Thursday, November 12, 2009

Isu Bai'ah - Siapa Penipu Rakyat?

Siapa penipu sebenarnya?

Khalid Samad (Khalid Gereja)? Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Hadi Awang dan Nik Aziz?

Video yang dirakam menunjukkan ahli-ahli Yang Berhormat Pas memang melakukah bai'ah jahiliah ini. klik untuk paparan video di sini.


"Pas telah membuat bai'ah, kami ahli Yang Berhormat Pas, jika lompat parti, isteri tertalak tiga..."
Lihat juga gambar Ahli Parlimen Parit Buntar ,Mujahid Yusuf Rawa yang dipetik dari sebuah laman blog posting bertarikh 21 Februari 2008 menunjukkan majlis penyampaian tauliah kepada bakal-bakal calun PAS bagi kawasan Parlimen dan DUN di Perak sebelum pilihanraya umum 8 Mac oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ust Ahmad Awang.




Laman blog berkenaan berkata semasa majlis berkenaan Ahmad Awang telah menyampaikan pesanan dan ingatan kepada semua bakal-bakal calun yang akan bertanding pada PRU ke-12. PAS meletakkan 7 calun bagi kerusi Parlimen dan 21 calun peringkat DUN.Menurutnya sebelum penyampaian watikah dilakukan, Ahmad Awang telah menjelaskan beberapa perkara tentang lafaz ‘bai’ah’ yang perlu dilakukan oleh semua calun pada majlis itu.

Menurut Ahmad Awang, lafaz bai’ah tersebut sama seperti mana yang digunakan di Kelantan; dimana tiada seorang pun yang berani ‘melompat’ walaupun ditawarkan RM5 juta oleh pihak lawan. Laporan blog itu tidak menyebut secara khusus butiran lafaz baiah yang dilafaz itu.Bagaimanapun satu sumber yang layak dipercayai telah menghubungi Agendadaily Rabu memberitahu dia ada dalam bentuk rakaman video pengakuan terbuka seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak PAS mengenai adanya baiah cerai talak tiga isteri jika lompat parti. Berita lanjut di http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp

psst - ehh `politik baru' Mujahid Rawa ke tu? nampak macam politik lama je, politik zaman jahiliah. Satu lagi perkara Mujahid, kata kawan-kawan yang belajar agama, Mujahid dan Ahmad Awang tak belajar hadis dan sirah ke, "buat bai'ah tu macam baca ikrar ke?" kata mereka.

3 comments:

  1. Bro... pegi mampus la sama diaorg nk bai'ah ke, nak roti bai ke, nk bai bai ke. pandai la. Nmpk sngat parti mereka x percaya kan kejujuran dn keihklasan ahli2.Ape punye parti nk jd wakil rakyat pun susah.Kena ikrar la, sumpah la..Patut sumpah x nk makn rasuah atau jg kepentingan rakyat lg bagus no x nak lompat prti. huh... salam bro

    bro.. jgn lupa 10 perkara yg saya smskn kt awk tempohari..insyallah kalau dijlnkn kita raih sokongan ahli dn rakyat kembali. peace

    ReplyDelete
  2. mereka akan dihinakan Allah dengan kesilapan yang mereka sendiri lakukan..

    angkara angkuh untuk berdamai demi membina perpaduan ummah seMalaysia.

    pendedahan menarik Tun !

    ReplyDelete
  3. Sejak dari dulu lagi saya memang tak suka dengan perjuangan parti yang satu ni.

    Ada tak kita tengok DAP mengamalkan ajaran agama mereka didalam ceramah ataupun mengkafirkan mereka yang sememangnya dan kafir kepada MCA dan Gerakan semata-mata kerana tak bersefahaman dalam politik.

    Ini kerana mereka yang kafir pun tahu agama adalah sesuatu yang suci tak boleh dijual beli dan dilacurkan.

    ReplyDelete