Jika itu benar maka, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan beberapa orang pemimpin Pas yang mengakui bahawa wujud bai'ah taklik bagi wakil rakyat Pas adalah penipu dan fasiq. Jika sebaliknya, maka Salahuddin dan Mahfuz adalah fasiq dan penipu. Siapakah di antara mereka yang menipu sebenarnya?
Anggota Jawatankuasa Pas Pusat yang dilabelkan sebagai agen Anwar Ibrahim dan pernah didakwa mengamalkan rasuah politik, Husam Musa pula mempertahankan bai'ah ini dengan menyifatkan bai'ah ini penting bagi mempertahankan amanah. Kata Husam, tidak ada hukum yang menyatakan bahawa bai'ah itu salah dan beliau sendiri secara sukarela menerimanya kerana tidak mahu beralih arah ke parti lain.
Ahli Parlimen pembangkang, Zulkifli Noordin, berkata amalan bai'ah taklik ini "mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian." Kata beliau, pada mulanya beliau tidak percaya dengan laporan media tetapi terkejut selepas perkara itu diakui rakannya dalam Pas yang pernah mengangkat baiah itu. "Malah ada di antara mereka menceritakan bagaimana mereka sendiri menggigil apabila mengangkat baiah berkenaan. Yang paling sedih, ada di antara isteri yang dikehendaki hadir dalam majlis baiah ini menangis dan menggeletar mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud," katanya.
Zulkifli juga berkata, beliau terkejut apabila beberapa tokoh politik Pas yang dihubunginya bukan saja tidak merasa bersalah dan berdosa dengan baiah itu malah mempertahankannya dengan alasan dangkal yang tidak bersandarkan al-Quran, sunnah Rasulullah dan sahabat baginda serta khalifah.
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin turut menunjukkan penentangan terhadap tindakan Pas menggunakan bai'ah talak ini kerana menganggapnya seolah-olah memperkecilkan kedudukan wanita. Katanya, kaum wanita yang menjadi isteri kepada wakil rakyat Pas tidak sepatutnya dijadikan cagaran kerana ada antara mereka tidak terbabit dalam perjuangan parti itu.
Benarkah kata-kata ustaz-ustaz Pas bahawa ia tidak menyalahi hukum?
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata tindakan itu jelas mempersendakan kemuliaan isteri apabila menjadikan pasangan sebagai barang gadaian dan jaminan politik. Katanya, amalan baiah atau sumpah taat setia akan jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti itu dengan menyertai parti lain, adalah tindakan mempertuhankan politik dan demokrasi. "Isteri bukannya barang gadaian dan jaminan, sewaktu hendak kahwin kita ambil dengan cara baik dan kita memperisterikannya dengan perjanjian yang besar di hadapan Tuhan."
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut pula menyifatkan bai'ah taklik ini sebagai tidak bertamadun dan boleh menjatuhkan imej Islam. "Talak juga dibenci oleh Allah, baiah seperti ini adalah budaya orang yang tidak bertamadun. Perempuan mahal harganya dan bukan boleh dijual beli dan bab agama jangan dipolitikkan sehingga isteri menjadi mangsa. Sanggupkah dengan politik kita biarkan rumah tangga yang dibina hancur," katanya.
Bagaimanakah bentuk bai'ah masyarakat Yathrib dengan Rasulullah saw di Bukit Aqabah? Adakah isi kandungan bai'ah tersebut sama dengan kandungan bai'ah talak Pas? Ini merupakan kandungan bai'ah mereka kepada Rasulullah saw;
- Kami tidak akan menyekutukan Allah yang Maha Esa
- Kami tidak akan mencuri, melakukan zina, membunuh anak-anak dan bercakap bohong
- Kami tidak akan menolak perkara-perkara baik
- Kami akan mengikut perintah Muhammad Rasulullah baik semasa susah mahupun semasa senang
Dalam bai'ah aqabah kedua pula seperti diriwayatkan oleh Kaab bin Malik Al-Ansari, Rasulullah saw berucap dengan membaca ayat-ayat al-Quran di samping menyeru ke jalan Allah dan menggalakkan mereka kepada Islam, sabdanya: "Aku menuntutkan baiah dari kamu supaya kamu mempertahankan daku seperti mana kamu mempertahankan isteri-isteri dan anak-anak kamu".
al-Bara' bin Ma' rur memegang tangan Rasulullah dengan berkata: "Ya, demi yang mengutuskan dikau dengan kebenaran sebagai nabi, akan kami pertahankan tuan hamba seperti mana kami mempertahankan wanita-wanita kami, dengan itu kami berbaiahlah dengan kamu wahai Rasulullah, demi Allah kami ini adalah keturunan peperangan dan anggota halaqat, ciri ini kami warisi sejak turun temurun".
Semasa al-Bara' sedang berbicara, tiba-tiba Abu al-Haitham mencelah dengan katanya: "Wahai Rasulullah, sebenarnya kami ini ada ikatan dengan kaum Yahudi, bagaimana sekiranya kami putuskan kemudian Allah takdirkan tuan hamba berjaya dalam perjuangan, apakah tuan hamba akan kembali ke pangkuan kaum dan meninggalkan kami."
Jawab Rasulullah diiringi dengan senyum, "Darah dengan darah, roboh sama roboh, daku adalah dari kamu dan kamu adalah dariku, ku memerangi sesiapa yang kamu perangi dan aku berdamai dengan sesiapa yang kamu berdamai."
Jelasnya bai'ah Rasulullah mencerminkan kemurnian perjuangan untuk menegakkan agama Allah swt, mempertahan dan melindungi Rasul-Nya dan bersifat dua hala dan keadilan dua hubungan, iaitu antara rakyat dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat. Sedangkan bai'ah Pas? Jelas mengembalikan manusia dan martabat wanita ke zaman jahiliah dan nyata tidak bersandarkan ajaran Islam.
Siapa bercakap benar dan siapakah PENIPU? siapakah yang FASIQ di antara mereka? Ini adalah akibat apabila Mursidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat menghalalkan persahabatan dengan syaitan. Hakikatnya hari ini pengikut-pengikutnya sudah kembali ke zaman jahiliah dan Membangun Bersama Syaitan. Pas for ALL, take beer!!!!!
semuanya penipu bro..
ReplyDeletesalam bro
ReplyDeletebaiah bukan pekara baru dalam PAS terutama di perak semasa kemelut menubuhkan kerajaan negeri, nik aziz dan Pak Lah bersetuju mengabungkan sebuah kerajaan berlandaskan islam oleh PAS dan UMNO,
tapi mat awang sebagai pesuruh jaya PAS menggunakan bai'ah untuk protection beliau sendiri kerana belaiu yang tidak bertanding kerana muflis tentunya tidak ada tempat untuknya. bai'ah yang berbunyi ' akan jatuhlah talak 3 kepada isteri masing-masing (6 adun PAS) jika mereka berkerjasama dengan UMNO/BN bagi mewujudkan sebuah kerajaan campuran. hari ni mereka terperangkap dengan adengan dajal itu lagi. soalnya kenapa berbai'ah? adakah disebabkan hasilnya akan menghancurkan ummah ataupun kerana PAS yang sedang menggigil takut kehilangan tempat atau kuasa di bawah leader yang terpaksa diangguk-anggukan?
kejahilan dan haloba sifat firaun sebenarnya menguasai mereka, pelik kan, tapi itulah yang mat awang alkukan walaupun sekarang dia tidak lagi muflis selepas penubuhan Pakatan Rakyat, issskkk kenapa lak sebelum PRU tak settle tetapi lepas adanya gabungan PR tetiba tak muflkis... bukan pelik pun, tanya ler pada orang PAS yang tentunya siangguk-angguk akan kata FITNAH! kalau kena kepala dia sendiri esok baru ada akal...
salam bro! HIDUP melayu! TAKBIR!
betul tu apache dan sekupang dua - begitulah org yg menjual agama pd harga yg murah.. :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePelbagai pihak kritik baiah talak tiga Pas
ReplyDeleteOleh Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my
Amalan seolah-olah menghina kesucian perkahwinan
KUALA LUMPUR: Amalan baiah atau sumpah taat setia jatuh talak tiga yang diamalkan Pas terhadap wakil rakyat parti itu yang keluar parti dikritik oleh pelbagai pihak yang berpendapat ia tidak wajar.
Selain menggambarkan amalan itu seolah-olah menghina kesucian perkahwinan kerana meletakkannya setaraf perjuangan politik, ia menghiris hati wanita yang setia berkorban untuk suami.
Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir, berkata walaupun perkara itu biasa dilakukan sebagai tanda taat setia, talak tiga amat dibenci oleh Allah.
"Ia memang salah kerana mengaitkan perkara yang dibenarkan dan dilarang. Sama juga kalau kita bernazar minum arak. Bernazar itu tidak salah, tapi minum arak itu salah," katanya semalam.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar berhubung pendedahan pemimpin Pas yang mengamalkan baiah talak tiga jika wakil rakyat Pas mengkhianati parti, termasuk melompat parti.
Kelmarin, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, berkata presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengarahkan siasatan dijalankan berhubung kewujudan amalan itu.
Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor, Datin Paduka Rakibah Abd Manap, berkata amalan baiah talak tiga seolah-olah memberi kuasa kepada parti menjatuhkan hukum yang tidak sepatutnya.
"Bagaimana dengan kasih sayang dan pengorbanan isteri kepada suami yang seolah-olah tidak lagi bernilai dengan amalan ini. Saya tidak tahu bagaimana perasaan isteri pemimpin Pas kerana talak tiga jatuh hanya disebabkan tindakan suami tetapi ia seolah-olah mereka (isteri) pula melakukan dosa besar," katanya.
Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia (Helwa), Fadhlina Siddiq pula berkata, baiah itu tidak wajar kerana ia meletakkan ikatan suci perkahwinan setaraf perjuangan politik.
"Perkahwinan amat tinggi tarafnya di sisi Allah dan hubungan suami isteri memenuhi keperluan antara satu sama lain. Kalau isteri disamakan dengan politik, di mana suami meletakkan peranan isterinya," katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj berkata, jika benar baiah itu wujud, ia sesuatu yang janggal kerana terkeluar daripada konteks ikatan perkahwinan yang hanya terlerai jika suami dan isteri berlainan kepercayaan akidah.
"Ia tidak mudah dileraikan dengan tindakan politik seperti melompat parti kerana melompat parti adalah perkara yang biasa terjadi. Politik adalah politik, bukan seperti agama Islam yang menjadi pegangan hidup," katanya
Dewan Muslimat Pas pula memutuskan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu itu sehingga Jawatankuasa Pusat selesai menjalankan siasatan.
Timbalan Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, pihaknya menyerahkan kepada kepemimpinan pusat membuktikan sama ada amalan itu benar-benar wujud atau sebaliknya.