Tuesday, February 17, 2009

Hujah samseng bahasa?


Hujah Khairul Anwar, PKPIM "Saya ingat saudara kurang makluman akan peri pentingnya pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik di dalam bahasa melayu. bukan semata-mata kerana Bangsa, tetapi seperti yang saudara ingatkan bahawa Islam adalah yang utama. Maka kerana Islam lah bahasa melayu perlu dijadikan pengantar sains dan matematik."

Apa sebenarnya maksud Khairul? Apa kaitan Islam dan bahasa Melayu dalam mengajar matematik dan sains? Adakah maksudnya bila ada PPSMI, anak-anak kita sudah tidak Islam lagi dan pelaksananya sudah menjadi menjadi kafir?
Sebenarnya kita hairan kenapa Khairul dan PKPIM tidak beriya-iya menentang Teresa Kok bila insiden dalam gambar itu berlaku? Adakah ini permainan politik pembangkang? Adakah PKPIM sekadar menjadi bidak dan 'rubber stamp' parti pembangkang? Seperti yang dinasihatkan kepada PKPIM, berjuang jangan kerana mahu cepat popular dan glamour. Bila terlalu cepat mahu mencari nama, inilah jadinya. Sayang bila idealisme pelajar dicemarkan dengan pemikiran dangkal akibat malas membaca dan memperhalusi apa yang telah berlaku terhadap bahasa Melayu sepanjang tempoh 20 tahun ini; sebelum pelaksanaan PPSMI lagi.

4 comments:

  1. salamz
    mereka semua bacul
    sanggup berbuat apa saja demi kepentingan diri dan fulus.
    saya menyokong penggunaan bahasa penghantar bahasa inggeris asal bahasa malaysia/melayu masih menjadi bahasa utama.
    kebanyakan institusi pengajian tinggi menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa utama/penghantar.. so kesian anak anak melayu bila masuk ipt.. terkial kial nak buat kertaskerja..
    w'salam

    ReplyDelete
  2. salam bro,

    apa nak heran bila polemik ppsmi nak jugak dikaitkan dgn 'islam'.

    Islam dan elemen2nya mmg cukup berkesan utk dijadikan bahan jajaan dan momokan utk menipu/meraih simpati pendengar oleh org2/jemaah yg berkepentingan.

    Perkataan 'islam' tu aje dah cukup utk pancing org utk menyokong walaupun puak yg memancing tu pun hancor.

    islam diperkudakan oleh puak ini,puak ini pula diperkudakan oleh puak bukan islam.

    ReplyDelete
  3. Menurut Tengku Razaleigh di Parlimen tadi, isu PPSMI ini sudah lama diperjuangkan beliau hairan kenapa ia tidak diselesaikan lagi.

    ReplyDelete
  4. Memang betul isu PPSMI sudah lama diperjuangkan dan bukannya Kerajaan dan UMNO tak lakukan apa-apa. Malah ia dibincangkan beberapa kali di dalam mesyuarat Biro Pendidikan UMNO. Salah satu daripada keputusan yang dicapai adalah supaya Menteri Pelajaran melaksanakan kajian terperinci terhadap pelaksanaan dan kesan PPSMI. Keputusan itu diputuskan di dalam mesyuarat Biro Pendidikan UMNO dalam tahun 2005 dan KPM telah mengambil langkah melaksanakan kajian yang lebih menyeluruh selepas itu. Sebelum itu terdapat beberapa tinjauan yang dibuat untuk melihat trend pencapaian pelajar oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) sejak tahun 2004. Tidak seperti instrumen kajian Juriah Long yang lemah, instrumen tinjauan PPK ini telah dibaiki dari setahun ke setahun. Dalam tahun 2005, ujian diagnostik telah dirangka oleh LPM untuk membantu guru-guru dan pelajar. Bagaimanapun selepas itu lebih banyak kajian telah dibuat oleh KPM bagi menilai kesan PPSMI dari segi - pencapaian pelajar, kesediaan dan kompetensi guru, jurang pencapaian bandar dan luar bandar. Memang betul ia diperjuangkan oleh Tengku Razaleigh dan sejumlah pemimpin UMNO, bagaimanapun, ketika itu perjuangan mereka untuk mengubah ppsmi bukan berasaskan kajian yang menyeluruh, tetapi berdasarkan retorik, emosi dan kajian Juriah Long yang lemah. Amat tidak bertanggungjawab bagi Kerajaan untuk bertindak ketika itu jika tidak bersandarkan dapatan kajian yang boleh dipercayai, lebih2 lagi ketika pusingan/kitaran pembelajaran itu belum lengkap.

    ReplyDelete