Wednesday, October 24, 2012

@KhairyKJ dedahkan `Manifesto bukan Janji' PR dalam isu IPP, tol #PRHipokrit

Post Pic


K'jaan S'gor hipokrit isu IPP dan tol, kata KJ

pada 24-10-2012 07:10 


http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WqbpVk

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menyifatkan kerajaan negeri Selangor hipokrit kerana membangkitkan isu penjana tenaga bebas (IPP) dan tol lebuh raya, tetapi pada masa sama mereka mempunyai kepentingan dalam syarikat terlibat dalam kedua-dua aktiviti itu.

Khairy, yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional dan Ketua Pemuda Umno, berkata walaupun kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang sering mengkritik tindakan kerajaan persekutuan dalam isu IPP dan tol, namun ia masih mempunyai kepentingan dalam IPP generasi pertama, syarikat Genting Sanyen (Malaysia) Sdn Bhd dan Lebuhraya Shah Alam (Kesas).

"Mereka mengkritik, menentang tetapi pada masa sama menerima keuntungan dividen daripada pelaburan IPP tersebut... ini menunjukkan mereka hipokrit, langsung tidak apologetik.

"Walaupun pelaburan tersebut dilakukan sebelum pembangkang mengambil alih Selangor, tetapi sudah empat tahun mereka tadbir, tiada sebarang usaha diambil oleh pakatan pembangkang untuk melupuskan pegangan saham atau pelaburan dalam Genting Sanyen, " katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata jika secara prinsipnya mereka tidak setuju dengan pelaburan tersebut, sewajarnya mereka melupuskan saham berkenaan.

Turut hadir dalam sidang media itu Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Anggota Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng.

Khairy berkata Worldwide Holdings Berhad iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), mempunyai 25 peratus kepentingan dalam syarikat Genting Sanyen.

Selain itu, pakatan pembangkang berjanji untuk memansuhkan tol di negara ini tetapi dalam masa sama kerajaan Selangor mempunyai kepentingan sebanyak 20 peratus dalam Lebuhraya Kesas.

Beliau berkata sekiranya mengikut prinsip yang dinyatakan pembangkang dalam bajet alternatif dan Buku Jingga, mereka sepatutnya telah menjual pegangan saham berkenaan.

"Mereka (pembangkang) tidak boleh kata apa yang terkandung dalam bajet serta buku tersebut hanyalah polisi dan pada masa sama mengekalkan pelaburan dalam kedua-dua sektor yang jelas menentang dasar mereka. Mereka hipokrit.

"Ini membuktikan sikap tidak konsisten dan tidak jujur pembangkang dalam polisi mereka. Mereka boleh buat apa sahaja manifesto tetapi tidak mampu melaksanakan segala apa yang dijanjikan," katanya.


No comments:

Popular Posts