Monday, March 9, 2009

Yang penting - kuasa; yang pandir - Samseng Bahasa

Apabila prinsip dan asas perjuangan sudah salah, orang bahasa akan menjadi samseng bahasa. Itu kesimpulan untuk menggambarkan tindakan ganas mereka di jalanan. Apabila tradisi ilmu dan intelektual diketepikan, maka perbezaan pendapat akan dibawa ke jalanan.
Apa yang budak-budak muda yang keliru ini tidak sedar mereka hanya digunakan sebagai rubber stamp pembangkang dan menjadi bidak perjuangan pembangkang. Hasrat pembangkang satu sahaja - untuk mewujudkan kekacauan dalam negara; jelas apabila mereka menolak ruang permuafakatan dan perbincangan seperti yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam lima siri Persidangan Meja Bulat PPSMI dan menganjurkan kekacauan demi kekacauan; selepas gagal mengambil alih pemerintahan negara secara demokrasi. Budak hingusan yang pendek akal fikiran, tidak sedar mereka hanya menjadi alat mewujudkan ketidak stabilan di dalam negara yang PASTINYA AKAN MENJEJASKAN EKONOMI NEGARA DALAM SUASANA KRISIS EKONOMI SEDIA ADA. Perkara ini bukan baru - Penyokong Anwar Ibrahim pernah melakukannya dulu dalam tahun 1998. Demi kuasa, mereka sanggup menjahanamkan negara.

Akibat hasutan parti politik, pemikiran golongan muda ini terkongkong di dalam kerangka ideologi sesebuah parti politik atau organisasi luar / badan bukan kerajaan (NGO) yang mempengaruhinya dan menjadi terlalu bergantung kepada pandangan yang disuapkan oleh kumpulan-kumpulan ini dan tidak mempunyai inisiatif untuk membuat kajian sendiri. Hasilnya – reaksi pelajar terhadap sesuatu isu adalah berpihak dan sama dengan kumpulan yang menguasai pemikiran mereka.

Demonstrasi dan rusuhan pada tahun 1998 merupakan bukti nyata kepada kebekuan idealisme golongan muda tertentu; yang keliru tentang perbezaan di antara inteletualisme dan brutalisme. Akibat konflik yang timbul di dalam UMNO, mereka digerakkan untuk menjatuhkan kerajaan.
Pelbagai fitnah dan penipuan dilemparkan. Kononnya krisis ekonomi yang timbul merupakan akibat dari kerajaan yang korup dan yang mengamalkan kroni kapitalisme. Semangat untuk menumbangkan kerajaan telah diapi-apikan. Kumpulan yang mendalangi gerakan ini mahu mengulangi kejayaan gerakan pelajar negara jiran yang dapat menumbangkan kerajaan mereka yang dikatakan korup. Bagaimanapun apa yang tidak disedari oleh gerakan pelajar ketika itu, alasan korupsi dan kronisme bukan penyebab utama krisis ekonomi. Serangan spekulator matawang dan penarikan modal asing secara besar-besaran merupakan faktor utama kekusutan ekonomi ketika itu. (Ini diakui oleh pelbagai pengiktirafan terhadap negara, khususnya kepada Tun Dr Mahathir selepas krisis)

Keterbukaan sistem kewangan dan globalisasi tanpa kawalan telah menyebabkan kegawatan ketika itu. Negara-negara tertentu dan rakyat mereka telah dimiskinkan. Manakala banyak perniagaan terpaksa ditutup dan dijual pada harga yang murah, pertamanya akibat penurunan nilai mata wang oleh spekulator matawang, keduanya disebabkan alasan kelemahan kedudukan kewangan dan kegawatan ekonomi.
Negara ketika itu sedang berada di ambang penjajahan ekonomi, bagaimanapun gerakan pelajar telah gagal untuk memahaminya. Ketika kerajaan sedang memfokuskan usaha untuk menghalang penjajahan ekonomi oleh kuasa ekonomi asing, demonstrasi dan rusuhan yang disertai oleh golongan muda yang keliru ini telah memburukkan lagi keadaan.
DEMONSTRASI JALANAN dan rusuhan ini menjadi BAHAN BERITA kepada pihak MEDIA ASING untuk terus memberi gambaran buruk tentang kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan yang sedang menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah ekonomi, tidak mempunyai banyak pilihan sebaliknya terpaksa menghalang perbuatan merusuh bagi mengelakkan keyakinan terhadap kestabilan negara dari terus merudum.
Ada beberapa perkara yang perlu dilihat ketika menganalisis peristiwa tahun 1998.
Pertamanya; apakah yang mendorong tindakan oleh gerakan golongan muda yang keliru pemikirannya ketika itu? Adakah idealisme yang mendorong tindakan tersebut asli (‘original’) dari pemikiran golongan muda , atau apakah ia merupakan ujaan dari pihak yang berkepentingan?

Keduanya; apakah kaedah tindakan yang dipilih oleh golongan yang keliru tersebut menyelesaikan masalah, atau memburukkan lagi keadaan? Pada ketika itu, kecetekan pengetahuan dan keterbatasan kemampuan golongan ini untuk melakukan penyelidikan menyebabkan golongan ini terlalu mudah dipengaruhi oleh emosi dan ucapan yang berapi-api.
Akibat terpengaruh, golongan muda berhingus telah diperalatkan seperti bidak-bidak catur oleh pihak yang berkepentingan. Mereka telah digerakkan dengan sesuka hati, biarpun dalam keadaan yang boleh membahayakan nyawa dan pelajaran mereka.Idealisme yang dibawa oleh mereka bukan asli sifatnya, tetapi lebih bersifat `pak turut’. Gerakan golongan muda yang keliru ini yang kononnya tidak mahu menjadi `rubber stamp’ kepada kehendak kerajaan, rupanya menjadi `rubber stamp’ kepada pihak pembangkang. Mereka telah `diaruhkan’ menggunakan taktik politik yang kotor dan keji serta dihasut untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokratik, melalui cara yang terang-terang tidak demokratik.Dari segi logiknya, perbuatan mereka yang merusuh dan berdemonstrasi sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah. Sebaliknya tindakan mereka ketika itu merosakkan lagi tahap keyakinan terhadap kestabilan negara. Mereka hanya perlu melihat ke negara jiran untuk mengetahui impaknya. Gerakan mereka ketika itu telah gagal untuk melihat bahawa masalah tidak mungkin dapat diselesaikan dengan menimbulkan lebih banyak masalah lagi. Bagaimanapun, akibat telah di’brain-washed’ dengan dakyah pembangkang, mereka menjadi `buta’ dan berpandangan bahawa tindakan mereka tersebut adalah sebaik-baik cara.
Kesedaran politik perlu disertai dengan kebijaksanaan politik dan rasa tanggungjawab. Jika tidak, kita tidak jauh berbeza dengan mana-mana `political animal’ yang sanggup menghalalkan sebarang cara demi mendapatkan kuasa.

HANYA ORANG TIDAK BERFIKIR sahaja yang melihat tindakan berdemonstrasi bermula dari BERSIH, HINDRAF sehinggalah Anti PPSMI TIDAK bermotifkan politik dan kegilaan untuk merampas kuasa. HANYA MEREKA YANG BUTA AKAL FIKIRAN sahaja gagal melihat - apa sahaja isu, walaupun bodoh dan palsu - akan digunakan oleh pihak tertentu untuk menaikkan emosi rakyat demi merampas kuasa yang gagal mereka perolehi melalui peti undi. Bagi mereka yang gila kuasa ini - matlamat menghalalkan cara - tidak kiralah walaupun ia boleh menjejaskan ekonomi negara. Yang penting kuasa; yang pandir - samseng bahasa.

5 comments:

  1. bodoh la kau ni.. tak sayang bahasa sendiri bererti tak sayangkan bangsa...

    ReplyDelete
  2. masih menunngu jawapan saudara tentang “kelemahan dari segi sampel, instrumen dan kesimpulannya; orang awam biasanya tidak melihat sampel, instrumen dan kesimpulan kajian dengan teliti menyebabkan mereka secara mudah dimanipulasi dan ditipu.” yang saudara dakwa berlaku dalam kajian yang dikemukakan oleh golongan penyelidik anti PPSMI.

    Saya masih menunggu dan saudara tidak menjawabnya balik dalam blog Puan Ainon.Mengapa ya?

    Kalau dilihat dari segi latar belakang saudara, saya masih merasakan saudara belum mampu untuk menjawab balik hujah mereka yang melakukan penyelidikan kelemahan PPSMI.

    :)

    ReplyDelete
  3. Cantik, Encik Tun! Kena sebiji tepat di muka Sdr. Arif kita ni.

    ReplyDelete
  4. bahasa tak bawa kita kemana secara logiknya.

    kena serang dengan negara lain nak lawan pakai bahasa?mati kita disitu.

    bagi aku bahasa ni salah satu medium memecahbelahkan umat manusia sebab semua nak duduk dalam kumpulan sendiri.

    ingatlah bahawa Allah tak membeza-bezakan umat manusia berdasarkan bahasa atau bangsa tetapi amal dan ilmu..

    ReplyDelete