Saya telah mengikuti lima persidangan meja bulat mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Kecuali dua persidangan, dalam tiga persidangan yang lain, pihak yang bersuara telah menyampaikan pandangan mereka berdasarkan kepentingan yang mereka wakili. Sememangnya itu yang dihasratkan dalam persidangan meja bulat.
Bagaimanapun membuat desakan memang senang kerana kita hanya mewakili satu kepentingan. Sebaliknya membuat keputusan sebenarnya cukup susah kerana terpaksa mempertimbangkan banyak kepentingan.
Disebabkan itu saya telah membuat tinjauan suara mengenai tiga perkara berkaitan PPSMI menerusi blog saya, http://www.tunfaisal.blogspot.com.
Saya bertanya tiga soalan, pertama; jika anda merupakan Menteri Pelajaran, adakah anda akan meneruskan PPSMI, kembali ke polisi asal, kembali ke polisi asal di sekolah rendah tetapi PPSMI diteruskan di sekolah menengah, memulakan PPSMI di Tahap Dua, atau meneruskannya dalam dwibahasa? Soalan kedua adalah; jika anda adalah ibu bapa dan ada dua buah sekolah yang sama dari segi kualiti, sebuah mempraktikkan PPSMI, satu lagi tidak, yang mana satu yang akan anda pilih? Soalan ketiga pula adalah; perjuangan bahasa lebih penting daripada perjuangan bangsa, kestabilan ekonomi dan kestabilan politik, setuju atau tidak?
Bagi soalan pertama; 46 peratus menjawab mereka akan meneruskan PPSMI, 42 peratus mahu berpatah semula ke polisi asal, enam peratus mahu meneruskan dalam dwibahasa, empat peratus mahu kembali ke polisi asal di sekolah rendah tetapi PPSMI diteruskan di sekolah menengah dan dua peratus mahu memulakan PPSMI di Tahap Dua.
Sebenarnya bagi soalan ini, saya mengharapkan setiap yang menjawab dapat meletakkan diri mereka di tempat Menteri Pelajaran dan menghayati kesukaran beliau untuk membuat keputusan dalam keadaan terpaksa mempertimbangkan pandangan dari pelbagai pihak berkepentingan. Walaupun saya percaya tidak semua yang menjawab soalan ini benar-benar meletakkan diri mereka di tempat Menteri Pelajaran, tetapi itulah dapatannya.
Bagi soalan kedua; sebanyak 57 peratus akan menghantar anak mereka ke sekolah yang melaksanakan PPSMI, hanya 43 peratus akan menghantar ke sekolah yang tidak melaksanakan PPSMI.
Sebenarnya pihak berkepentingan yang benar-benar terlibat secara langsung dengan PPSMI adalah, pertama; pelajar kerana mereka yang terpaksa melaluinya dan ia melibatkan masa hadapan mereka. Kedua; ibu bapa mereka kerana mereka sepatutnya diberi seluas-luas ruang untuk membuat keputusan yang terbaik demi masa depan anak-anak mereka; dan ketiga; guru kerana mereka adalah penggerak di barisan paling hadapan untuk memastikan kejayaan program ini.
Saya pernah mengulas tentang persidangan meja bulat ketiga yang membabitkan pandangan pelajar dan guru mengenai PPSMI. Bagaimanapun dalam hal ibu bapa saya tidak nampak wakil persatuan ibu bapa nasional benar-benar mewakili kepentingan keseluruhan ibu bapa yang masih mempunyai anak-anak di sekolah. Tidak ada sebarang soal selidik dibuat secara serius dan kemas untuk menanyakan ibu bapa atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di seluruh negara tentang keinginan mereka.
Sebaliknya Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Mengenai Pendidikan atau Parents Action Group on Education (PAGE) lebih menonjol dalam hal ini. Mereka telah berusaha untuk mendapatkan pandangan seramai mungkin ibu bapa yang masih mempunyai anak yang bersekolah dan sebanyak mungkin PIBG serta telah mengemukakan fakta, bukti dan hujah yang mengesankan dalam setiap persidangan yang mereka hadiri.
Saya adalah antara bapa yang akan menghantar anak-anak saya ke sekolah yang melaksanakan PPSMI kerana saya percaya tidak ada salahnya mereka diajar bersusah payah di sekolah demi mengejar ilmu pengetahuan. Saya yakin inilah pendirian datuk nenek kita di kampung-kampung dahulu apabila mereka sanggup menghantar anak mereka belajar di sekolah Inggeris walaupun anak mereka terpaksa belajar dalam bahasa yang bukan bahasa ibunda mereka. Ini jugalah pendirian ibu bapa pelajar bukan Cina yang menghantar anak mereka belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Soalan ketiga hanya untuk melihat sejauh mana responden rasional dalam isu PPSMI dan perjuangan bahasa. 66 peratus responden tidak bersetuju bahawa perjuangan bahasa lebih penting daripada perjuangan bangsa, kestabilan ekonomi dan kestabilan politik. Begitu pun, saya dikejutkan kerana masih ada 34 peratus yang beriktiqad bahawa perjuangan bahasa jauh lebih penting daripada perjuangan bangsa dan kestabilan negara!
Saya berdoa mudah-mudahan 34 peratus ini tidak hilang pedoman sehingga sanggup menjadi penunjuk perasaan di jalan raya; menjadi samseng bahasa; sampai sanggup bersekongkol dengan kumpulan yang mengorbankan perjuangan bangsa serta memperjudi kestabilan ekonomi dan kestabilan politik di dalam negara.
Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP), Utusan Malaysia
Rabu, 22 April 2009
Salam Blogger,
ReplyDeleteTERUSKAN perjuangan Tuan untuk AGAMA, BANGSA dan NEGARA.
Blog yg berinformasi dan menarik
Ikhlas,
Sarfarizmal Md Saad
Timb. Presiden MPPUKM
Tinjauan tuan tidak boleh dijadikan sandaran kerana hanya kurang 100 yang memberi maklumbalas dan tidak pasti samaada yang memberi maklumbalas itu terlibat secara langsung atau langsung tak ada kena-mengena dengan PPSMI. PPSMI melibatkan jutaan murid dan ratusan ribu ibu bapa bukan seratus dua. Kenapa begitu sukar untuk menghapuskannya dengan berpuluh persidangan meja bulat dan kajian sedangkan semasa perlaksanaannya adakah dibuat kajian dan perbincangan dengan ibubapa, PIBG, guru-guru, Persatuan itu & ini dan sebagainya?. PPSMI hanya kehendak 'orang itu' sahaja dan tidak menggambarkan langsung kehendak rakyat Malaysia. Kenapa UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) sanggup meminggirkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Saya bimbang UMNO akan dipinggirkan secara senyap seperti sekam dimakan api. Pada saya dasar ini langsung tak berfaedah, silap dan memusnahkan generasi akan datang. Hanya sebahagian kecil yang fasih berbahasa inggeris sejak memasuki darjah satu akan berjaya dalam bidang sains & metematik dan hanya sebahagian kecil dari mereka pula akan menjadi saintis. Selebihnya akan mengatakan sains & matematik adalah pelajaran susah dan akan meminggirkannya (yang susah bahasa untuk menyampaikannya bukan ilmunya). Adakah ini satu dasar yang adil, terutama kepada orang melayu??. Susah sangat ke selama ini belajar sains & metematik dalam bahasa ibunda?. Pandai juga rakyat Malaysia membuat satelait, kelengkapan untuk pengkayaan uranium dan pelbagai lagi kelengkapan canggih. Bukan tak pandai buat roket tapi buat roket untuk apa, tanpa peruntukan & tujuan. Saya amat yakin saintis malaysia boleh buat roket jika diminta tanpa perlukan PPSMI. Kalau beginilah susahnya hendak menghapuskan PPSMI, jelas PPSMI adalah penyakit, senang datang susah nak pergi.
ReplyDeleteSdr yg tak bernama;
ReplyDeletePertamanya; Bila kita membuat tinjauan sperti ini, ia hanya mengambil pandangan rawak pengunjung, tanpa bersikap prejudis. Ini berbeza dengan kajian yang kita tentukan sampel dan saiz sampelnya.Kalau perkara asas macam tu pun saudara tak faham susahlah kita nak berbincang secara intelektual.
Kedua; mesej di sebalik tinjauan itu yang penting lebih-lebih lagi pilihan kepada soalan ketiga. Ia menunjukkan ada sejumlah manusia yang pelik; bagi mereka kestabilan ekonomi, kestabilan negara dan perjuangan bangsa tidak penting - asal sahaja bahasa tersentuh, menghancurkan negara pun mereka sanggup. Rujuk semula tulisan saya mengenai rasional dan emosional dalam PPSMI untuk memahami ada sejumlah manusia yang assabiah dalam memperjuangkan bahasa.
Ketiga; betul PPSMI melibatkan jutaan murid dan ratusan ribu ibu bapa bukan seratus dua - jadi biar ibu bapa yang ada anak di sekolah menentukannya, bukan musang berjanggut yang marah kerana royalti bukunya tak sampai atau kerana buku puisinya tak dibeli kerajaan.
Keempat; kenapa begitu sukar untuk menghapuskannya dengan berpuluh persidangan meja bulat dan kajian sedangkan semasa perlaksanaannya adakah dibuat kajian dan perbincangan dengan ibubapa, PIBG, guru-guru, Persatuan itu & ini dan sebagainya? - kerana fakta yang diperolehi menunjukkan masalah yang timbul tidaklah begitu membimbangkan, malah dalam majoriti kajian, kita melihat terdapat peningkatan pencapaian dan tahap kesediaan, baik guru mahupun murid.
Kelima, PPSMI hanya kehendak 'orang itu' sahaja dan tidak menggambarkan langsung kehendak rakyat Malaysia. Kenapa UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) sanggup meminggirkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Saya bimbang UMNO akan dipinggirkan secara senyap seperti sekam dimakan api - Siapa `orang itu' yang saudara maksudkan, hari ini majoriti ibu bapa yang masih mempunyai anak di sekolah mahukannya. Ia tiada kena mengena dengan UMNO, kerana dalam UMNO sendiri ada perbezaan pandangan. Ia adalah kehendak rakyat; iaitu ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah; bukan musang berjanggut.
Keenam; Pada saya dasar ini langsung tak berfaedah, silap dan memusnahkan generasi akan datang - ini kenyataan yang tidak rasional. baca semula tulisan saya tentang antara rasional dan emosional, atau baca laman web Tun M tentang orang ulu Kedah. Disebabkan itu kita lihat data kajian menunjukkan terdapat sedikit peningkatan dari segi kesediaan dan pencapaian.
Ketujuh, siapa kata tiada perbincangan sebelum melaksanakan PPSMI? sekurang-kurang 5 siri perbincangan dengan golongan profesional dibuat pada ketika itu oleh Tan Sri Musa dan Tun M; golongan profesional meyakinkan bahawa ia mampu dilaksanakan. Begitu jugalah dengan sekarang, sekurang-kurang 70 % daripada pegawai kanan profesional dalam mesyuarat profesional meyokong agar dasar ini diteruskan.
Kelapan, saya ingat lebih baik saudara baca semua tulisan saya mengenai PPSMI dalam blog ini supaya perbincangan kita jadi lebih bermutu dan bermakna. Banyak sangat isu yang saudara belum dapat fahami. Dah habis baca nanti kita berbahas semula. Ada beraniii... :)
Saya yang tak bernama itu;
ReplyDeleteSaya mengucapkan ribuan terima kasih kerana tulisan saya mendapat perhatian tuan biarpun tidak dipersetujui tapi sekurang-kurangnya rintihan saya didengari. Saya yakin rintihan saya telah sampai kepada orang yang betul dan berpengaruh dimuka bumi
Malaysia ini. Saya bukanlah orang yang berani sangat tapi bukan juga penakut untuk menegakkan kebenaran. Inilah lapan jawapan
saya + 1 bonus dari lapan persoalan tuan;
Pertama : Saya faham tentang kajiselidik, saiz sampel yang tuan perolehi itu kecil, tetapi KEBANGGAN tuan terhadap keputusan
itu yang saya pertikaikan seolah-olah ia menggambarkan pendapat rakyat Malaysia seluruhnya. Tak susah berbincang dengan saya tentang apa yang saya faham dan saya alami sendiri.
Kedua : Saya pun pelik kenapa ada manusia yang menjawab soalan ketiga itu. Ini kerana pada pendapat saya perlaksanaan dasar
PPSMI tiada kaitan dengan kesetabilan ekonomi dan negara. Mengahapuskan PPSMI tak akan meruntuhkan ekonomi dan menghuru-harakan negara. Sepatutnya abaikan sahaja soalan yang salah itu.
Ketiga : Saya adalah bapa kpd 2 anak dan saya berhak menentukan & saya menentang PPSMI. Kedua-duanya berada dibibir longkang dalam matematik & sains. Saya dapat merasakan mereka lebih berjaya jika ilmu sains & matematik disampaikan dalam bahasa yang dia fahami sekurang-kurangnya seperti kakak & abangnya sebelum PPSMI. Saya tak menyalahkannya tak pandai bahasa inggeris kerana dia orang melayu dan anak orang melayu, begitu juga saya tak menyalahkan anak orang putih tak pandai cakap melayu. Tentang sasterawan negara tu, mereka berhak menentang PPSMI kerana mereka pejuang bahasa dan mereka faham akan malepetaka yang sedang menimpa. Seperti juga jurutera faham rasuk & tiang mana di MRR2 perlu dibaik pulih & diperkukuhkan, lorong mana perlu ditutup atau dibuka dan sastrawan negara tak komen pun. Tentang royalti, ia tiada kaitan dengan sasterawan kerana mereka bukan pengarang buku sains & matematik.
Keempat : Dengan perlaksanaan PPSMI, kata tuan masalah yang timbul tidak membimbangkan tetapi tanpa PPSMI dahulu aman sejahtera, langsung tak ada masalah. Jadi PPSMIlah yang mengundang masalah. Tentang pencapaian & peningkatan kini tidak dapat diukur lagi kerana sains & matematik dalam bahasa melayu telah 'tiada' dan tak dapat dicari perbandingan.
Kelima : Siapakah yang mengatakan majoriti ibu bapa hendakkan PPSMI. Saya juga bapa dan tak nakkkan PPSMI, malangnya anak saya telah dipaksa (tanpa pilihan) oleh kerajaan belajar ilmu itu dalam bahasa yang dia tak faham. Siapakah kerajaan (yang menguasai kerajaan) pada masa itu ?. 'Orang itu' ialah orang yang telah mencadang dan memaksa dilaksanakan dasar tak masuk akal ini. Selama ini aman dengan menggunakan bahasa ibunda tapi kini kontroversi tapi masih dipertahankan dengan pelbagai cara oleh orang yang berkuasa pada masa ini termasuk memanipulasi keputusan & permarkahan. Musang berbulu ayam saja yang sanggup menganiaya bangsa dan memiskinkan bahasanya. Kenapa saya kaitkan dengan UMNO?. Kerana U MALAY NO payung melayu sejak sekian lama yang sepatutnya menjaga kepentingan melayu (bangsanya, bahasanya & hak-haknya) dan bukan sewenang menggadaikannya.
Keenam : Manusia akan menjadi emosional jika perkara yang tak rasional ditimpakan keatas mereka. Rasionalkah anak melayu yang lebih 80% tak pandai bahasa inggeris disampaikan ilmu penting dalam bahasa inggeris?. Sebagai contoh mudah, rasionalkah anak orang Jerman diajarkan ilmu sains & matematik dalam bahasa Jepun?. Mengajar ayam sereban berenang menggunakan bahasa itik kerana kononnya itik lebih mahir ilmu berenang?. Disekolah anak saya (tahun 6) tiada seorang pun yang pandai berbahasa inggeris (berfikir, berbual & bermimpi dlm BI) kecuali meghafal, ini bererti dah 6 tahun mereka meraba-raba dalam menimba ilmu sains & matematik tanpa penghayatan. Bukan saya tak nakkan anak saya fasih bahasa inggeris atau bahasa lain pun jika boleh, tapi ajarlah ilmu dalam bahasa yang dia faham supaya ia lebih menghayati ilmu itu.
Ketujuh : Saya faham perbincangan memang ada tetap hanya melibatkan beberapa orang professional dan tidak menggambarkan realiti rakyat Malaysia yang rata-rata tak inginkan dan tidak lebih dari untuk mendapatkan minit mesyuarat sahaja. Dilaksanakan secara tergesa-gesa, digubal dan dihentak kedalam sistem pendidkan dalam masa kurang 6 bulan, disokong oleh golongan professional mewakili kurang 10% ibu bapa yang rata-rata anak cucu mereka pandai inggeris, sudah tentu anak cucu mereka akan mendapat 'kelebihan' dari dasar yang tidak adil ini. Kini sudah lebih 6 tahun, jangan panau menjadi sopak, kudis menjadi tokak.
Kelapan : Saya telah baca malah blog perancang dasar ini pun saya baca. Alasannya telah berbeza dari 7 tahun dahulu semasa ia digubal. Kebanyakan alasan tiada kaitan dengan bantahan perlaksanaan PPSMI dan tidak menyelami perasaan majoriti ibu bapa dan anak yang bersekolah (bahu yang memikul). Lebih-lebih lagi ia keluar dari tajuk dengan memutarbelitkan kepentingan bahasa inggeris Walhal penentang PPSMI tak pernah menafikan kepentingan bahasa inggeris. Lebih memburukkan keadaan, penentang dasar PPSMI dikaitkan pula dengan pembangkang. Pada pendapat saya sesiapa berhak menentang PPSMI apabila sesuatu yang tak rasional menimpa kepala.
Bonus : Pada pendapat saya dasar PPSMI tidak pernah berjaya sejak ia mula dilaksanakan dan tak akan berjaya (gagal) sampai bila-bila kerana:
1. Kerajaan perlukan perbelanjaan yang banyak dan berterusan untuk membayar insentif, peralatan komputer & penyelenggaraan untuk guru istimewa ini dan pelbagai lagi sebagaimana yang tuan sebutkan. Jika dihapuskan segala kos ini boleh dijimatkan. Adalah lebih baik dihapuskan sambil menjimatkan kos dari diteruskan tapi gagal.(Tongkang karam jerung yang kenyang)
2. SRJKC & SRJKT tidak pernah malaksanakan dasar ini sejak dari mula lagi. Mereka ada dua buku teks sama kandungan berbeza bahasa. Semasa kerajaan sibuk mencetak buku dalam bahasa inggeris, orang melayu sibuk membakar buku sains & matamatik bahasa melayu sedang mereka sibuk menterjemahkan buku sukatan baru kedalam bahasa mereka. Dapatkah kerajaan memastikan mereka taat setia melaksanakan PPSMI. Mereka bukan bangsa yang bodoh dan mereka tak mungkin membodohkan anak bangsa mereka dengan mengajar dalam bahasa yang anak mereka tak faham hanya kerana hendak melayan kerajaan. Inilah dikatakan malepetaka yang bakal menimpa melayu. Guru-guru melayu di SK yang lurus bendul ketiadaan buku teks dan aktiviti dalam bahasa melayu berhempas pulas melaksanakan PPSMI, macam sipandir mengajar orang sipekak (tak faham apa yang guru repekkan) cukup bulan dapat insentif, murid bengkok tulang belakang galas beg pergi dan pulang, bahasa inggeris tunggang-langgang, sains matematik lintang-pukang, keputusan diperolehi layak dicampak kelongkang.
Kesimpulan:-
1. Hapuskan PPSMI
2. Tukar kaedah pengajaran mata pelajaran bahasa inggeris supaya ia lebih berkesan, mencari kaedah baru, seperti kaedah iqra' dalam mengajar membaca Quran. Sekarang pelajar bersekolah berbelas tahun tapi masih tak fasih BI.
Saudara yang tak bernama;
ReplyDeletePertama : Alhamdulillah, sebab sekurang-kurangnya saudara faham tentang maksud rawak. Jadi saya tegaskan sekali lagi secara RAWAKNYA LEBIH RAMAI yang menjawab tinjauan saya mahu anak mereka belajar di sekolah yang meneruskan dasar PPSMI. Jika saudara faham, jadi saya tidak perlu terangkan panjang-panjang kerana saudara bertanya seperti orang yang tidak faham. Kalau tak faham lagi – saya rasa saya kena metulis dalam bahasa ibunda saudara!
Kedua : Saya pulak pelik kenapa saudara tak faham-faham maksud soalan ketiga itu walaupun saya telah jelaskan secara jelas. Yang berkaitan dengan kesetabilan ekonomi dan negara adalah tindakan samseng bahasa yang membawa perjuangan bahasa ke jalanan. Yang menjawab perjuangan bahasa lebih penting dari yang lain-lain menunjukkan tahap kefanatikan (ketidak rasionalan) mereka.
Ketiga : Kalau anak saudara tak perform, maka saudara kena cari jalan macam mana nak tingkatkan prestasi mereka; sebagai bapa saudara kena berusaha; jangan tengok saja. Berapa ramai ibu bapa Melayu yang tidak boleh berbahasa Cina menghantar anak mereka ke SJKC dan anak mereka terpaksa belajar bukan sahaja Sains dan Matematik tetapi begitu banyak subjek lain dalam bahasa Cina; bahasa dan tulisan yang asing; lebih bersifat fonetik berbanding bahasa Melayu dan tulisan rumi yang secara relatifnya lebih mudah, tetapi anak mereka masih boleh menguasai subjek-subjek ini dengan baik, kalau tidak dengan cemerlang. Sebagai bapa – saudara tidak bertanggung jawab kalau sekadar melihat saja pencapaian anak saudara ke longkang.
Keempat; Royalti ada kaitan dengan sasterawan sebab ada buku puisi atau karya mereka yang tidak dibeli oleh Kementerian Pelajaran. Saudara memang susah nak faham cerita saya; saya nasihatkan saudara bacalah apa yang saya tulis berulang-ulang kali.
Kelima: Dari segi perlaksanaan PPSMI TIDAK ADA masalah yang membimbangkan dari SEGI PENCAPAIAN DAN KESEDIAAN PELAJAR DAN GURU; masalah timbul sebab ada samseng bahasa dan fanatik yang menggugat kestabilan negara dengan membawa perjuangan bahasa ke jalanan. Silap kalau saudara kata kerana PPSMI negara jadi huru hara; saya ada ceritakan kenapa negara jadi huru hara sejak tahun 1999 lagi. Pasal tu saya minta saudara baca tulisan saya mengenai PPSMI berulang kali; supaya mudah saudara `catch-up’ dengan pandangan saya.
Keenam: Siapakah pula yang mengatakan majoriti ibu bapa tidak mahukan PPSMI? Sebab itu tidak guna bercakap dengan saudara jika tidak bersandarkan kepada data. Setidak-tidaknya saya mempunyai data tinjauan secara rawak. Kerana itu saya memuji tindakan PAGE yang telah melakukan tinjauan untuk mendapat pandangan ibu bapa mengenai PPSMI – dapatan berdasarkan sampel mereka, majoriti ibu bapa mahu ia diteruskan, termasuk yang berada di luar bandar.
Ketujuh: Manusia akan menjadi emosional jika perkara yang tak rasional ditimpakan keatas mereka? Saudara silap – manusia menjadi emosional sebab tidak mahu berfikir dan menilai sesuatu sedalam-dalamnya. Berdasarkan hujah saudara – orang Jerman diajar dalam bahasa Jepun – itu contoh tidak rasional. Kenapa jadi begitu – sebab saudara tidak memikirkannya dengan sedalam-dalamnya. Itu yang Tun Dr Mahathir katakan – kalau tak bersetuju dengan dia tak apa lah, tapi berhujah cara saudara menyebabkan orang melihat Melayu itu bodoh.
Kelapan: Perbincangan mengenai PPSMI TIDAK melibat beberapa orang professional semata-mata; dan bukan untuk mendapatkan minit mesyuarat sahaja – Jika saudara mengatakan begitu, maka saudara sudah bersifat prejudis; Entah dari mana saudara dapat data yang PPSMI disokong oleh golongan professional mewakili kurang 10% ibu bapa yang rata-rata anak cucu mereka pandai inggeris? – Satu lagi bukti bahawa saudara bercakap bukan berasaskan data dan statistik – tapi hanya bersandarkan EMOSI. Jadi saudara dalam keadaan tidak rasional. Saya syorkan saudara tenangkan diri dulu dan belajar jadi rasional semula.
Kesembilan: Pertama – saudara tak baca betul-betul tulisan dalam blog beliau dan blog saya; dan saya perhatikan saudara memang ada maslah nak memahami sesuatu isu dengan cepat; jadi bukan sahaja saudara kena membaca blog beliau semula, tetapi bacalah berulang kali agar mudah faham hujah-hujahnya.
Kesembilan – Bonus - Lebih memburukkan keadaan, penentang dasar PPSMI dikaitkan pula dengan pembangkang? – bukan semua penentang PPSMI dikaitkan dengan pembangkang, tetapi pertama; memang ada segelintir yang memang anggota pembangkang; keduanya – mereka yang membutakan hati menggunakan platform pembangkang, walaupun mereka tahu, pembangkang bukan kisah sangat pun tentang bahasa Melayu – contoh – papan tanda pelbagai bahasa; ketiga – mereka yang memperbodohkan diri mengikut pembangkang berdemonstrasi di jalanan – yang dalam fikiran mereka – perjuangan bahasa lebih penting dari kestabilan ekonomi, kestabilan negara, keyakinan negara luar terhadap negara dan perjuangan bangsa.
Kesepuluh - Bonus : Pada pendapat saya dasar PPSMI tidak pernah berjaya sejak ia mula dilaksanakan dan tak akan berjaya (gagal) sampai bila-bila? – Inilah padahnya bila tak baca tulisan saya; saya dah berikan data dan statistik; saya dah hujahkan dengan mengaitkan PPSMI dengan dasar-dasar yang lain seperti DEB dan DPN – malangnya saudara memang malas membaca.
1. Kerajaan perlukan perbelanjaan yang banyak dan berterusan untuk membayar insentif, peralatan komputer & penyelenggaraan untuk guru istimewa ini dan pelbagai lagi sebagaimana yang tuan sebutkan – ini hujah apa pun saya tak tahu. Pertama – perbelanjaan ini telah saya buktikan dengan statistik telah meningkatkan tahap kesediaan dan pencapaian, walaupun tidak banyak, tetapi tetap ada peningkatan.
2. SRJKC & SRJKT tidak pernah malaksanakan dasar ini sejak dari mula lagi. – Bila saudara malas membaca, saudara tak tahu banyak perkara – pertama; pencapaian SJKT lebih baik dengan PPSMI, tahap kesediaan jauh lebih baik berbanding sebelum PPSMI, jumlah yang menjawab dalam bahasa Inggeris pun jauh lebih ramai. Kedua – ada SJKC yang di sebelah pagi mengajar kurikulum Malaysia, tetapi di sebelah petang mengajar kurikulum Singapura dalam bahasa Inggeris sepenuhnya – saudara sahaja yang membiarkan diri menjadi katak di bawah tempurung.
Saya yang tak bernama itu lagi...
ReplyDeleteTuan yang saya hormati atas kesudian tuan berbahas dengan saya seorang marhain yang melata ini.
Apa yang saya pertikaikan bukan kesalahan membuat tinjauan atau sekecil mana sampel yang tuan perolehi tapi dengan seratus sampel belum cukup untuk membuat keputusan melibatkan 28 juta rakyat melaysia dan ratusan ribu 'mangsa PPSMI' baru setiap tahun. Paling saya bimbangi ia dijawab oleh orang bujang, pelajar universiti dan yang tiada kaitan menyebabkan ketepatan kajian semakin jauh tersasar. Bertambah silap apabila dijadikan data. Dari data yang silap akan menghasilkan keputusan yang silap. Saya ada sebab dengan kebimbangan ini kerana tuan terlibat dalam membuat keputusan. Tak perlu diterangkan panjang lebar, saya faham & tuan sepatutnya terlebih dahulu faham dari saya. Cara terbaik ialah meminta ibubapa yang anak mereka akan masuk darjah 1 tahun 2010 mengundi samaada YA/TIDAK utk PPSMI.
Mereka yang turun kejalanan itu saya anggap mereka bukan samseng. sebab itu saya katakan soalan itu salah. Sebenarnya ada perkara yang terbuku dihati mereka. Itu yang sepatutnya kerajaan tanyakan dan mencari penyelesaian bukan mencari jalan mudah dengan menuduh samseng dan menakutkan-nakutkan masyarakat agar mereka menjauhkan diri dari 'orang jahat' itu. Inilah taktik kerajaan era wayang pacak dan tak relevan lagi. Sebab itu saya kata soalan itu salah. Sepatutnya berbunyi : Adakah penentangan PPSMI menggangu kesetabilan ekonomi & negara, menakutkan pelabur asing dan mengurangkan keyakinan negara luar ? YA/TIDAK.
Ibubapa yang menghantar anak mereka ke sekolah cina itu isu terpencil & tidak saya bahaskan kerana mereka menghantar secara sukarela tidak seperti PPSMI yang dikenakan secara paksaan. Soalan cepumas : Berapa peratuskah anak melayu yang bersekolah cina berjaya dalam pelajaran?. Hampir kesemuanya kelongkang kang kang. Saya bukan tak bertanggung jawab terhadap anak saya, tapi bagaimana saya dan ibu bapa lain yang senasib hendak mengajar anak kami matematik & sains kerana kami tak tahu inggeris?. Jadi kami ajar dalam bahasa melayu. Disekolah cakap bahasa itik, balik rumah diajar bahasa ayam, anak-anak jadi pitam. Ini bukan kesalahan ibubapa, Inilah kesalahan dasar.
Saya telah memberikan contoh yang jelas dan mudah difahami tetapi tuan masih tak faham. Apabila orang Jerman diajarkan dalam bahasa Jepun tuan kata tak rasional tapi bila melayu diajar dalam bahasa inggeris, rasional pulak!!! kenapa ye. Sebab tuan taksub sehingga tidak dapat merasai nadi orang seperti kami. Tuan mencari jalan mudah dengan mengatakan kami dari golongan orang-orang yang bodoh. Satu lagi taktik zaman wayang pacak.
Tidak dinafikan pencapaian di SJKC lebih baik dari sebelum PPSMI kerana semasa itu mereka ada satu buku dalam bahasa cina sahaja sedangkan sekarang mereka ada dua buku (cina & inggeris), satu darinya akan menjadi kamus kepada yang satu lagi. Sebab lain ialah kerana mutu soalan diturunkan untuk mengimbangi tahap pencapaian murid di SK. Sebab itulah saya katakan PPSMI malepetaka kepada bangsa dan bahasa melayu dan kelebihan kepada bangsa lain dan sebahagian kepada anak-anak orang seperti tuan (yang bahasa ibundanya bahasa inggeris). Soal ibubapa yang hendak belajar korikulum singapura ke, siam ke atau PNG ke ia tiada kaitan dengan PPSMI dan bukan isu.
Tuan bangga dengan data dan stastistik menuduh saya malas membaca. Sedarkah tuan bahawa rakyat sekarang menganggap data & statistik yang dikeluarkan adalah sampah dan yang betul dalam surat khabar melayu hanyalah keputusan nombor ekor. Sebagai contoh kadar inflasi hanya 4-5% tak pernah dipercayai kerana rakyat yang membeli barang dan tahu harga barang naik lebih dari itu. Dalam persidangan meja bulat, 80% tak setuju PPSMI diteruskan tapi apabila diputuskan, menteri pelajaran mengumumkan PPSMI hendaklah diteruskan. Inilah kejayaan dasar PPSMI, dapat 20% dikira lulus. Persepsi sebegini bahaya kepada kerajaan dan hanya boleh diubati dengan bercakap benar. Sedangkan saya katak bawah tempurung nampak takkan tuan, kadok yang berada dipuncak junjung tak nampak perkara ini?.
Saudara tak bernama,
ReplyDeleteJelas sekali saudara adalah orang yang malas hendak meneliti statistik dan fakta; jalan termudah bagi orang yang malas seperti saudara adalah untuk membakul sampahkan segalanya dan selepas itu cuba meyakinkan bahawa terdapat konspirasi di sebalik apa yang dinyatakan oleh kerajaan. Orang yang malas seperti saudara inilah yang hanya membaca kesimpulan kajian UPSI dan Pembina, tanpa betul-betul meneliti sampel dan instrumen yang digunakan. Sebab itu saya fikir eloklah saudara membaca semula hujah-hujah yang pernah diutarakan dalam blog ini sebelum ini; selepas saudara sudah faham; nanti kita berhujah lagi.. :)
Sebagai permulaan, cubalah saudara hadamkan hujah dari che wal ini terlebih dahulu... baca berulang kali ya, supaya saudara lebih faham ..
By CheWal on March 13, 2009 7:15 PM
PPSMI - FAQ (Frequently Asked Question)
1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ?
Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar.
Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal
2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ?
Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti).
3. Kenapa mesti bahasa inggeris ?
Kerana 100% bahan rujukan untuk bidnag-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals dalam bahan-bahan rujukan ini.
4. Kenapa tak boleh gunakan BM dalam subjek sains dan matematik ?
BM sudah digunakan sekian lama. Malah sehingga kini BM masih digunakan dalam kedua-dua subjek ini (walaupun secara dwi-bahasa). Masalah yang berlaku adalah semasa di peringkat tinggi (universiti), oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, menyukarkan pelajar utk memahami konsep dan teori asas. Ia memerlukan masa utk pelajar tersebut memahamkan terma-terma tertentu... Ini boleh menjejaskan pemahaman keseluruhan yang membawa kegagalan dalam menguasai konsep bidang yg diceburi. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan semata-mata untuk segulung ijazah dan bukannya untuk menguasai ilmu.
5. Kenapa perlu kuasai sains dan tekonologi ?
Sehingga kini, umat islam yang merupakan umat terbesar di dunia hanyalah umat pengguna. Kita hanya menjadi pengguna. Kita tidak menjadi pencipta. Yang menjadi pencipta adalah bangsa lain dan agama lain. Maka kita amat bergantung kpd bangsa barat dan yahudi dalam segala-galanya. Ini menjadikan kita begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Malah untuk memboikot barangan US pun kita tidak mampu kerana kita tiada alternatif lain selain daripada bergantung kpd barangan mereka. sehingga kini, kita hanyalah bangsa dan umat pengguna. Kita hanya mampu merintih, meratap dan menangis diatas kekejaman yang dibuat oleh org barat dan yahudi terhadap islam. Kita hanya boleh merayu meminta belas kasihan mereka. Lebih-lebih pun kita hanya mampu berkata "...mereka ini kejam ", "jagnan buat begitu ", "...tolong hentikan serangan", "...mereka ini tak berperikemanusiaan lah"... dan pelabagai kata-kata lain. Kenapa ? kerana kita bukan bangsa ata umat yg dihormati diatas kejayaan kita menguasai teknologi. Kita adala umat pengguna.
Untuk menjadi pencipta, kita perlu kuasai sains dan tekonologi. Bukan sahaja lulus dalam ujian...tetapi perlu kuasa ilmu tersebut. Apabila kita (umat islam) menjadi pencipta, maka bangsa barat dan yahudi tidak akan berani menindas dan menghina umat islam. Kejadian di Palestine juga tidak akan berlaku sekiranya kita adalah umat pencipta dan pengeluar teknologi.
6. Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ? Kenapa mereka tak perlu PPSMI untuk berjaya ?
Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yg menjadi pelopor kpd tekonologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat utk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan. Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.
Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi. Malaysia kini berada pada zaman teknologi telah melampaui zaman revolusi...malah bergerak lebih pantas dari yang dijangka. Kita berada di belakang teknologi yg mana bahasanya dikuasai oleh bahasa asing.
7. Kenapa kita tidak buat penterjemahan ke BM sahaja ?
Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarang, memerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasarana lain yang mana kelihatan agak mustahil. Ini kerana perkembangan sains dan teknologi pada zaman ini amat pantas. Ianya bergerak setiap saat. Setiap saat, ada sahaja penemuan teori-terori yang baru. Seperti jawapan no. 6, negara-negara spt Jepun dan lain-lain telah mula mengkaji dan membuat penterjemahan semasa perkembangan teknologi bergerak perlahan (sebelum zaman revolusi lagi).
Sebagai contoh, Untuk memahami konsep asas transistor yg berasaskan silicon, kita perlu memahami konsep fizik silicon transistor tersebut. Oleh itu, sekiranya hendak membuat penterjemahan, kita perlu menterjemah buku-buku konsep asas fizik dalam semiconductor yang mempunyai pelbagai konsep yang kompleks. Perkataan-perkataan baru dalam BM perlu diwujudkan. Kesemuanya ini memakan masa dan masa yang menjadi penghalang kpd kita. Ini kerana, apabila kita membuat penterjemahan asas fizik utk silicon based semiconductor ini, org-org barat dan penyelidik lain telah pun mencari alternatif kepada silicon. Ini kerana saiz untuk silicon based transistor telah hampir ke saiz atom dan ianya tidak lagi boleh bergerak kehadapan. Maka wujudlah teeori-teori baru seperti RNA, DNA dan CNT (carbon nano-tube) based transistor.
Dimana kita ? Kita masih lagi membuat penterjemahan asas fizik untuk silicon based semiconductor. Selepas kita siap penterjemahan...pihak barat telah pergi jauh di hadapan dgn teknologi yang baru. Kita pula perlu membuat penterjemahan untuk tekonologi yang baru ini. Ini hanyalah mengenai satu konsep yang kecil dalam bidang kejuruteraan elektronik. Bagaimana dgn bidang-bidang lain, konsep-konsep yang lain ?
Maka, kita akan sentiasa berada di belakang teknologi...kerana kita sibuk dengan penterjemahan. Kalau kita berada di belakang tekonologi, bagaimana kita mahu mencipta tekonologi yang baru ? Dan kita akan sentiasa menjadi bangsa pengguna.
8. Tidak sukarkah bagi kanak-kanak kecil untuk belajar sains dan matematik dalam BI ?
Sebenarnya, kanak-kanak kecil akan mudah memahami dan mudah mengadaptasi pembelajaran mereka. Sebab itu ianya penting untuk bermula semasa mereka masih kecil. Kanak-kanak kecil bermula sejak dari darjah satu, sekiranya didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris dan tidak pernah menggunakan bahasa inggeris.
Anak-anak kecil yg berumur 6 tahun berbangsa melayu yang mengikuti keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami sains dan matematik dalam BI. Anak-anak kecil ini berumur 6 tahun. Mereka tidak pernah berbahasa inggeris. Ibu bapa mereka juga tidak pernah menggunakan bahasa inggeris dirumah. Tetapi, meraka masuk ke darjah satu di sekolah-sekolah di UK, belajar sains dan matematik dalam BI dan mereka boleh menjadi pelajar cemerlang dalam kelas masing-masing. Mereka berada dalam satu kumpulan bersama pelajar yang cemerlang dan sering memperolehi `reward’ diatas kecemerlangan mereka. Mereka membuktikan bahawa, walaupun tidak didedahkan dengan bahasa inggeris dan tidak tahu berbahasa inggeris... mereka boleh menguasai dan berjaya. Kenapa ? kerana kanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepada mereka.
9. Tidak bolehkah BM menjadi bahasa sains dan teknologi ?
Boleh. BM boleh menjadi bahasa sains dan teknologi apabila kita sudah menguasai teknologi tersebut. Apabila kita telah faham dan kuasai sesuatu bidang teknologi, maka kita mampu menjadi pencipta dan penghasil teknologi yang baru. Kita akan berada di hadapan teknologi. Pada masa itu, kita pula menggunakan BM dalam teknologi-teknologi baru yang kita hasillkan.
Maka, pada ketika itu, bangsa-bangsa lain, bangsa barat dan yahudi perlu mempelajari BM untuk menguasai dan mempelajari teknologi yang kita hasilkan. Hasilnya, BM akan menjadi bahasa teknologi, akan menjadi bahasa yang universal dan terkenal di seluruh dunia.
Yang penting, kita perlu kuasai teknologi yang telah dihasilkan dahulu yang kini dikuasai oleh bahasa inggeris.
10. Bolehkah dasar ini mencapai matlamatnya ?
Boleh. Sekiranya semua pihak berusaha sedaya upaya dalam memastikan kejayaan dasar ini. Semua pihak perlu berganding bahu menjayakannya. Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini. Apabila sikap prejudis di ubah, maka kita akan akui matlamat dan objektif dasar ini yang murni. Kita perlu bekerja keras. Segala usaha, perancangan, prasarana perlu diperhebatkan agar matlamat dan objektif yang murni ini tercapai. Semua kita bertanggungjawab dalam memastikan satu hari nanti, bangsa kita, agama islam bakal menjadi pencipta, pengeluar dan rujukan bangsa-bangsa lain di dunia. InsyaAllah.
chewal.blogspot.com
saudara tak bernama,
ReplyDeleteselepas saudara habis baca hujah che wal, saudara bacalah yang ini pula untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan samseng bahasa; seperti yang saya ingatkan dahulu; bacalah berulang kali supaya saudara lekas faham ya.. :)
Apabila prinsip dan asas perjuangan sudah salah, orang bahasa akan menjadi samseng bahasa. Itu kesimpulan untuk menggambarkan tindakan ganas mereka di jalanan. Apabila tradisi ilmu dan intelektual diketepikan, maka perbezaan pendapat akan dibawa ke jalanan.
Apa yang budak-budak muda yang keliru ini tidak sedar mereka hanya digunakan sebagai rubber stamp pembangkang dan menjadi bidak perjuangan pembangkang. Hasrat pembangkang satu sahaja - untuk mewujudkan kekacauan dalam negara; jelas apabila mereka menolak ruang permuafakatan dan perbincangan seperti yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam lima siri Persidangan Meja Bulat PPSMI dan menganjurkan kekacauan demi kekacauan; selepas gagal mengambil alih pemerintahan negara secara demokrasi. Budak hingusan yang pendek akal fikiran, tidak sedar mereka hanya menjadi alat mewujudkan ketidak stabilan di dalam negara yang PASTINYA AKAN MENJEJASKAN EKONOMI NEGARA DALAM SUASANA KRISIS EKONOMI SEDIA ADA. Perkara ini bukan baru - Penyokong Anwar Ibrahim pernah melakukannya dulu dalam tahun 1998. Demi kuasa, mereka sanggup menjahanamkan negara.
Akibat hasutan parti politik, pemikiran golongan muda ini terkongkong di dalam kerangka ideologi sesebuah parti politik atau organisasi luar / badan bukan kerajaan (NGO) yang mempengaruhinya dan menjadi terlalu bergantung kepada pandangan yang disuapkan oleh kumpulan-kumpulan ini dan tidak mempunyai inisiatif untuk membuat kajian sendiri. Hasilnya – reaksi pelajar terhadap sesuatu isu adalah berpihak dan sama dengan kumpulan yang menguasai pemikiran mereka.
Demonstrasi dan rusuhan pada tahun 1998 merupakan bukti nyata kepada kebekuan idealisme golongan muda tertentu; yang keliru tentang perbezaan di antara inteletualisme dan brutalisme. Akibat konflik yang timbul di dalam UMNO, mereka digerakkan untuk menjatuhkan kerajaan.
Pelbagai fitnah dan penipuan dilemparkan. Kononnya krisis ekonomi yang timbul merupakan akibat dari kerajaan yang korup dan yang mengamalkan kroni kapitalisme. Semangat untuk menumbangkan kerajaan telah diapi-apikan. Kumpulan yang mendalangi gerakan ini mahu mengulangi kejayaan gerakan pelajar negara jiran yang dapat menumbangkan kerajaan mereka yang dikatakan korup. Bagaimanapun apa yang tidak disedari oleh gerakan pelajar ketika itu, alasan korupsi dan kronisme bukan penyebab utama krisis ekonomi. Serangan spekulator matawang dan penarikan modal asing secara besar-besaran merupakan faktor utama kekusutan ekonomi ketika itu. (Ini diakui oleh pelbagai pengiktirafan terhadap negara, khususnya kepada Tun Dr Mahathir selepas krisis)
Keterbukaan sistem kewangan dan globalisasi tanpa kawalan telah menyebabkan kegawatan ketika itu. Negara-negara tertentu dan rakyat mereka telah dimiskinkan. Manakala banyak perniagaan terpaksa ditutup dan dijual pada harga yang murah, pertamanya akibat penurunan nilai mata wang oleh spekulator matawang, keduanya disebabkan alasan kelemahan kedudukan kewangan dan kegawatan ekonomi.
Negara ketika itu sedang berada di ambang penjajahan ekonomi, bagaimanapun gerakan pelajar telah gagal untuk memahaminya. Ketika kerajaan sedang memfokuskan usaha untuk menghalang penjajahan ekonomi oleh kuasa ekonomi asing, demonstrasi dan rusuhan yang disertai oleh golongan muda yang keliru ini telah memburukkan lagi keadaan.
DEMONSTRASI JALANAN dan rusuhan ini menjadi BAHAN BERITA kepada pihak MEDIA ASING untuk terus memberi gambaran buruk tentang kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan yang sedang menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah ekonomi, tidak mempunyai banyak pilihan sebaliknya terpaksa menghalang perbuatan merusuh bagi mengelakkan keyakinan terhadap kestabilan negara dari terus merudum.
Ada beberapa perkara yang perlu dilihat ketika menganalisis peristiwa tahun 1998.
Pertamanya; apakah yang mendorong tindakan oleh gerakan golongan muda yang keliru pemikirannya ketika itu? Adakah idealisme yang mendorong tindakan tersebut asli (‘original’) dari pemikiran golongan muda , atau apakah ia merupakan ujaan dari pihak yang berkepentingan?
Keduanya; apakah kaedah tindakan yang dipilih oleh golongan yang keliru tersebut menyelesaikan masalah, atau memburukkan lagi keadaan? Pada ketika itu, kecetekan pengetahuan dan keterbatasan kemampuan golongan ini untuk melakukan penyelidikan menyebabkan golongan ini terlalu mudah dipengaruhi oleh emosi dan ucapan yang berapi-api.
Akibat terpengaruh, golongan muda berhingus telah diperalatkan seperti bidak-bidak catur oleh pihak yang berkepentingan. Mereka telah digerakkan dengan sesuka hati, biarpun dalam keadaan yang boleh membahayakan nyawa dan pelajaran mereka.Idealisme yang dibawa oleh mereka bukan asli sifatnya, tetapi lebih bersifat `pak turut’. Gerakan golongan muda yang keliru ini yang kononnya tidak mahu menjadi `rubber stamp’ kepada kehendak kerajaan, rupanya menjadi `rubber stamp’ kepada pihak pembangkang. Mereka telah `diaruhkan’ menggunakan taktik politik yang kotor dan keji serta dihasut untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokratik, melalui cara yang terang-terang tidak demokratik.Dari segi logiknya, perbuatan mereka yang merusuh dan berdemonstrasi sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah. Sebaliknya tindakan mereka ketika itu merosakkan lagi tahap keyakinan terhadap kestabilan negara. Mereka hanya perlu melihat ke negara jiran untuk mengetahui impaknya. Gerakan mereka ketika itu telah gagal untuk melihat bahawa masalah tidak mungkin dapat diselesaikan dengan menimbulkan lebih banyak masalah lagi. Bagaimanapun, akibat telah di’brain-washed’ dengan dakyah pembangkang, mereka menjadi `buta’ dan berpandangan bahawa tindakan mereka tersebut adalah sebaik-baik cara.
Kesedaran politik perlu disertai dengan kebijaksanaan politik dan rasa tanggungjawab. Jika tidak, kita tidak jauh berbeza dengan mana-mana `political animal’ yang sanggup menghalalkan sebarang cara demi mendapatkan kuasa.
HANYA ORANG TIDAK BERFIKIR sahaja yang melihat tindakan berdemonstrasi bermula dari BERSIH, HINDRAF sehinggalah Anti PPSMI TIDAK bermotifkan politik dan kegilaan untuk merampas kuasa. HANYA MEREKA YANG BUTA AKAL FIKIRAN sahaja gagal melihat - apa sahaja isu, walaupun bodoh dan palsu - akan digunakan oleh pihak tertentu untuk menaikkan emosi rakyat demi merampas kuasa yang gagal mereka perolehi melalui peti undi. Bagi mereka yang gila kuasa ini - matlamat menghalalkan cara - tidak kiralah walaupun ia boleh menjejaskan ekonomi negara. Yang penting kuasa; yang pandir - samseng bahasa.
Saya lagi.. yang tak bernama itu.
ReplyDeleteTuan yang saya segani, kerana kehadihan saya sering disambut mesra :)
Bab 1.
Tuan tidak perlu 'copy and paste' hujah che wal kerana telah lama saya membacanya tapi pada pendapat saya tak perlu dikomen kerana ia ibarat cerpen sahaja atau sekadar menceritakan apa yang dia mimpi semalam. Oleh kerana tuan telah bersusah payah, terpaksalah saya mematah dan meratah hujah Che Wal tu walaupun tidak mengenyangkan.
1.
Q : Apakah matlamat PPSMI?.
A : Supaya sebahagian besar pelajar (melayu dan kebanyakan dari golongan pertengahan kebawah) gagal sains & matematik dari peringkat awal lagi tanpa sempat mengenali apa itu sains & matematik.
2.
Q : Kenapa perlu kuasai sains & matematik?
A : Baik untuk menguasai sains & matematik termasuk menghayati dan menjadikan diminati bukan dibenci dan ditakuti.
3.
Q : Kenapa mesti bahasa inggeris?.
A : Pemahaman memudahkan pelajar menguasai bidang sains / kejuruteraan diperingkat tinggi tetapi akan tersungkur sebelum dapat memahami ilmu itu sejak dari awal persekolahan (akibat bahasa utk menyampaikan tak difahami pelajar). Mereka ini tak akan sampai keperingkat tinggi. Itulah nasib melayu, semuanya patut, semuanya boleh walaupun bahasanya diketepikan dari menjadi bahasa ilmu.
4.
Q : Kenapa tak guna BM?.
A : Setelah digunakan sejak sekian lama tanpa masalah kenapa tiba-tiba ditukar ke BI. Masalah (akibat penggunaan BI) telah timbul diperingkat bawah lagi (murid sekolah rendah untuk menghayati sains/matematik), sudah tentu masalah akan bertimbun-timbun diperingkat tinggi. Tapi mungkin juga tiada masalah kerana tiada pelajar yang sampai keperingkat tinggi melainkan segelintir.
5
Q : Kenapa perlu kuasai sains & teknologi?.
A : Jawapannya bersemangat, emosional, kesian pun ada membacanya tapi tiada kaitan dengan PPSMI (bala yang menimpa murid sekolah di Malaysia). Ramai yang menguasai ilmu sains & matematik dengan baik tapi bukan pencipta. Hanya sekadar pemakan gaji aje. Mencipta adalah bakat dan kreativiti dan bukan bahasa. Ciptaan berteknologi tinggi dilakukan oleh pakar-pakar sains yang sudah semestinya fasih berbahasa inggeris (jika di Malaysia) walaupun tidak pernah di PPSMI kan.
6
Q : Kenapa Jepun, Perancis Jerman tak perlu PPSMI
A : Jika mereka boleh berjaya dizaman serba kepayahan dengan menggunakan bahasa ibunda mereka, kenapa kita tak boleh dizaman serba moden ini?. Kenapa pula bahasa dipersalahkan. Belajar ilmu dalam bahasa yang tidak difahami akan membantutkam perkembangan ilmu.
7.
Q : Kenapa tidak buat terjemahan ke BM sahaja?.
A : Penterjahan diperingkat tinggi tidak diperlukan dimana pembacanya sudah bersedia dengan bahasa inggeris. Masalah dibawa PPSMI adalah kepada anak yang baru mula mengenali sains & metematik. Hampir kesemuanya buku teks hanya mengandungi penemuan sains terdahulu bukan penemuan semasa. Begitu juga matematik. Penemuan terbaharu untuk kegunaan professor, doktor pakar dan saintis tersohor yang memang fasih berbahasa inggeris (sepatutnya), tiada kaitan pun dengan murid darjah satu yang baru hendak mengenali sains ('vocab' nya hampir sifar). Sebenarnya pakar-pakar ini (yang 'original') tiada masalah pun untuk memahami istilah teknikal & saintifik walaupun mereka tak pernah di PPSMI kan. PPSMI diujudkan atas andaian 'orang itu' sahaja dan disokong oleh orang yang berguru kepalang ajar.
8
Q : Tidak sukarkah bagi kanak-kanak kecil belajar sains & matematik dalam BI?
A : Jawapannya sekadar andaian sahaja tapi realitinya tidak begitu. Tak semudahnya belajar ILMU dalam BAHASA yang dia tak
pernah gunakan . Kita perlukan masa bertahun-tahun untuk memahami bahasa itu sebelum mula mengenali
ilmu yang diajarkan dan entah berapa tahun pula lagi diperlukan untuk memupuk minat dan menghayatinya. Semasa itu anak kita telah ketinggalan keretapi. Buktinya berapa ramai pelajar lepasan SPM fasih berbahasa inggeris setelah 11 tahun bersekolah?. Diketika itu masalah telah bertimbun-timbun akhirnya ramai pelajar akan meminggirkannya. Dikala itulah (pencipta dasar ini telah tiada lagi didunia ini) yang tinggal akan bertanyalah sesama sendiri kenapa negara ketandusan ahli sains. Hujahnya cuba diperkuatkan dengan sebuah cerpen kisah seorang kanak 6 tahun yang berjaya sehingga memperolehi reward. Kisah begini tidak boleh di 'apply' kan menjadi dasar.
Peringatan : Orang lurus bendul berkata "Melentur buluh biar dari rebungnya" tapi orang yang tidak ikhlas berfikir "Menghapuskan serumpun buluh bermula dengan mencantas rebungnya"
9.
Q : Tidak bolehkah BM jadi bahasa sains & teknologi.
A : Katanya boleh tapi belajar dalam bahasa inggeris dahulu, bila berjaya kita buat teknologi baru menggunakan BM. Bolehkah setelah terdidik dalam BI tiba-tiba membuat teknologi baru guna dalam BM? (tadi kata susah nak terjemah). Dimasa itu BM begitu unversal & terkenal (menurut mimpinya semalam). Hampeh punya cerita!!!.
10.
Q : Bolehkah dasar ini mencapai matlamat?
A : Sudah semestinya berjaya melebarkan jurang taraf pendidikan golongan yang perpendidikan inggeris dan yang tidak. Kenapa kita diajak bekerja keras dan berganding bahu untuk menjayakan sesuatu dasar dalam bahasa inggeris tetapi bekerja 'lembek' dan berpecah Semasa Sains & matematik dalam BM?. Dasar ini sebenarnya telah gagal seperti gagalnya sekolah wawasan. Bezanya
sekolah wawasan gagal dalam bentuk yang nyata dan tak boleh dimanipulasi kesahihannya tetapi PPSMI gagal dari segi pencapaian dan pematuhan kepada dasar itu sendiri.( SK mematuhi walaupun dalam keadaan merangkak tapi SJK kata 'pergi jahannam sama itu
PPSMI').
Bab 2.
Bantahan terhadap PPSMI tiada kaitan dengan perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat dengan siapa?.
Jika rakyat dengan kerajaan istilahnya adalah penentangan.
Apa dan kenapa yang mereka menentang sangat?.
Mereka turun kejalanan meluah perasaan menentang satu dasar. Kerana kerajaan telah melaksanakan dasar yang tak masuk akal yang melibatkan jutaan kanak-kanak dinafikan hak (untuk belajar dalam bahasa ibunda ditanah tumpah darah dari datok neneknya), menghampakan ratusan ibubapa untuk melihat anak berjaya dalam sains & matematik demi untuk memberi peluang kepada
segelintir yang lain, wang kerajaan dibazirkan dengan banyak untuk meminggirkan bahasa melayu oleh pemerintah melayu dinegeri
melayu dari menjadi bahasa ilmu. Jauh sekali mereka ini untuk bertindak ganas.
Kalau mereka samseng, siapakah pula pejuang?.
Takkanlah pula orang melayu yang meminggirkan bahasa melayu itu pejuang bahasa melayu!. Merekalah pejuang dalam dunia yang
penuh samseng (Yang tak sudah-sudah nak mengosek hak melayu).
Kehadiran mereka yang sebahagian ahli perti pembangkang bukan atas tiket pembangkang tetapi atas tiket sebagai bapa yang terainaya. Kehadiran ahli parti kerajaan tidak digemburkan supaya lebih senang menjatuhkan hukuman. Hasrat GAP dan pembangkang amat berbeza. Saya yakin dan sepatutnya GAP akan terbubar sebaik sahaja PPSMI dihapuskan tapi tidak parti
pembangkang. Mereka tidak menolak pemuafakatan dan perbincangan, tetapi pihak kerajaan seharusnya menjadi pendengar permasalahan yang timbul bukan menjadi pendakwa dan mereka pula menjadi tertuduh. Jika begini segala perbincangan akan sia-sia dan tak lebih dari untuk mendapakan minit dan menambah jumlah kekerapan persidangan sahaja. Hasrat GAP amat berbeza dengan demontrasi 1998. Takkan tuan tak dapat bezakan apa yang GAP tuntut dan demonstrasi 1998 tuntut!. Cuma ia kelihatan sama dari segi lahiriahnya sahaja. Jika tuan kata penentangan terhadap PPSMI akan menakutkan pelabur asing (kerana ramai orang berkumpul) eloklah cari pelabur lain kerana tak sepatutnya kita memperlawa pelabur sebodoh itu. Manalah tau satu hari
kita hendak berkumpul menyambut maulidul rasul ke, hari merdeka ke tentu mereka takut, angkut kilang cabut lari. Tuan telah merangkumkan anti PPSMI dengan BERSIH, HINDRAF dan DEMONTRASI 1998 kedalam satu kandang dan dijatuh hukum dengan sekali baca sahaja. Ini jalan singkat dan tidak sudi meneliti permasalahan sebenar PPSMI. Ahli falsafah pernah berkata : Dinegara yang semua rakyatnya buta, yang bermata satu akan menjadi raja. Tetapi nampak tak releven lagi kerana di Malaysia dalam kadaan rakyatnya semua celik, kerajaannya memerintah dengan hanya membuka sebelah mata. Nasihat saya janganlah takutkan seseorang sehingga kuburnya pun ditakuti.
sdr tak bernama,
ReplyDeletehujah sdr macam budak2 baru lepas sekolah. saya pernah berjumpa budak-budak yang mulakan GAP tu, nampaknya mereka tak tahu pun perjuangan bahasa dan perkembangannya; mereka hanya digunakan. Suara ibu bapa? heh heh heh, kalau dah berjanggut tu, bukan pasal anak, tapi pasal soruuu...
Bagus, bagus kerana saudara sudah mula membaca tulisan saya.. sekarang saudara boleh baca ini pula..
Menegakkan benang yang basah memang susah, tetapi ada pihak yang terus mencuba semata-mata untuk mengelirukan rakyat sehingga melanggar batasan ketertiban budaya ilmu dan tradisi intelektual.
Kita dikejutkan bila Pengerusi Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP) menyatakan bahawa 625,987 murid UPSR 2008 menjawab kertas soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Ini adalah satu lagi kejutan selepas sebuah kesatuan guru menyatakan kononnya semua kesatuan guru menolak program Pengajaran dan Pembelajaran dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang kemudiannya disusuli dengan penafian oleh kesatuan-kesatuan guru yang lain.
Kita tidak tahu dari mana datangnya data tersebut kerana jumlah murid yang mendaftar UPSR 2008 hanyalah 518,616. Dari jumlah tersebut, saya dimaklumkan bahawa data Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menunjukkan jumlah calon yang menjawab dalam bahasa Inggeris sepenuhnya adalah seramai 159,234 (31.1 peratus) orang calon Sains dan 238,153 (46.6 peratus) orang calon Matematik UPSR 2008 menjawab dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Jumlah yang menjawab dalam bahasa Melayu sepenuhnya bagi mata pelajaran Sains ialah 243,799 (47.6 peratus) manakala calon yang menjawab sepenuhnya dalam bahasa Melayu bagi mata pelajaran Matematik ialah 233,776 (45.7peratus).
Pada pandangan saya, biarpun peratus yang menjawab di dalam bahasa Inggeris sepenuhnya kelihatan seperti lebih kecil berbanding dengan jumlah yang menjawab di dalam bahasa Melayuh sepenuhnya, namun jumlahnya tetap besar, iaitu 31.1 peratus bagi sujek Sains dan 46.6 peratus bagi subjek Matematik. Ini menunjukkan anak-anak kita di sekolah semakin yakin menggunakan bahasa Inggeris kerana berlaku peningkatan berkali-kali ganda berbanding tahun lepas dan tahun sebelumnya.
Pada waktu yang sama, jumlah yang menjawab soalan Sains dan Matematik secara bercampur-campur iaitu dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu atau bahasa Cina atau bahasa Tamil adalah seramai 108,842 (21.3 peratus) dan 39,570 (7.7 peratus). Jika dijumlahkan murid yang menjawab dalam bahasa Inggeris sepenuhnya dan secara bercampur-campur maka jumlahnya ialah 267,076 ( 52.4 peratus ) bagi Sains dan 277,723 (54.3 peratus) bagi Matematik.
Kenyataan tentang lebih daripada 50 peratus murid di Sabah, Sarawak, Kelantan dan Perlis GAGAL dalam Sains dan Matematik juga tidak tepat. Jumlah yang dilaporkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi pelajar yang mencapai tahap penguasaan minimum (mendapat gred ABC) bagi subjek Sains adalah 83.7 peratus di Kelantan, 65 peratus di Sabah, 81.9 peratus di Perlis dan 74 peratus di Sarawak. Manakala jumlah bagi yang mendapat gred ABC bagi subjek Matematik adalah 82 peratus di Kelantan, 61.6 peratus di Sabah, 76.9 peratus di Perlis dan 73.3 peratus di Sarawak.
Saya kesal kerana ada pihak yang tidak lagi berpegang kepada budaya ilmu dan tradisi intelektual dalam mengemukakan hujah mereka. Mereka sanggup menipu, memanipulasi data dan ada juga yang sanggup menggunakan agama bagi menegakkan hujah.
Misalnya, ada dalam kalangan mereka ini berhujah bahawa “penggunaan bahasa ibunda dalam mengajar subjek Sains dan Matematik adalah sunnah pemerintahan nabi dan rasul dalam pendidikan ke atas umat mereka”. Hujah mereka, “Tuhan mengutuskan nabi-nabi dan rasul-rasul mengikut bangsa dan bahasa dalam kalangan mereka sendiri agar penganutnya dapat memahami ilmu yang disampaikan oleh para nabi. Malahan kufur nikmat jika mengabaikan anugerah Allah ini sebagaimana dinyatakan dalam Quran surah Ibrahim ayat 4 dan surah al-Rum ayat 22.”
Pada pandangan saya, janganlah sampai kita sanggup mempergunakan agama demi menegakkan kepentingan kita. Janganlah kita menggunakan ayat al-Quran jika tidak benar-benar faham asbabul nuzulnya.
Mungkin orang yang berhujah seperti ini tidak menyedari bahawa 24 orang rasul diutus untuk membawa perintah Allah SWT kepada kaumnya sahaja dan dengan itu diterima akal fikiran jika perintah tersebut diturunkan di dalam bahasa kaum tersebut. Berbeza dangan Nabi Muhammad SAW, di mana Allah SWT mengutuskan baginda bukan untuk satu kaum sahaja, tetapi untuk menjadi rasul kepada seluruh umat manusia pelbagai keturunan. Seperti yang kita semua sedia maklum juga, al-Quran, biar pun menjadi pedoman untuk semua bangsa di dunia, tidak diturunkannya dalam pelbagai bahasa, sebaliknya diturunkan di dalam bahasa Arab.
Kalaulah mengikut logik golongan ini, jika Allah SWT hendak kita mempelajari al-Quran dalam bahasa ibunda, kenapakah tidak diturunkan al-Quran ini dalam pelbagai bahasa ibunda agar semua umat manusia dapat memahaminya dengan mudah? Kenapa tidak diutus lebih ramai rasul agar dapat membimbing manusia pelbagai kaum dalam pelbagai bahasa kaum dan suku mereka sendiri? Tidakkah jika mengikut logik pihak ini, Allah SWT zalim kerana menyusahkan anak-anak daripada pelbagai kaum untuk mempelajari al-Quran di dalam bahasa Arab?
saudara tak bernama boleh baca ini pula daripada che det, negarawan terulung negara.. :)
ReplyDeleteORANG ULU (dipetik dari blog chedet)
By
Dr. Mahathir Mohamad on February 11, 2009 3:05 PM Permalink Comments (395) TrackBacks (0)
1. Waktu saya kecik lebih kurang 70 tahun dahulu saya sering jumpa orang ulu (bukan suku kaum Sarawak), tapi orang ulu Kedah.
2. Ada yang terdiri daripada adik-beradik Mak saya. Ada Tok Karin (loghat Kedah - Kaghin), Lebak, Din, Mak Chah, Mak Bedah, Mak Doh. Orang pekan anggap orang ulu ini agak kolot dan lekeh. Mereka jalan kaki, naik perahu untuk ke pekan Alor Setar (Aloq Staq). Tak pakai kasut pun.
3. Bahasa mereka juga lain daripada bahasa kami orang pekan. Sesungguhnya mereka tak tahu apa. Bawak buah sikit, padi huma, beras pulut, sebagai buah tangan. Kadang-kadang mereka tidur di rumah tak perlu katil, hampar tikar sudah cukup.
4. Di sekolah Inggeris ramai juga anak orang ulu belajar bersama saya. Mula kekok sikit tetapi cepat faham dan guna bahasa Inggeris. Nampak tak bodoh sangat orang ulu ini. Kadang-kadang lulusan lebih baik daripada anak orang pekan.
5. Saya ke universiti. Budak Melayu tak ramai. Tapi di antara mereka ada juga anak orang ulu, terutama di Fakulti Sastera. Lulus Bachelor of Arts (B.A. - Sarjana Muda Sastera) mereka sertai Kerajaan, ramai di Kementerian Luar. Jadi second secretary (setiausaha kedua), first secretary (setiausaha pertama) dan kemudian jadi duta.
6. Boleh juga cakap orang putih dengan orang putih, anak orang ulu ni. Boleh berhujah dan bergaya sebagai Pak Duta.
7. Sebenarnya ramai anak orang ulu yang belajar sehingga dapat Phd. (Doktor Falsafah) di universiti luar negara kembali jadi pegawai tinggi Kerajaan.
8. Sekarang anak orang pekan pun susah nak kerja di luar negeri. Tak suka cocktail party kerana segan nak bercakap. Orang asing nak cakap bahasa lain, kerap kali guna bahasa Inggeris. Tetapi ini bukan masalah. Yang jadi masalah di cocktail party orang minum arak. Sebab itu pegawai tak suka pergi cocktail party.
9. Yang suka pergi cocktail party pegawai bukan Melayu. Mereka boleh bergaul dengan orang asing, bercakap dengan mereka bukan main fasih lagi, dan sudah tentu minum arak. Tetapi berguna juga mereka kerana mereka dapat dengar dan faham pendapat duta-duta asing.
10. Nampak sekarang sama saja - anak orang ulu atau anak orang pekan. Dulu kedua-dua boleh, sekarang kedua-dua pun tak boleh.
11. Pada pengalaman saya sejak 70-tahun dahulu, anak orang ulu ada kebolehan, tak kolot, tak lah lekeh sangat. Bila diberi peluang boleh buat. Anak kawan saya, Hassan Nawin (orang ulu dalam kelas saya) jadi pilot Boeing 747. Ada yang jadi doktor, pakar bedah, peguam, duta dan macam-macam lagi.
12. Rupa-rupanya mereka tak begitu lekeh. Janganlah perlekeh orang kampung, orang ulu dan orang luar bandar. Mereka boleh, kalau diberi peluang. Kalau tak percaya, buat kajian. Yang pegang jawatan tinggi, yang cakap bahasa Inggeris macam orang Oxford siapa? Ramai juga orang ulu.
13. Saya sendiri tak mimpi jadi doktor. Zaman saya di sekolah, doktor Melayu yang saya tahu hanya Doktor Arif, Pulau Pinang.
14. Tetapi saya dapat peluang, dapat juga lulus sampai jadi doktor. Kita serba boleh. Tetapi kalau orang sekat peluang saya mana saya nak tahu saya boleh atau tidak.
15. Demikian nasib orang Melayu bandar dan luar bandar. Dulu Mat Salleh (orang putih) anggap orang Melayu bodoh, tak boleh pegang jawatan. Sekarang orang Melayu sendiri anggap Melayu kampung bodoh.
16. Hai lah nasib!
Saya yang dikenali tak bernama itu.
ReplyDeleteTuan,
Ulasan penutup;
Telah saya menjadi dewasa. Telah saya menjadi budak-budak. Begitulah jika kita benar-benar menghayati sesuatu. Itulah yang saya rasai dan selami. PPSMI satu dasar yang minta barang dijauhkan oleh orang yang waras. Dasar yang memperjudikan bahasa dan bahan ujiannya jutaan anak bangsa, tidak pernah disokong oleh orang yang sayangkan bahasanya, bangsanya dan keturunannya. Tidak pernah dilakukan oleh bangsa bertamadun meminggirkan bahasa sendiri dari persada ilmu, memuji-muji bahasa asing. Ini kerja orang berkuasa yang tak ikhlas. Menggerakkan lidah berdegar-degar memperjuangkan bangsa, tindak-tanduknya satu demi satu hanya meruntuhkan. Ada orang yang rajin mendengar lidah yang petah ini tapi malas berfikir. Hanya melihat yang nyata melupakan yang tersirat. Hanya melihat telunjuknya tapi tak melihat kelingkingnya. Mereka ini akan menjadi taksub. Orang taksub ini amat kenal 'sitaksub' dipehak bertentangan, sepantas kilat menuduh dengan menggelarkannya dengan gelaran yang buruk-buruk.
Jika diamati dan dihalusi, penjajah inggeris lebih sayangkan melayu dari pemimpin melayu (baru). Inggeris menghormati melayu dengan merundingkan sesuatu isu dengan rajanya tapi pemimpin melayu sedaya upaya ingin mencabut kuasa rajanya. Inggeris seawal tahun 1900 mewartakan rizab melayu tetapi pemimpin melayu sedaya-upaya hendak menghapuskanya. Inggeris menubuhkan RDA(MARA), pemimpin melayu MEMINJAMKAN 15% kepada bangsa asing (ambil balik secepat mungkin). Inggeris tuliskan panduan, katanya biasiswa itu untuk kamu (melayu), hasil bumi (batu batan dan kayu kayan) itu untuk kamu, perkhidmatan awam itu untuk kamu tapi pemimpin melayu pula memperlawa bangsa asing mengongsinya. Telah tersurat, SJK tidak boleh ditambah dan wang kerajaan tidak boleh digunakan untuk membantu, tapi pemimpin melayu luluskan kolej dan universiti. Dicatatkan juga supaya tak lupa bahawa Islam itu ugama resmi dan bahasa melayu itu bahasa resmi negara kamu. Inggeris buatkan sekolah inggeris dan sekolah melayu, pemimpin melayu dahulu melayukan sekolah inggeris tetapi pemimpin melayu baru inggeriskan sekolah melayu. Tidak kurang juga apa yang saya dengar dinegeri 'logam berharga' itu kecoh sekali menguruskan tanah dan geran. Beginilah nasib si Lebai Malang, kehulu rugi kehilir pun rugi. Lemahnya bila berkuasa sementelah lagi setelah tiada.
bersambung...
...sambungan
ReplyDeleteApabila dato' Oon turun kejalan memperjuangkan hak melayu, inggeris sedia mendengar, berunding dan akur kepada hakikat, tidak seorang pun dijentiknya, tetapi apabila GMP turun kejalan, pemimpin melayu menghadiahkan pemedih mata, air berasid dan gelaran samseng. Apabila HINDRAF turun kejalan membaling kayu dan batu, polis hanya menahankan kepala. Kecil hati melayu melihatkan pemimpinnya tidak bersendikan ugama. Telah Allah firmankan:
Nabi Muahammad (saw) ialah rasul Allah dan orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan-kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang IKHLAS). Demikian sifat mereka yang tersebut didalam kitab Taurat, dan sifat mereka didalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan ANAK dan TUNASnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri diatas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, saw dan pengkut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. Surah AL-FATH ayat 29.
Melayu telah diperangkap oleh pemimpinnya dengan satu perkataan keramat iaitu 'MAJU'. Tolak PPSMI dikatakan melayu itu menolak kemajuan dan selesa dibawah tempurung. Sayangkan rizab melayu dikatakan menolak keMAJUan dan pembangunan dan selesa tinggal didalam rizab. Apabila dikaitkan dengan perkataan itu maka terkedulah melayu. Dimasa itu buatlah apa sahaja kepada mereka hatta memijak tengkuknya. Buat apa berbangga dengan kek (ekonomi) yang besar jika hak kita sejuring cuma. Buat apa bergegas membesarkan kek jika kita hanya merasa secubit cuma, selebihnya mereka bagi-bagikan sesama mereka, tak pernah pun terhajat mengongsinya dengan kita.
bersambung...
...sambungan
ReplyDeleteTelah saya katakan, PPSMI memang penyakit. Datangnya tanpa perlu data dan statistik, hanya melihat seorang berdua orang ulu pandai inggeris (semestinya bukan budak 6 tahun), terus mengatakan orang didarat dan dibaruh, dikuala dan dipulau, yang muda dan yang tua pandai belaka. Apabila hendak 'menyembuhkannya' berbagai statistik, data dan bukti diminta. Jika sebelum PPSMI, 100% dijawab dalam bahasa melayu itu dikira tak cemerlang, tapi dalam PPSMI 31.1% / 46.6% menjawab sains / matematik dalam BI, cemerlang namanya. Sedang 46.6% itu entah bagaimana dikiranya kerana jawapan berbentuk angka dalam inggeris atau melayu sukar dibeza. Lihatlah, itu baru cara mengira belum lagi diambilkira yang menjawab dalam BI tapi berfikir dalam BM. Yang tinggal original BI mungkin kurang 5%, tapi KUASA tetap mengatakan 'baik dan ada peningkatan'. Buat apa ada statistik dan data bertimbun tapi tiada KUASA. Saka PPSMI memanipulasinya sehingga ia memungkinkan penyakit ini tidak dapat disembuhkan lagi.
Telah saya katakan PPSMI berasaskan andaian, mengatakan pakar sains dan teknologi tinggi sukar memahami istilah dan nama kerana semasa bersekolahnya diajar dalam bahasa ibunda. Maka bangkitlah sebahagian melayu yang berguru kepalang ajar (yang tidak kreatif & inovatif) mengakuinya sehingga sanggup mempersendakan bahasa pertuturan ibunya sedang membezakan PPSMI dan bahasa inggeris pun masih kabur dan teraba-raba. Ahli sains dan penyelidik (yang ori) itu mereka telah bersedia dengan sebarang kepayahan dan dugaan (dalam bidang yang mereka sendiri pilih untuk diceburi). Dianiayakan anak yang sifar ilmu itu dengan mengajarkan dalam bahasa yang mereka sifar 'vokab'nya. Maka akan sakitlah 'rebung' ini. Lambat-laun akan terbaring lumpuhlah serumpun dinamakan melayu. Tertunailah satu dari hajat-hajat yang tersirat.
Jangan baca sekali, bacalah berkali-kali...