pernah dianjurkan oleh pihak tertentu sebelum ini yang melarat kepada rusuhan jalanan, kemusnahan harta benda awam dan persendirian selain menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyusahkan orang ramai.

Bantahan ini berbeza dangan bantahan yang pernah dianjurkan oleh pihak tertentu sebelum ini kerana pihak yang membantah tidak mempersoalkan integriti hakim, mahkamah dan sistem kehakiman. Ia dilakukan secara terkawal di dalam kawasan Masjid Negara dan orang ramai bersurai apabila diminta berbuat demikian.


Disebabkan itu saya meragui perbuatan membakar gereja dilakukan oleh kumpulan ini. Kumpulan ini tidak perlu bertindak sehingga ke tahap itu kerana percaya bahawa bantahan boleh dibuat dalam ruang lingkup kebebasan bersuara secara bertanggungjawab. Kumpulan ini berpendapat hakim mungkin terkhilaf dalam menafsir beberapa fakta, begitu pun kumpulan ini yakin terhadap sistem kehakiman. Pihak ini juga yakin kepada janji Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu ini secara baik dan kita juga mempunyai harapan yang tinggi bahawa Raja-raja Melayu, sebagai Ketua Agama Islam di dalam negara dan negeri-negeri mempunyai kebijaksanaan untuk meredakan isu ini sesegera mungkin.

Terdapat kemungkinan ada pihak lain yang mengambil kesempatan untuk melakukan perkara seperti ini semata-mata untuk menyemarakkan permusuhan antara agama. Tidak mustahil ia dilakukan oleh pembangkang untuk menggagalkan perjuangan ini atau mungkin juga penganut agam Kristian sendiri bagi menarik simpati masyarakat terhadap mereka atau mungkin juga ia tajaan pihak luar untuk mewujudkan kekecauan dalam negara dan sejumlah kemungkinan yang lain. Saya berharap pihak penganut agama Kristian tidak melulu menuduh dan over-reacting dalam hal ini dan dapat bersabar sementara siasatan dijalankan.

Alhamdulillah tadi saya melihat kesatuan umat Islam dalam isu ini; bagaimanapun amat malang kerana di masjid yang sama ada petugas pembangkang yang turut menyebarkan risalah yang membawa mesej parti pembangkang yang cuba menghalalkan terjemahan perkataan God kepada Allah. Bagi saya, kumpulan ini sengaja melakukan provokasi bagi membangkitkan kemarahan kumpulan yang satu lagi.

Walaupun risalah yang diedarkan itu dicetak oleh Nasyrah Mingguan Hizbut Tahrir, namun jiwa dan semangatnya bukan jiwa dan semangat Hizbut Tahrir yang tulen, sebaliknya hanya bisikan syaitan sekadar untuk menghalalkan pemesongan aqidah Muslim dan pencemaran kesucian nama Allah kerana penyakit wahm, iaitu cintakan dunia - dalam kes ini - demi undi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak!!!

7 comments:

  1. Salam Tun Faisal, ingin dinyatakan di sini, kawan agak keliru dengan insiden ni yang mana kekadang ada pihak sengaja merancang untuk mengambil kesempatan politik dengan isu ini dan selepas itu tuduh UMNO punya angkara.......

    Kawan bukan hendak menuduh mana-mana pihak....

    Tetapi, semua sudah maklum, di negeri Sarawak akan menghadapi P/Raya Negeri dalam tahun ini, memandangkan kebanyakan masyarakatnya menganut agama Kristian dan lain-lain agama.

    Golongan ini menyedari masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak sudah mula kurang yakin dengan perjuangan mereka, adalah tidak mustahil isu kalimah 'Allah' dan diekori pembakaran gereja sengaja dirancang untuk menaikkan rasa benci penganut-penganut bukan Islam kepada Kerajaan BN.........

    Semua pihak perlu berhati-hati disebalik agenda jahat dan licik 'pemikir yahudi' ini.....

    ReplyDelete
  2. ya..benar...

    tidak terlintas pun dalam fikiran..
    isu begini seperti di rancang untuk kepentingan sesuatu..

    sama2 la kita berdoa agar ALLAH dapat memberi hidayah dan hikmah yg baik kepada isu ini..daripada isu ini juga kita lihat orang islam masih sayangkan agama.kesedaran untuk generasi akan datang masih meluap2..subhanallah..

    wallahualam.

    ReplyDelete
  3. PERANGAI UMNO MEMANG MACAM TU. MANA NAK MENGAKU SAMA MACAM IBARAT BALING BATU SEMBUNYI TANGAN.

    DAH BAKAR GEREJA PASTU TAK NGAKU. SAJA NAK BUAT PROVOK. 1MALAYSIA ORANG BUKAN ISLAM TAK PERCAYA PADA UMNO LAGI.

    ReplyDelete
  4. budak2 pembangkang mmg dah tak boleh bezakan antara dosa dan pahala, sebab tu suka memfitnah.. :)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. SIMPATI DGN PEMIKIRAN ORG SAKIT PARPU KUNYIT.DIA YG MENCANANGKAN FITNAH PROVOKASI, PIHAK LAIN YG KENA.MUNGKIN TERLEBIH TGK FILEM FIKSYEN KOT..ngeehehe

    ReplyDelete
  7. Begitulah sikap dan minda penyokong Anwar si "Dajjal" Malaysia. Mereka tidak berminat untuk membawa negara dan rakyat ini kepada kemakmuran bersama dalam suasana kesopanan dan kesusilaan. Mereka bekerja keras bukan untuk membawa manafaat tetapi membawa seberapa banyak mudarat yang boleh kerana mereka tahu mereka sudah tidak sepopuler dahulu dan kebiadapan serta budaya mempertuhankan manusia sudah di tolak mentah-mentah oleh pengundi atas pagar.

    Rakyat melihat dan menilai betapa tidak berupayanya mereka mentadbir negeri Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesemua negeri-negeri itu sekarang sudah hampir muflis. Mereka juga berjaya menunjukkan betapa bersihnya pentadbiran kerajaan BN yg sebelum ini di tuduh 'rasuah paling ngetop' dengan kegagalan mereka membuktikannya.

    Terdesak dan semakin tercungap-cungap mereka ini dan kerana itu mereka sanggup melakukan apa saja hatta menjual kedua ibu bapa mereka di pasaran terbuka, jika terpaksa asalkan ianya dapat mengekalkan kepopularitian mereka.

    Tidak lama lagi mereka akan tersedar bahawa berhala-berhala hidup mereka cuma seorang manusia yang juga mempunyai bau nafas yang busuk.

    ReplyDelete