Saturday, March 30, 2013

Defisit RM262 juta, masih nak buat Projek Mega RM6 bilion? #ubahPenang #TolakDAP




Sudah defisit RM262 juta, lagi mau bikin Projek Mega Terowong Bawah Laut RM 6.3 bilion? 


(Video) Lim Guan Eng Lakukan Kejutan : Terowong Bawah Laut Tanpa Tol?!!! #UbahPenang #GulingDAP #TolakLGE

Setelah lima tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di Pulau Pinang bertambah teruk, dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, serta keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009.

Berdasarkan kenyataan yang sering diucapkan Lim Guan Eng, beliau sering dilihat berbangga kerana seolah- olah berjaya untuk mengurangkan jumlah hutang kerajaan negeri kepada paras yang sukar diterima logik akal pada awal pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Malahan, kenyataannya itu disambut gembira oleh rakyat yang percaya akan "kebolehannya" itu. Namun disebalik segalanya, Lim Guan Eng sebenarnya berhelah dan kejayaan itu sebenarnya dibantu oleh kerajaan pusat.

Baca dan fahami artikel dari sahabat blogger Generasi Pejuang Bangsa ini untuk mengetahui helah yang digunapakai Lim Guan Eng untuk memanipulasi keadaan sebenar;

Kerajaan berjiwa rakyat DAP sering berbangga bahawa merekalah mentadbir lebih baik hingga lah hutang pun menyusut kerana cemerlangnya Khalifah Lim Guan Eng bijak menjaga akaun . Tapi rupanya mereka bohong kononnya berjaya kurangkan hutang jutaan ringgit .  

Ia nya bukan secara tunai tetapi  kerana pemindahan milik secara pajakan aset air kepada PAAB .  CAT KANTOI !! 

Kenyataan meloya Guan Eng di Buletin Mutiara 

GEORGETOWN - Pakatan Rakyat komited menyelesaikan hutang terkumpul negara yang berjumlah RM437.2 bilion sekarang sekiranya diberi peluang menggantikan Barisan Nasional memerintah kerajaan persekutuan di pilihan raya umum ke-13 kelak. 

Demikian iltizam ekonomi Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Lim Guan Eng semalam di Majlis Penerangan Bajet Pakatan Rakyat Pulau Pinang 3M dan sumbangan RM100 Pelajar Emas yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Negeri.  

Guan Eng berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang berjaya melangsaikan kira-kira RM600 juta hutang kerajaan negeri dalam masa tiga tahun; berbanding hutang kerajaan persekutuan yang naik sebanyak 71 perarus dalam tempoh yang sama, iaitu dari RM266 bilion (2008) melebihi RM437.2 bilion (2011). "Dari RM630.13 juta yang ditinggalkan oleh kerajaan negeri (Pulau Pinang) Barisan Nasional pada Mac lalu, kita (Pakatan Rakyat) berjaya mengurangkan sehingga 95 peratus atau RM29.66 juta (baki hutang). 

Kenyataan yang Guan Eng sembunyikan  

[Note: Creative accounting atau tidak laksana kerja?]

Penduduk Pulau Pinang perlu diberitahu bahawa “kejayaan” kerajaan negeri mengurangkan hutangnya daripada RM630 juta kepada hampir RM30 juta adalah kerana pemindahan milik secara pajakan aset air kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) dan bukannya secara tunai, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini. 

“Saya tertanya-tanya kalau dalam tempoh tiga setengah tahun boleh bayar hutang RM600 juta, banyak mana (wang) yang telah dikumpulkan oleh kerajaan negeri?” kata Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2012 bagi negeri itu. 

Isnin lepas, ketika membentangkan rang undang-undang berkenaan, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri berhutang sebanyak RM630.13 juta pada Mac 2008 tetapi sehingga September tahun ini, jumlah hutang telah berkurangan kepada RM29.66 juta disebabkan antara lain penghijrahan aset air kepada PAAB melalui perjanjian yang ditandatangani pada 2 Jun lepas. 

Dalam perbahasannya, Azhar yang juga ketua pembangkang di dewan itu, meminta kerajaan negeri menjelaskan mengapa sejak pakatan DAP, PKR dan Pas memerintah Pulau Pinang tahun 2008, tiada rumah kos rendah yang dibina oleh kerajaan negeri. 
“Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) buat apa? Ini untuk kepentingan rakyat. Perkara ini dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara,” katanya. 

Azhar berkata bahawa setelah lebih tiga   tahun berlalu, masih banyak janji kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang belum dilaksanakan. 
“(Kerajaan negeri) pernah janji nak wujudkan Tiger Park, mana dia? Sampai sekarang tak ada apa. 

“Heboh kata syarikat Korea akan melabur kira-kira RM300 juta untuk buat padang golf di Batu Kawan. Hilang…sampai sekarang tak bunyi-bunyi dah,” katanya. 

Azhar juga berkata beliau masih menunggu bila anggota exco kerajaan negeri akan mengumumkan aset masing-masing seperti yang dijanjikan. 

“Dah tiga tahun enam bulan berlalu, borang tak siap lagi?” katanya. 
~GPB



Menyesal pakcik-pakcik yang undi PR dalam PRU2008....

1 comment:

Changing Our Mindset said...

aku rasa imej kedua tu boleh ditujukan juga utk kerajaan persekutuan. sama je. takde perubahan sejak 2008. rasuah masih bermaharajalela

Popular Posts