Saturday, July 6, 2019

LAFAZ AMPUN MAAF AHLI PPBM

Kami, ahli-ahli UMNO telah mendengar permintaan kamu dan di bawah ini kami drafkan LAFAZ AMPUN MAAF untuk dibacakan oleh Tun Dr Mahathir dan ahli-ahli Ppbm sebelum kami menerima anda sebagai saudara seperjuangan semula. Semoga umat Islam dan Melayu kembali bersatu dan mempunyai suara yang kuat di negara ini.

LAFAZ AMPUN MAAF AHLI BERSATU

Kami, ahli Ppbm (Bersatu) ingin memohon ampun dan maaf di atas kesilapan yang telah kami lakukan:-

1. Kami mengaku bersalah kerana telah mengakibatkan perpecahan umat Melayu dan umat Islam di Malaysia

2. Kami mengaku bersalah kerana melanggar larangan Allah swt kerana telah bekerjasama dengan golongan harbi, iaitu golongan evangelis, sosialis, liberal dan sekular yang mengakibatkan kerugian kepada umat Islam dan umat Melayu

3. Kami mengaku bersalah menipu rakyat dengan janji-janji palsu dan yang tidak dapat kami tunaikan semata-mata untuk menang dalam PRU14

4.  Kami mengaku bersalah kerana menipu fan memfitnah Datuk Seri Najib dan UMNO dengan tuduhan-tuduhan yang sampai sekarang tidak dapat kami buktikan di mahkamah walaupun kami telah menguasai kerajaan

5. Kami mengaku bersalah kerana telah gagal mengekang dominasi Dap dan golongan liberal sekular yang lain dalam kerajaan sehingga terpaksa memberikan begitu banyak jawatan penting kepada mereka termasuk jawatan menteri, timbalan menteri, Peguam Negara dan Ketua Hakim

6. Kami mengaku bersalah kerana telah membuat fitnah ke atas institusi Islam seperti Tabung Haji sehingga mengakibatkan aset dan saham yang bernilai telah diambil alih dan diuruskan oleh golongan harbi dan meninggalkan Tabung Haji dengan bebanan hutang tanpa jaminan kerajaan serta mengakibatkan urusan haji yang selama ini mudah dan murah telah menjadi mahal dan disulitkan

7. Kami mengaku bersalah kerana telah mengakibat ekonomi Malaysia semakin teruk, aset-aset bernilai yang selama ini dibina telah dijual kepada orang asing, peruntukan kepada rakyat semakin kurang, cukai ke atas rakyat semakin tinggi dan hutang negara telah menjadi bertambah dengan begitu banyak sekali

8. Kami mengaku bersalah kerana telah melemparkan begitu banyak penghinaan dan fitnah ke atas UMNO dan Pas, saudara seIslam dan sebangsa kami demi mendapatkan sokongan umat Islam dan umat Melayu Malaysia

Kami merayu, terimalah permohonan maaf kami kerana kami harap umat Melayu dan umat Islam Malaysia dapat bersatu padu agar kehendak-kehendak Dap, golongan evangelis dan golongan liberal sekular ini dapat dikekang sebelum ia merosakkan negara dan agama yang kita kasihi.

Sekian,

Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli-ahli Ppbm (Bersatu)

*Nota: Kami tidak akan sekali-kali meninggalkan UMNO dan menyertai Ppbm, tapi kami boleh mempertimbangkan kerjasama dengan Ppbm demi kepentingan Islam dan Ummah.

** Mohon ahli-ahli UMNO sebarkan dan manfaatkan draf ini untuk dibaca oleh ahli-ahli Ppbm di kawasan Parlimen dan Bahagian masing-masing.

3 comments:

عبده العمراوى said...


شركة رش مبيدات بالدمام
شركة مكافحة الثعابين بالاحساء

pakculudibrunei said...

APA BILAH BERMINAT ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS 2D 3D 4D 5D 6D 7D HBG NMR INI 085-256-133-981 MBAH SORE ATAU PESUGIHAN DANA GAIB TRANSFER JANIN DAN BANYAK LAGI KELUAHANYA INSAH MBAH PASTI BANTU

Clipping Path Service said...


Very interesting post.this is my first time visit here. I found so many interesting stuff in your blog especially its discussion..thanks for the post!
clipping path

Popular Posts