Saturday, September 10, 2011

Akhbar Cina - Kuasa DAP yang menangkan Pas, jadi dengar kata DAP #balaciDAP






China Press
ms C15
8 Sept. 2011


Pas Melangkah Keluar Dari Pantai Timur
Goh Chee Chong

Baru-baru ini Pas melaungkan propaganda mereka mahu mengorak langkah keluar dari Pantai Timur pada PRU akan datang ini dan mahu bertanding di 60 buah kerusi Parlimen, tambahan sebanyak 23 kerusi dari kerusi yang sedia ada sekarang.

Pada pemikiran kita, Pas sehingga kini hanya berlegar-legar di kawasan Pantai Timur. Sebelum Tsunami PRU 2008, peguasaan Pas hanya bertapak di negeri Kelantan dan Terengganu. Pada dasarnya Pas tidak dapat meracuni idea mereka ke negeri-negeri lain. Namun pada hari ini dan saat ini Pas mahu bertanding di 60 buah kerusi Parlimen, kuasa siapakah yang membimbing dan melatih mereka?

Tidak Beri Air Muka

Tidak boleh dinafikan, DAP lah orang yang berjasa dan telah banyak membantu dalam memperkukuhkan penguasaan Pas. Dahulu Pas hanya dapat mengutip sebahagian kecil kerusi dari kawasan UMNO, dan Pas langsung tidak dapat sokongan dari pengundi kaum Cina, sebab itu Pas hanya boleh bermain di kawasan Pantai Timur sahaja.

Selepas Pas bergabung dengan DAP, DAP telah berjaya menarik pengundi kaum Cina menyokong Pas. Kebanyakan undi itu telah memihak kepada Pas. Kini Pas telah mendapat sokongan majoriti kaum Cina dan minoriti kaum Melayu. Di bawah sokongan penuh kaum Cina, Pas telah menang banyak kerusi Parlimen.

Pada masa sama, dalam gandingan dan gabungan antara DAP dan Pas, DAP tidak menerima sebarang kelebihan dari Pas. Selepas Pas menang banyak dalam kerusi Parlimen, Pas tidak langsung menjaga air muka dan imej DAP.

Pas kelihatan kurang prihatin terhadap masyarakat Cina, sebaliknya Pas melaungkan pula kemahuan untuk membina Negara Islam dengan begitu berkobar-kobar. Di Kedah Pas telah menutup pusat penyembelihan khinzir, mengubah nama-nama kepada yang bertulisan Jawi, lelaki perempuan diasingkan, dan melarang jualan arak di negeri Selangor serta memindahkan pusat jualan nombor ekor, menggeledah majlis makan malam gereja secara mengejut, ini semuanya rancangan Pas yang rapi selepas Tsunami politik Mac 2008.

Kami mahu bertanya berapa banyak taktik DAP yang telah dikeluarkan untuk menghalang isu-isu itu?

Di bawah kempimpinan DAP tidak dinafikan Pas dapat mengorak langkah keluar dari Pantai Timur, dalam sejarah Kelantan, Terengganu, Perak dan Kedah Pas telah dapat jawatan menteri besar di keempat-empat buah negeri itu, hari ini Pas secara bangga mahu ambil alih kuasa kerajaan pusat pula. Sekarang apa yang kita mahu lontarkan pada Pas, jika DAP tidak membantu Pas dengan undi kaum Cina, tidak mungkin Pas berada di pentas hari ini, dan adakah DAP boleh putuskan hubungan dengan Pas selepas ini? Dengan jelas Pas telah terhutang budi pada DAP, Pas sepatutnya perlu menghormati DAP yang mereka masih terhutang budi itu.

Sudah tentu masyarakat Cina percaya bahawa DAP boleh uruskan dan menyeimbangi Pas dengan baik, tetapi DAP perlu faham lebih jelas bahawa jalan yang mahu dilalui itu masih jauh, jika dibiarkan lama, kita tidak boleh bersabar menunggunya.

No comments:

Popular Posts