Friday, April 10, 2009

Berikan kami seminggu lagi, kita mungkin menang...


Hampir semua Exco Pemuda Malaysia bergegas ke Bukit Selambau dan Bukit Gantang sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung UMNO 2009. Saya bukan dalam kalangan mereka ini kerana batuk dan demam kuat akibat hanya dapat tidur sejam atau dua sahaja sepanjang tempoh seminggu sebelum dan ketika perhimpunan agung kerana membantu penyediaan ucapan sambil mencuri-curi masa mengejar perwakilan sehingga jam 630 pagi sebagai usaha terakhir berkempen sebelum pemilihan. Saya percaya ramai exco dan perwakilan pun belum begitu sihat, tetapi mungkin badan mereka masih kuat bertahan. Walaupun tidak begitu sihat, alhamdulillah, saya masih diberikan kekuatan untuk berjalan kaki hampir sejauh 4 kilometer dan sempat hadir sewaktu penamaan calon.

Saya diberi tugas untuk menjaga tiga peti undi, iaitu Taman Bandar Baru, Batu Belachan dan Kampung Pokok Machang. BN kalah di ketiga-tiga peti undi ini pada Pilihan Raya Umum 2008. Taman Bandar Baru, kalah 126 undi; Batu Belachan, 4 undi, Kampung Pokok Machang, 3 undi. Kami mempunyai hanya seminggu untuk menyelaras, menyusun jentera dan memperbetulkan sikap pengundi-pengundi muda. Bukan satu tugas yang senang, lebih-lebih lagi bila masalah-masalah yang asas belum selesai!

Dalam keadaan peruntukan terhad, saya memuji Ketua Pemuda Baling, Ketua Pemuda Padang Serai, Ketua Pemuda Kulim-Bandar Baharu, Ketua Pemuda Arau, Ketua Pemuda Nibong Tebal, Ketua Pemuda Batu Kawan, Ketua Pemuda Balik Pulau dan Ketua Pemuda Bayan Baru yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menjadikan gerak kerja Pemuda di peti-peti undi ini lebih berkesan.

Alhamdulillah, saya telah menyaksikan sendiri pengorbanan bukan sahaja dari segi harta benda, wang ringgit, masa dan tenaga yang dicurahkan atas dasar perjuangan oleh Ketua-ketua Pemuda ini dan saya percaya sekiranya semangat ini berterusan UMNO akan dapat kita perkukuhkan dengan lebih cepat.

Semangat ini adalah seperti semangat para sahabat yang sanggup menderma dan menumbang tenaga dan kepakaran semasa umat Islam menghadapi Perang Badar. Ketika itu, sahabat-sahabat yang berada seperti Abdul Rahman Auf menderma harta dan ternakan beliau. Sahabat-sahabat lain membantu dari segi kepakaran, termasuk menempa pedang dan sebagainya. Inilah juga semangat perjuangan dan pengorbanan orang Melayu yang sanggup menderma banrang kemas dan harta semasa hendak menghantar rombongan Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan daripada Inggeris.

Saya bersyukur, dengan niat yang betul, semangat juang dan pengorbanan yang tinggi, gerak kerja yang jelas dan tepat dan semangat kerja berpasukan yang mantap antara semua peringkat - cawangan/bahagian/negeri, wanita, pemuda dan puteri, di peti undi Batu Belachan, kita menang 80 undi, di Kg. Pokok Machang, kita menang 30 undi dan di Taman Bandar Baru, kita berjaya mengurangkan majoriti kepada 111 undi.

Saya percaya jika kita ada satu minggu lagi, keputusan mungkin berbeza - jentera kita mungkin akan berjaya membongkar satu persatu temberang dan penipuan pembangkang serta merayu undi untuk calon BN - kita mungkin menang di Bukit Selambau.

7 comments:

  1. prove it to us in the next GE that pemuda is "TOP CLASS".

    ReplyDelete
  2. Bekas Menteri penerangan yang akan ke sukan dan belia buat anologi saf kepimpinan jemaah menteri macam sukan juga. Dia kata jemaah menteri itu macam pasokan bola.

    Tetapi menteri itu bercakap atas kapasiti anologi sukan dan unuk memujuk hati.

    Dalam situasi nak ambil hati, Perdana Menteri sebagai bapa kepada anak-anak, sepatutunya sama rata, nampakkan keadilan, jangan tunjukkan pilih kasih.

    Bagaimana perasaan anak yang berjaya, tiba-tiba yang kalah diberi peranan, tetapi yang menang dipinggirkan.

    Bagi si anak itu mungkin boleh terima, sebab yang buat keputusan adalah seorang bapa, maka terimalah aje, tetapi bagaimana hati jiran-jiran, bagaimana hati teman-teman?

    Anggapan orang luar kepada si bapa ialah bapa mungkin sudah singet, tidak betul, dan dipengaruhi pihak emak tiri.

    Mungkin YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan mendapat simpati yang bertambah-tambah, apatah lagi apabila Tun Dr mahathir tidak sudah-sudah nak peleceh, dan membodoh.

    Tun Dr Mahathir, jarang insaf kepada akibat perbutan itu, namun adakah perkataa insaf dalam kamus politik?

    Dalam saf kepimpinan negara, anak bangsawan diberi peranan berlebihan, dan melampau, tetapi wakil akar umbi dilayani seperti anak tiri. Hanya mungkin Jamil Khir dari tentera, yang diletakkan sebagai mesin top up.

    Jamil khir ditarik dalam politik seperti juga yang dilakukan ke atas Dr. Hamid Othman, Dr Yusof Nor, Genderal Abdul Hamid Zainah Abidin, dan Dr Abdullah Mat Zain.

    Memang sukar untuk memuaskan semua orang, tetapi puaskah hati si bapa apabila melihat lahirnya beberapa hang jebat seperti dalam cerita Hang Tuah.

    Si Hang Tuah tidak apa-apa tetapi Hang Jebat pula yang berang dan membela, di situasi itu Hang Jebat sudah terlewat untuk diberi nasihat.

    Akhirnya Hang Jebat mati dalam tangan Hang Tuah sendiri. Namum mampukah Hang Tuah menerima hakikat kematian Hang Jebat sedemikian rupa?

    Menteri Sukan itu boleh kata kononnya sebagai pemain simpanan, namun dalam perjuangan kalah mati, sesuaikah ia diletakkan dalam simpanan.

    Sebagai menteri sukan dan belia, meletakkan simpanan cara begini kita tidak akan menang apa-apa juara. Negara tidak akan menang apa-apa, kecuali takdir mengatakan sebaliknya.

    ReplyDelete
  3. positive thinking will get you places.definitely.

    ReplyDelete
  4. Tahniah atas kerja keras saudara dan rakan-rakan pemuda yang lain sehingga beroleh kemenangan bagi 2 dari 3 peti undi yang dipertanggungjawabkan di Bukit Selambau. Aku betul-betul mintak maaf kerana tidak dapat turut bersama kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Hati sangat membuak2 ingin turut berbakti, tapi apakan daya jika ada perkara lain yang telah ditentukan Allah.

    ReplyDelete
  5. thanx for a little insight of belakang tabir satu pilihanraya. Bagaimana org UMNO guna duit sendiri untuk kempen, tak pernah dihebohkan sebelum ini. Ini penting bagi menjawab tuduhan dato Zahar Hashim secara sinis menasihatkan semua bilik gerakan Umno di Bukit Gantang ditutup kerana petugasnya hanya mendapat RM300 seorang selama 10 hari. Umno boleh bekerja fisabilillah.Syabas.

    ReplyDelete
  6. bro Nor Ilham,

    Sebenarnya ramai orang UMNO yang berjiwa pejuang dan sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit demi perjuangan agama, bangsa dan negara. Kita kena kumpulkan kembali pejuang-pejuang ini utk berada di saf paling depan, insyallah UMNO akan kembali kukuh dan perkasa.

    Sebenarnya parti lawan tidak lah bersih macam yang mereka dakwa. Di Permatang Pauh misalnya, dimaklumkan jumlah yang dibayar untuk jentera mereka termasuk pemuda bermotor jauh lebih banyak dari apa yang BN peruntukkan untuk jentera. kononnya seorang pemuda bermotor dapat sehingga rm 150 semalam. Kalau begini nilainya, tak lama lah `iman'nya.

    Jangan risau yang ini bukan pejuang, tetapi hanya askar upahan. Yang hairan, mana Penipu Rakyat ni dapat banyak sangat duit ni?

    ReplyDelete
  7. Syabas saudara Tun Faisal bersama barisan pemudanya yang telah bertungkus lumus untuk memenangkan calon BN di Bukit Selambau.Percayalah nama saudara menjadi ingatan kepada ahli 2 umno terutama ahli Pemuda UMNO Caw Batu Belacan dan Tengkorak Batu di DUN Bukit Selambau . Selama 1 minggu berkampung disana bermacam2 program telah dirancang dan semuanya berjalan dengan baik.

    Tahniah diatas kehadiran cahaya mata yang baru.Semoga emak dan anaknya berada didalam keadaan sihat.Harapan saya semoga saudara Tun akan terus memperjuangkan nasib ahli2 Pemuda.


    Ikhlas
    Sandra
    Pemuda Caw Orkid,PUTRAJAYA

    ReplyDelete