Sunday, April 26, 2015

1MDB: Antara fakta dan auta Tun M

Adakah portal berita pro-pembangkang dan Tun M 'bekerjasama' merosakkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia?

1. Dulu Tun M kata dia tidak menuduh Datuk Seri Najib tetapi hanya bertanya. Tun M juga kata dia tidak menyuruh Najib meletak jawatan dan digantikan, tetapi hanya bertanya. Tun M terbukti berbohong apabila ada video yang mengesahkan dia
tidak bertanya, sebaliknya membuat kenyataan mahu Najib digantikan kerana kononnya Najib mempunyai terlalu banyak skandal.

2. Dulu Tun M mendakwa duit 1MDB yang 'lesap' adalah RM42 bilion. Tun M bertanya ke mana wang ini pergi dan mempersoal sama ada 1MDB benar-benar mempunyai aset dan tanah? Sekarang 'wahyu' terbaru Tun M menyebut jumlah yang 'lesap' bukan RM 42 bilion tetapi hanya RM27 bilion. Tun M turut membantu menyenarai dan menganggar nilai aset 1MDB walaupun dulu didakwa kononnya 1MDB tiada aset.

3. Blogger dan cybertrooper pro Tun M pula sudah semakin keliru. Walaupun tidak faham kisah sebenar 1MDB mereka terpaksa mengubah skrip untuk disesuaikan dengan 'wahyu' terbaru Tun M.

4. Dalam blognya, Tun M mendakwa 1MDB sebagai syarikat dengan modal RM1 juta tidak boleh meminjam sehingga 42,000 kali nilai modalnya tanpa sandaran dan hanya boleh berbuat demikian dengan jaminan kerajaan. Tun M juga cuba memberi gambaran seolah-olah semua hutang 1MDB dijamin kerajaan dan jika 1MDB rugi, kerajaan akan menanggung akibatnya.

5. Tun M nampaknya menyembunyikan fakta bahawa hanya RM 5.8 bilion hutang 1MDB yang dijamin kerajaan. Baki hutang yang lain dijamin oleh 1MDB, disandarkan kepada aset atau dijamin oleh rakan kongsi, iaitu, International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC), sebuah syarikat pelaburan  kerajaan Abu Dhabi. Tun M juga gagal menjelaskan bahawa 1MDB adalah syarikat dengan liabiliti terhad dan kerugian syarikat tidak ditanggung oleh kerajaan melainkan bon yang dijamin kerajaan.

6. Satu lagi perkara yang perlu dijelaskan adalah dakwaan bahawa1MDB gagal membayar hutang sebanyak RM5.5 bilion yang dipinjamkan oleh 5 buah bank, iaitu Maybank (58.9 %), RHB (32.4 %), Alliance Investment Bank Bhd (4.06%), Malaysia Building Society Bhd (3.24%) dan Hwang DBS Investment Bhd (1.29%). Ada blogger pro Tun M yang cuba menyamakan kegagalan ini dengan kegagalan Renong-UEM (pada zaman Tun M) dan kegagalan sistemik sistem kewangan dan perbankan negara walaupun agensi penarafan Moody menafikan hutang 1MDB akan mengakibatkan kegagalan sistemik. Hakikatnya 1MDB telah membayar secara penuh hutang sebanyak RM2 bilion kepada Maybank dan RHB pada 13 Februari 2015, lebih awal dari tempoh berakhir pinjaman mengikut syarat yang ditetapkan dan baki sebanyak RM3.5 bilion telah ditukar kepada hutang jangka panjang berakhir pada Ogos 2024.

7. Dalam blognya, Tun M turut menyebut tentang isu komisen Goldman Sachs dan kadar faedah bon yang tinggi. 1MDB telah menjelaskan tentang perkara ini dan sejumlah perkara lain dalam FAQ 1MDB di laman web 1MDB. Mungkin Tun M belum berkesempatan membacanya.

8. Tun M bukan auditor yang dipertanggung jawabkan untuk mengaudit akaun 1MDB dan tidak mempunyai kuasa penyiasat seperti Jawatankuasa Kira-kira Wang Parlimen (PAC) yang mendapat akses kepada dokumen dan transaksi 1MDB. Disebabkan itu dalam blognya Tun M sekadar mampu mencongak dan menganggar nilai pelaburan dan aset 1MDB.

9. Dalam blognya, mungkin Tun M terlepas pandang beberapa perkara seperti aset dan pelaburan 1MDB dalam industri tenaga, antaranya:-

i. pemilikan 15 loji kuasa dan desalinasi di enam buah negara, Mesir, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW

ii. pembinaan 3 lagi loji kuasa baru, iaitu Jimah East Power di Port Dickson, loji kuasa Gas di Melaka dan loji Solar di Kedah

iii. pembelian 310 ekar  tanah di Pulau Indah untuk projek-projek yang berkaitan dengan tenaga

10. Tun M juga mungkin tersalah anggar nilai aset dan pelaburan 1MDB dalam bidang hartanah, misalnya:

i. pembangunan 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang mempunyai Nilai Pembangunan  Kasar (GDV) sebanyak RM40 bilion dan dijangka dapat menarik lebih 250 syarikat global, mewujudkan 500,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung

ii. pembangunan 495 ekar projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM155 bilion yang dihubungi laluan Keretapi Berkelajuan Tinggi ke Singapura dan MRT Kuala Lumpur, salah satu stesennya dari TRX serta dapat menjadi pemangkin pembangunan koridor selatan Malaysia dengan kawasan pertumbuhan satelit di Seremban, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Bandar Nusajaya.

iii. pembinaan lapan kemudahan ketenteraan baru untuk TUDM dan PDRM bernilai RM2.7 bilion, termasuk dua lapangan terbang udara baru, iaitu 500 ekar pangkalan TUDM di Sendayan dan flying wing PDRM di Subang.

iv. pembelian tanah dan pembinaan 30,000 rumah kos rendah dan mampu milik khususnya di Pulau Pinang (9999 unit) dan di Lembah Klang (20,000 unit di Bandar Malaysia)

11. Tulisan Tun M lebih banyak berbentuk dakwaan dan permainan persepsi, termasuk cubaan mengaitkan 1MDB dengan Jho Low dan Riza Aziz. Sehingga sekarang Tun M masih tidak dapat mengemukakan sebarang bukti yang kukuh tentang penggelapan wang yang dilakukan oleh kedua mereka.

12. Dalam hal ini, Petrosaudi telah menyatakan bahawa
pelaburan ini telah dipulangkan bersama keuntungan dan ia tercatat dalam akaun beraudit. 1MDB juga telah menyatakan pelaburan dalam syarikat usahasama dengan Petrosaudi ini telah ditukarkan ke dalam bentuk nota Murabaha dan dibayar sepenuhnya pada jumlah AS$2.318 bilion dengan keuntungan sebanyak AS$488 juta pada tahun 2013.

13. Dakwaan tidak berasas dan permainan persepsi ini tidak mendatangkan sebarang manfaat melainkan hanya untuk menghakis keyakinan terhadap ekonomi dan kepimpinan negara. Didapati terdapat usaha berterusan memainkan persepsi negatif walaupun kerajaan telah memberi komitmen untuk melaksanakan audit forensik, siasatan oleh PAC, tidak akan melindungi pihak yang bersalah dan tidak akan mem'bail-out' 1MDB.

14. Selain Tun M, portal pro-pembangkang juga turut berusaha menghakis keyakinan pelabur terhadap kepimpinan dan ekonomi negara. Artikel The Edge Review, yang turut disiarkan oleh Malaysian Insider menggunakan tajuk "Controversies raise Malaysia's risk profile" menyiarkan berita bahawa agensi penarafan sedang berura-ura untuk menurunkan penarafan kewangan negara walaupun Naib Presiden dan Pegawai Kanan Kredit bagi Institusi Agensi Penarafan Moody, Eugene Tarzimanov telah menyatakan bahawa hutang 1MDB tidak akan mengakibatkan kesan sistemik terhadap sistem kewangan dan perbankan negara kerana jaminan dan dedahan hutang 1MDB adalah terhad dan mempunyai sandaran. Kenyataan Moody ini konsisten dengan kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zetty Akhtar, CEO 1MDB Arul Kanda dan jawapan-jawapan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Husni Hanadzlah di Parlimen.

15. Walaupun fundamental atau asas ekonomi negara adalah kukuh dan keyakinan terhadap ekonomi negara sangat tinggi (terbukti apabila Sukuk Global Malaysia yang diterbitkan terlebih langganan sehingga RM32.8 bilion), namun ia masih boleh dirosakkan oleh khabar angin dan permainan persepsi yang negatif terhadap negara.

16. Sepanjang tempoh beberapa tahun ini peranan menghakiskan keyakinan terhadap kepimpinan dan ekonomi negara dimainkan secara konsisten oleh pemimpin pembangkang dan portal pro pembangkang, tetapi kali ini nampaknya Tun M turut serta.

17. Tun M mahu batalkan GST? Adakah ini kerana auta atau fakta?

31 comments:

paksu said...

syabas bro

IBU RISKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
akmy said...

Kalau masih rasa layak digelar negarawan, pastinya kita akan dengar permohonan maaf dengan rasa rendah diri dari Dr M tetapi yang pasti dari riak lompat keterlaluan seolah2 turunnya PM Najib merupakan hidup mati Dr M…maka akan ada isu lain yang akan dibangkitkan, dipanaskan, diumpat-keji siap dengan hukumannya sekali..selari dengan cara/taktik pembangkang selama ini.
Sukalah juga diperingatkan, biarpun beribu kali perkara berikut agar kita sentiasa awas tidak mudah lupa….."AIDCNews – 15/08/12 – Seorang pembaca meminta kami menyiarkan semula tulisan ‘Angela’ berkenaan lingkaran Anwar Ibrahim dengan Jesuit, Freemason dan New World Order (NWO) yg pernah disiarkan di sini..“Nanti orang keliru dengan mengatakan Anwar hanya terlibat dengan Freemason (zionis), sedangkan Anwar juga terlibat dgn Jesuit (Kumpulan Jesus).
Shen Yee Aun (SYA) bekas Setiausaha Pemuda Sosialis DAP Klang mendedahkan jika Anwar Ibrahim, BERSIH, SUARAM dan Malaysiakini ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED), maka DAP pula ditaja oleh Socialist International.. kaitan atau rantaian belakang tabir puak pembangkang ini ialah organisasi pro-demokrasi di Amerika Syarikat dengan tali barutnya di Malaysia..segalanya ada dalam media alternatif dan bukanlah lagi satu rahsia..malah satu buku setebal 131 halaman telah dihasilkan oleh organisasi AS itu sejak 2009..rupanya sudah habis seluruh pelusuk negara mereka redah untuk mengajar rakyat bagaimana hendak menolak BN.
..“Dia (Nat) pernah jadi Setiausaha Eksekutif kepada Pengerusi Foundation for the Future iaitu Anwar..“Selain membantu Tian Chua, dia menulis dalam Malaysiakini dan dipercayai masih berperanan dalam sebarang program “educating Malaysia for democracy” yang dibiayai oleh CIA,” ulas The Unspinners..For too long now, I think Anwar, PKR and Pakatan have become convinced that they can get away with murder, because they believe those of us who hunger for change simply have no other options..
.. This story suggests that we are on the edge of a crisis; that forces linked to former PM Dr Mahathir are looking to dethrone PM Najib, and instigate an era of unprecedented racial and religious strife...tak sedap sangat komen nii..tapi nak tanya jugak, betul kee??

Unknown said...

Suatu yang agak pelik apabila penyokong sangat berfakta dan bijak beranalisa untuk menjawab Tun tetapi tuan punya badan Najib @ PM @ Menteri Kewangan dan Pengerusi 1MDB kelu dan tidak bermaklumat.

Jika Najib jawab tanpa berdolak dalik, buat siri jelajah jumpa NGO atau rakyat atau sanggup di Media Utama wawancara live dan terbuka kepada saolan sudah tentu kes ini selesai dan sudah minima pertikaiannya.

Cakap Tun tak taku kalau Najib ada integriti.

Adalah lebih baik masa ruang dan kesempatan yang ada pada admin difokus kepada usaha dan doa supaya Najib ada keberanian dan kekuatan untuk bercakap benar dan berundur kalau bersalah.

Pengurusan Negara dan sikap Najib sebelum dan sekarang lebih berganda mensabotaj ekonomi dan keharmonian.

Jika benar, semua persepsi dan tuduhan menjadi kalis tanpa perlu tambah kos untuk mengarahkan panglima dan hulubalang untuk menafikan.

Unknown said...

Dipersila hippo dan ahjibgor SAMAN negarawan Tun Dr M.

Prestasi menjawab soalan rakyat amat berbeza. TDM menjawab dgn penuh keyakinan.

ahjibgor hanya tersipu sipu asyik asyik sebut rosmah hippo.

Cuba temgok video youtube tentang hippo yg diluahkan oleh adik hippo, keluarga, suadara mara dan orang kampung sihippo.

maae said...

Cuma hendak tahu bila PM Najib boleh bentangkan jawapan komprehensif 1MDB, seperti laporan kewangan negara di mana semua orang "bertanda tanya ?" boleh mengakses setelah dii bentang, di bahas dalam Parlimen ? Saya yakin beliau akan jawab juga, tetapi kenapa,Sarawak Report yang selalu ada jawapan ? Terbaru, pendedahan akaun syraikat Jho Low yang konon nya beliau umumkan "BERSIH?" Kepada siapa kita kena percaya ?

1. Bermain sentimen dan persepsi itu cara pembangkang. Kenapa PM Najib terperangkap dalam sangkar pembangkang ? Duduk platfom mana?

2. Sebagai PM, sesiapa jua sudah pasti memerlukan visi pemerintahan nya. Cuma dalam sesuatu / beberapa dasar melibatkan bajet luarbiasa, ia tidak boleh di olah secara sendiri oleh beberapa pihak tanpa pengetahuan parlimen, KK dan Bank Negara. Ia melibatkan kerajaan yang di nafikan.

Zaman Mahathir ia berlaku, juga di zaman Najib. Zaman Pak Lah di lakukan secara proksi (semua orang politik tahu). Semua jenis perancangan sudah di terjermah dalam bajet tahun berikut nya dan keperluan Parlimen berbahas dan meluluskan. Tetapi 1MDB hanya di kenali selepas bajet. Aneh nya dalam konflik, bertukar Ketua dan sebahgian pengarah. Misteri yang Tun M persoalkan. Tidak kira berapa jumlah, tetapi satu amaun yang besar, bolehh sahaja merudumkan sistem kewangan Malaysia.

3. Jika kesalahan itu nyata di bawah PM Najib, bersegera lah perbetulkan ! Majoriti akan mempercayai Tun M kerana pengaruh beliau masih kuat. Bayangkan jika "salah ini" di bawa menghadapi PRU 14 ! Menangis lah Melayu majoriti bila Umno balik "menyembah kaki!" Seorang waras, adakah Dap, Pas dan Pkr jadi pilihan ? Saya sendiri 'muntah' dengan perilaku mereka yang tidak lain suka menghambat Melayu dan menegatifkan negara ! Kini Umno pula !

Berkisah dari Melayu, Islam, Raja Melayu sehingga di contohkan sebagai ekstremis, IS, Taliban dan sebaris dengan nya. Malah tidak segan silu melabel Melayu "barbarian !'" Ini lah Bullshit makhluk asing konon warganegara, bila dapat kuasa, kaki kuda mereka menendang, lumurkan tahi, memperlekehkan Melayu majoriti, Malaysia walhal mereka lah sebenar nya viking pengganas dan perompak ekonomi dan sosial dalam kerangka politik berkepala dua, meraih kepentingan dan membesarkan perut kroni, nepotism ekstrim sendiri ! Kewujudan sekular G25.... Hina dan aib mereka ini semua di tutup rapat. Mereka lah paling "perfect." Siapa mengungkit akan di saman puluhan dan ratusan juta !

Satu pertanyaan :- Ada kah ini juga amalan Umno akan datang ?

Satu nota :- Terus terang saja. Dulu saya begitu yakin Najib boleh mentadbir Malaysia dan membawa Melayu menikmati mentari pagi. Berimbang dan maju dalam kesederhanaan atau wassatiyah Islamiyyah yang mahfum terbaik dari Allah SWT. Jalan redho. Malang nya di olah oleh puak-puak yang jauh dari realiti.

Dalam PAU semua di gegarkan ! Maqasid Syariah jadi panduan, melangkaui semua bangsa ! Semangat atau Sengat tebuan ? Atau sekadar polemik memenang undi ? Di mana keikhlasan ?

Kini segala nya berubah. Melayu tidak melakukan salah, di bedal seenak nya. Mereka yang melakukan onar bebas berterbangan. Di suruh Melayu menjadi produktif dan bersaingan, mana kekangan untuk ruang Melayu menerjah ke atas ? Mana sistem ekonomi Melayu, selain masih menagih kepada bukan Melayu ? Sudah berabad, janji tinggal janji. Malah Melayu semakin terkeluar, terpaksa balik menghuni di kampung-kampung warisan yang masih serba kekurangan... Ini lah yang teramat di risaukan.

SolitaireHunter said...

Awak sama dengan Mat Mazlan yang kata Tun M tak faham GST. Dr Maza kata:Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?!

Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai ‘kurang cerdik’ (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?!!

Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik) tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri, persoalannya; apakah individu dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?!. Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?! – Dr Maza

Unknown said...

Apa ketahian ini!

Tanah TRX dijual oleh kerajaan dengan murah kepada 1mdb. Kalau 1mdb bankrupt, tanah2 tersebut akan lesap. Siapa nak tanggung. 1mdb mati, rakyat akhirnya yg tanggung, BODOH.

Unknown said...

Pergghh....Tun Faisal vs Tun Mahathir....budak mana Tun Faisal ni? Jasa mesti sama besar dengan Tun Mahathir ni....lebih paham masalah negara lebih dari Tun Mahathir. Apakata klu benar lah dakwaan brader ni, lu bawak idea ni ke Pejabat Najib....saman sama TDM, saman sama Sarawak Report.....bagi bersih nama Najib dan 1MDB.....ada berani?? Jangan la setakat gah cerita kat sini....busuk lah!! Wahai Tun Faisal, Tun Mahathir takdak perlu jelas apa pun.....kerajaan Najib skrg ni pihak yg wajib kene memberi penjelasan kepada setiap persoalan TDM, persoalan KAMI....berserta dengan bukti yg menunjukkan semua dakwaan itu smua adalah palsu....FAHAM??? Jgn jadi budak confuse.....

maurice said...

Macam mana dengan pemindahan wang ke syarikat di bawah kawalan Jho Low?Tolong beri komen.

Kheboon Lalang said...

Siapa anda untuk menyangkal ape yg Tun M nyatakan....hanya sekadar memberi maklumat di dlm blog tanpa bukti kukuh pada saya itu bukan jawapan yg rakyat cari.....ape yg Tun M tanya hanya boleh dijawab oleh DS Najib sendiri....org lain tidak layak sama sekali mngulas isu ini...Tun M hanya mahukan jawapan dr DS Najib bg semua isu yg beliau persoalkan....bkn anda....Jika ape yg Tun M katakan adalah salah,DS Najib wajib bangun melawan....tp sampi skrg beliau masih membisu....bkn Tun M shj yg masih menunggu jwpn nye malah kami rakyat malaysia juga masih menunggu....tq

Labu8455 said...

Memualkan dan memalukan membaca kritikan saudara terhadap Tun M. Semua orang tahu saudara menerima bayaran untuk melakukan kerja kerja jijik seperti ini tapi saudara lupa yang bos saudara (Najib) sampai kehari ini masih lagi gagal untuk menjawab semua pertanyaan Tun M tapi yang terus menyibuk untuk membodek Najib dan mengeluarkan kenyataan buta perut adalah orang orang seperti saudara dan blogger blogger "bangang" (pinjam kata Najib) yang terus membodek Najib secara "mengkhinzir" buta.

Unknown said...

Saya sokong penyataan kheboon

Unknown said...

We r curious on how much exps n cost involved by the transactions n who benefit from the transaction costs. More critical is the exposure n implication created by it to the country...masih menanti jawapan yg benar.

Anonymous said...

awak sapa nak cakap tun m auta. apa jasa awak pada negara banding dengan tun m. betul kata wan aizal rashidin, kalau penyokong pun MACAM bermaklumat, kenapa najib payah sangat nak jawab. tunjuk akaun 1mdb please. aku dah menyampah giler kat org umno yg lifestyle mewah, kerjanya tak tahu apa.

jgn jadi bodoh!!! said...

Maybe Tun Faisal can also comfirm whether these "wahyus" also originated from Tun Dr. Mahathir?

1. Did Tun instructed the Edge to reveal various details regarding 1MDB including e-mails to/from various top guns in 1MDB especially in its deal with Petro Saudi? If some people has the guts to sue Harakah regarding 1MDB, please have some balls to sue the Edge as well. Maybe they can get to Tun too via that route.

2. BSI Bank recently revealed that there was no 1MDB money in Singapore in its report to the Singapore Monetary Authority of Singapore (MAS). It was alleged that MAS had shared this info with Malaysia. So Tun's "wahyus" also reached BSI and MAS?

3. British Court documents also revealed that Jho Low claimed to possess Malaysian Government's backing in his/ group bid to buy luxury hotel(s) in the UK. Can Tun Faisal also verify whether Tun Dr. Mahathir, despite his vocal stand against the British during his premiership including "Buy British Last" policy, can Tun Dr. Mahathir actually send "wahyus" to influence the British courts?

4. Everybody knows who is operating the " Sarawak Report". They made various claims recently about 1MDB and their claims might also damage our economy and investors' confidence, so why won't Tun Faisal lead a legal team to sue Sarawak Report to pieces or file a super injunction in British courts? Maybe Tun Dr. Mahathir's "wahyus" will influence British courts' decisions too?

5. Various foreign newspapers ranging from the Straits Times in Singapore to the New York Times in the U.S. also wrote about 1MDB and Jho Low, so they also received "wahyus" from Tun Dr Mahathir to do so? Their reports can also damage foreign investors' confidence so why won't Tun Faisal persuade the government and UMNO to sue these media outlets till they go kaput?

So who is actually giving our economy bad press? I can only list five questions so far but Tun Mahathir has tonnes. Just answer the questions la, otherwise start suing people or file for injunction. Otherwise rumours and so called "wahyus" can stiil fly around. Why would Tun Dr. Mahathir co-operate with the opposition to harm Malaysia's economy when he was the one who tirelessly fought to steer our country during the 1997-2000 Asian Financial Crisis to the point of sacking that useless Anwar who might sell all of us to IMF and the penyangaks if he had the chance? Nobel Laureate like Joseph Stiglitz also applauded Dr. Mahathir's actions against constrictionary fiscal policies during that time, and even IMF acknowledged that one economic solution doesn't fit all. Is Tun Faisal smarter than Professor Stiglitz when it comes to economics? Even if Tun Dr. Mahathir didn't ask questions about 1MDB, others will do so including foreign investors. Has Tun Faisal read what was recently written in the Economist about Malaysia? Maybe they also bekerjasama with Tun Dr. Mahathir after receiving his "wahyus"?

Some people are beyond stupid and failed to understand that not everyone is as stupid as them. Yet they think they can lead the people with their inane analyses.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Sapa pun boleh sangkal tun m bila dia tidak bercakap benar apalagi kalau dia berbohong. Siapa saya? Klu dlm pemikiran awak saya tak boleh tegur tun m sbb siapa saya, jd saya pun boleh guna premis yg sama utk bg tau siapa awak untuk tegur saya kan? Klu tun m berbohong, saya dan sesiapa saja boleh tegur, klu awak nak tegur saya, buatlah tulisan yg lebih baik utk tegur, klu stkt ayat yg x de fakta tu, budak kecik tak sekolah pun boleh tulis :)

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Tq paksu :)

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Ya, klu suruh batalkan, mmg nampaknya tun m x fhm gst. Dr maza pun klu dia stkt sokong, maksudnya dia pun mgkin tak fhm gst, tp skdr nak cari populariti. Itu mmg maza yg saya kenal dr sekolah :)

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Anyone can.produce such 'documents'.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Sori, saya tak dibayar. U dpt fakta mana saya dibayar? Memualkan baca posting u

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Sapa pun boleh sangkal tun m bila dia tidak bercakap benar apalagi kalau dia berbohong. Siapa saya? Klu dlm pemikiran awak saya tak boleh tegur tun m sbb siapa saya, jd saya pun boleh guna premis yg sama utk bg tau siapa awak untuk tegur saya kan? Klu tun m berbohong, saya dan sesiapa saja boleh tegur, klu awak nak tegur saya, buatlah tulisan yg lebih baik utk tegur, klu stkt ayat yg x de fakta tu, budak kecik tak sekolah pun boleh tulis :)

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Mcm mana nak bankrup klu ada tanah yg ada dlm kedudukan strategik?

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Ya lebih fhm. Apakata u tulis artikel yg lebih baik utk sangkal? :)

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Sapa pun boleh sangkal tun m bila dia tidak bercakap benar apalagi kalau dia berbohong. Siapa saya? Klu dlm pemikiran awak saya tak boleh tegur tun m sbb siapa saya, jd saya pun boleh guna premis yg sama utk bg tau siapa awak untuk tegur saya kan? Klu tun m berbohong, saya dan sesiapa saja boleh tegur, klu awak nak tegur saya, buatlah tulisan yg lebih baik utk tegur, klu stkt ayat yg x de fakta tu, budak kecik tak sekolah pun boleh tulis :)

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

BSI revealed client account info? Very unethical and doesnt make sense at all.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Tun m and edge? Maybe they are together, maybe they hv similar intention or interest

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

So whts the problem wt british court and support fr the government?

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Tun m and edge? Maybe they are together, maybe they hv similar intention or interest

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Who gives our economy bad press? Tun m & opposition leaders & pro.oppo portals

Sarawak report, tun m, edge - I think legal is coming to them

Foreign press? Anythg bad abt the country even nonsense will be published, what more if they can quote some unpatriotic & short sighted malaysians

Anonymous said...

"Tun Faisal Ismail bin Aziz said...
Mcm mana nak bankrup klu ada tanah yg ada dlm kedudukan strategik?
April 29, 2015 at 5:21 AM"

Atas ni memang jawapan budak sekolah.

Analoginya beginilah, orang tua tinggal harta banyak pada si anak. Sebab si anak ni takda kemahiran, kepandaian dan kebijaksanaan, dia ambil jalan mudah nak dapat duit cepat dengan cara berhutang.

si anak ni kata apa takut berhutang, aku ada harta. hutang RM47 ribu, harta aku ada RM52 ribu. Masalahnya, yang pertama tak tau lah apa dia buat dengan duit hutang tu. yang kedua, kalaulah dia tak boleh bayar hutang dan hanya bersandarkan kepada harta yang dia ada, habislah harta yang dia dapat percuma dari mak bapak dia tu. Bukan tambah harta ni perabih harta. Typical malay paradigm.

One more thing, sekarang ni zaman orang berpengetahuan. Nak bercakap pun kena ada kredibiliti. Tun M tu negarawan, banyak jasa dan telah terbukti kebolehannya. hang ni maaf kata lah ya, aku pun tak sure apa hang punya kelayakan.

Tun M tanya, PM jawablah. Mudah, itu saja. 1MDB tu brainchild dia. Senang cerita, kalau macam ni lah cara orang UMNO buat kerja, ramai lah orang yang lari dari UMNO. Rakyat kesusahan, kos sara hidup meningkat, nak beli rumah tak mampu, pekerja asing ramai, jenayah, tapi pemimpin masih leka dan kelihatan hidup dalam kemewahan.

K, bye. dont bother replying. banyak kerja lain nak buat ni.

Popular Posts