Thursday, July 30, 2015

#VideoMuhyiddin: Wang dalam akaun peribadi adalah hak dan rahsia peribadi

1. Dalam video perbualan TS Muhyiddin dengan tamunya, jelas disebut:

“Saya tanya beliau wang siapa? Beliau tidak nyatakan. Hanya dari Timur Tengah.”

“lepas tu saya tanya berapa banyak... Susah nak kiralah, dia cakap (Najib) a lot, a lot'”

Kemudian Muhyiddin menyebut, "Kenapa masuk akaun personal Najib Razak?”

2. Persoalannya dari mana datangnya nilai RM2.6 bilion? Jelasnya, itu adalah andaian dan dakwaan Muhyiddin sendiri. Dakwaan ini tiada perbezaan dengan andaian dan dakwaan yang dibuat oleh WSJ. Sama juga seperti andaian dan dakwaan bahawa duit tersebut masuk ke dalam akaun peribadi Najib.

3. Duit yang masuk ke dalam akaun peribadi, itu hak dan rahsia peribadi individu yang tidak perlu diisytiharkan kepada orang ramai. Sama seperti duit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi kita.

4. Lainlah jika ada dakwaan bahawa duit itu datang dari sumber yang salah. Barulah seseorang itu perlu membuat perisytiharan, tetapi bukan kepada umum. Dia hanya perlu buat perisytiharan kepada pihak berkuasa yang membuat siasatan.

5. Apabila ada pihak yang hendak masukkan sejumlah wang ke dalam akaun peribadi seseorang sebagai bantuan dana politik, itu adalah bantuan dana politik kepada individu tersebut. Terserahlah bagaimana dia hendak menggunakannya asalkan tidak untuk tujuan yang menyalahi undang-undang sebab itu dana politik peribadinya. Sama ada dia hendak menggunakannya untuk membantu orang, hendak diberikan kepada jentera atau apa saja, itu adalah hak beliau.

6. Lainlah jika bantuan dana tersebut dimasukkan dalam akaun parti, persatuan, yayasan atau syarikat, barulah dikatakan bahawa dana tersebut untuk parti, persatuan, yayasan atau syarikat. Sekiranya ini berlaku, maka parti, persatuan, yayasan dan syarikat tersebut hanya boleh membelanjakan wang tersebut mengikut perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan.

6. Misalnya, jika ada seorang individu hendak membantu seorang Ketua UMNO Bahagian, dan jika dia masukkan duit tersebut ke dalam akaun peribadi Ketua UMNO Bahagian tersebut, maka itu adalah dana untuk kegunaan politik peribadi Ketua UMNO Bahagian itu. Ketua UMNO Bahagian tersebut tidak perlu mengisytiharkan kepada umum, daripada siapa wang itu diperolehi dan berapa jumlah yang diberi.

7. Hanya jika wang tersebut masuk akaun  persatuan, yayasan atau syarikat yang dimiliki oleh Ketua UMNO Bahagian tersebut, barulah perinciannya perlu dinyatakan dalam penyata kewangan persatuan, yayasan atau syarikat yang dimiliki tadi dan dibelanjakan mengikut perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan. Itupun, bagi dana untuk parti politik, tidak ada peraturan yang memerlukan nama penyumbang dinyatakan bagi menjaga kepentingan penyumbang tersebut.

8. Bagaimanapun jika ada dakwaan bahawa wang yang masuk ke dalam akaun seseorang individu adalah dari sumber yang salah, maka barulah timbul soal ada pembuktian, daripada siapa duit itu diterima dan kenapa ia diberikan. Jika ia didakwa datang dari sumber rasuah, maka perlulah dibuktikan siapa pemberi dan ia diberi sebagai rasuah untuk tugas atau projek apa.

9. Dalam kes akaun peribadi Najib Razak, duit dikatakan datang dari sumber 1MDB dan hasil pelaburan usaha sama dengan Petrosaudi. Dalam hal ini, penyiasat boleh merujuk penyata akaun dan dokumen daripada 1MDB dan Petrosaudi, sama ada benar duit dari sumber ini masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak atau tidak. Setakat ini penyata kewangan beraudit 1MDB dan Petrosaudi tidak menunjukkan duit daripada mereka masuk ke akaun peribadi Najib. Biarlah Pasukan Petugas Khas Empat Agensi menyiasat dokumen-dokumen ini.

10. Jika duit itu digunakan untuk tujuan salah, maka Pasukan Petugas Khas juga boleh menyiasat sama ada duit itu adalah duit hasil penggubahan wang (money laudering) atau digunakan utk tujuan-tujuan jenayah dan yang menyalahi undang-undang. Jika berlaku sebarang pelanggaran undang-undang dari segi penggunaan wang, maka pihak berkuasa boleh mengambil tindakan. Bagaimanapun jika tujuannya baik, misalnya untuk membantu rakyat, kita tertanya-tanya juga pihak berkuasa hendak mengambil tindakan di bawah peruntukan apa?

11. Sekiranya berlaku transaksi dalam jumlah yang besar, bank terbabit perlulah memaklumkan kepada Bank Negara berkenaan transaksi tersebut. Itu soal peraturan perbankan dan akta-akta berkaitan yang perlu dipatuhi oleh bank tersebut. Tanggung jawab pendeposit cuma perlu memaklumkan dari mana sumber wang dan tujuannya apabila ditanya oleh Bank Negara.

12. Sesiapa sahaja boleh menyumbang wang untuk membantu Najib dan parti. Jika mereka mahu ia digunakan untuk membantu parti, mereka akan dimasukkan ke dalam akaun parti atau organisasi yang berkaitan parti. Tetapi jika mereka mahu membantu individu yang bernama Najib Razak, itu hak mereka yang membuat pilihan tersebut.

13. Biarlah Pasukan Petugas Khas menjalankan tugas mereka menyiasat dakwaan yang ada. Muhyiddin sepatutnya menyerahkan tugas tersebut kepada Pasukan Petugas Khas dan bukan menimbulkan spekulasi kerana kecewa selepas digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

24 comments:

w34p0nry said...

Najib tu businessman ke? 2.6 billion... rakyat marhaen mana yg tak pelik. Lain la kalau Syed Mokhtar Bukhari

yul kkab said...

maaf ckp ..video tsbt juga x abis d siarkn...msih ade yg d rhsiakn..jd cmne Tuan bleh slhkn tsmy dlm hal nie..sdgkn kte smua x tgk lg kseluruhan vdeo n ape yg d ckpkn spenuhnye olh tsmy n mukhriz...! cpt btol Tuan slhkn tsmy...sy cume nk ckp 1 perkara ape pon yg brlaku, x mgkin imej PM akn bertmbh baik...trunla ke akr umb d kg2 lihat la pndgn dr pnyokong tegar UMNO adakah mreka skong PM lg @ x...? adakah mreka akn mngubdi BN lg jika PM msih ade? skongn org muda juga dh bralih...jgn la d pndg skongn dr kliling PM shj, mreka d kliling PM smua brjwtn brduit dan d beri duit..tp tgk la kt kami d akar umbi ni...kami dh hlg slere utk UMNO krn ada nye org spt PM..jgn slhkn TSMY Tun M @/Mukhriz..xyh la cte psl konspirasi ..kami org bwh x amik kesah psl konspirasi..tp desaka. hdup tekanan ekonomi gst dan sbgnya yg mnybbkn kami x sronok dgn PM..jgn momokkn kami dgn Br1M krn sbhgn kami x dpt pon BR1M...igt la Tuan...mmbela brpada2...pndg la kt kami org2 marhaen yg mmg x dh xde smngt dgn kpmmpinan PM..

Salam said...

Hahahaha tun faisal stop doing this, you will look unintelligent, 2.6 bil and u say its ok because its into a personal account, its personal, clearly you are ignorant towards international and BNM laws of money transfer and money laundering

tobeng said...

Ko biar betul,cerita duit masuk rm2.6b macam cerita duit rm2.6k aje ye..hahaha.RM2,600,000,000 lah bhai..ko boleh selamba kata hak dan rahsia peribadi.Tak tahu macamana nak cakap dah.Agak2lah pun kalau makan gaji pun..

Memang tepat lagi jitu,klu pru diadakan sekarang,umno dan bn akan kalah teruk.Ini bukan cakap pembangkang.Ramai para simpatisan umno macam aku ni pun tak akan undi bn kalau najib masih ditampuk kuasa.Baik dok rumah makan nasi.Korang boleh terus syok sendiri sesama kuncu2 korang yg berkepentingan.

Dulu bn cuma dpt 48% undi yg 99% dtg dr umno.Sekarang umno sudah pecah dua,korang rasa2 berapa persen yg umno boleh dapat?Boleh menang lagi ke kalau umno hilang walau 10% undi?

Hamidi SP said...

Najib sendiri tak berani nak menafikan dia pernah buka dua akaun di AmBank beberapa bulan sebelum PRU 13 dan menutupnya beberapa bulan selepas PRU 13, malahan Najib tak berani menafikan USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion itu dimasukkan ke dalam akaun tersebut.

Najib dah gelabah, sanggup buat apa sahaja untuk lepaskan diri, dia ingat rakyat tak faham ke apa yang dia buat sekarang ni.

Rakyat tahu sangat apa yang dia buat sekarang ini adalah untuk menutup jejak penyelewengannya di dalam 1MDB dan isu RM 2.63 bilion bersamaan USD 700 juta itu.

Bak kata pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah, Najib jadi takut sebab dia di pihak yang salah.

#pahlawanbugiskecutperut

Abadi Busrah said...

Syabas...ini meripakan pengakuan secara tidak langsung yang Najib Razak benar benar menerima ke dalam akaunnya seperti yang dilaporkan sebelum ini 👏👏👏

roslan othman said...

Tun Faisal,
Apa yang kamu tulis ini hanya penyamun dan penyangakwang rakyat saja yand setuju ,apa punya penulisan la , jelas semakin tiada kuliti dan nilai penuluisan.

Bobo Bice said...

Setakat ni blogger yang paling bodoh pernah saya lawati.......hopeless

Landung said...

Artikel anda sangat kurang bermutu, ternyata anda cetek pengetahuan dalam perkara asas seperti kemasukan wang ringgit melibatkan jumlah yang banyak.

AdiPutra said...

Stupid blogger known as faisal! Another macai najib.. Truly macai detected..! Bile siasatan 1mdb dijalankan.. Bp byk masa dilengahkan.. Bile dishoot, katanye hak peribadi.. 2.6bil..!! Damn it! Not rm2600! Najib to menteri!! Bkn insan biasa org x amek kisah! Dgn keadaan ekonomi skrg.. Masih mau sembang ka lu! Lau najib lgsg x bsalah, apekejadah isu 1mdb until now asek pelbagai alasan?!! Kejap isu lowyat.. Kejap ckp xkenal jho low.. Kejap akaun rosmah affin pn fulus masok.. Kejap bangunan tgkt 9 tbakar.. Kejap wat rombakan kabinet!!! 2.6billion!!!!! Tau x bp angka kosong!! Bkn million! Billion damn it! Bkn peribadi lg

enigma said...

ckup2 le jdi lembu wahai Tun faisal.
org kalo dh tak suka dan tak percaya
Kau bukak le ape kung fu sekali pun
tetap tak jln.
Aku malas nk komen bnyak2 tntang fuckta yg ko bawak ni
cuma aku nk bgitau kat kau dan macai2 UMNGOKSS BE END
yg masih tegar bodoh jilat bontot jibby & rosmah nirrojimmm,
aku sedang bergembira dan tersenyum melihat satu persatu bala bencana turun menimpa
negara ini kerana pemerintahan yg zalim kpda rakyat.
sampai masa aku akan gerak dari negara ini.
Prediction aku. Tak lama keamanan negara ni akan berkekalan. Kemuncaknya pda PRU 14 nnti.
Negara ini takkan jadi sperti arab spring tetapi sperti rusuhan kaum di Indonesia tahun 1998. Anjing2 perkauman dari UMNGOKSS BE END akan digerakkan utk mengekalkan kuasa pemerintahan :)

To all Malaysian

Good Luck On Your Bloody Shit Politics :)

muhamad Danial said...

Bodoh jugak orang najib ni ya kesian aku tengok...

IBU RISKA said...

Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWA GUMPALA

Taufiq Hidayat Rahmat said...

Ape bukti sahih yg mengatakan duit itu adalah 'sumbangan' dan bukan 'habuan'....?? Ape bukti yg mengatakan duit RM2.6bils itu bukan datang dari aliran transaksi ciptaan 1MDB....?? Knp statement dari MACC ini hanya keluar sebaik sahaja selepas beberapa ahli utama Task Force 'digugurkan' secara mengejut dan umum...?? Tidakkan pada fikiran kita yg berakal ini bahawa sesuatu statement(walaupun lafaz cerai) yg dibuat oleh mana2 pihak dlm keadaan 'tekanan' dikenakan ke atas mereka samada secara langsung atau tidak langsung, tidak boleh digunapakai...?? Maaf, saya hanya memberi pandangan dari atas pagar.....

adib hakeemi said...

'matlamat menghalalkan cara'.kesiannya terserlah sungguh kebodohan mu keldai.

mus imah said...

Apa yg admin lontarkan ni ada benarnya. Dan yg pasti Najib x ambil duit 1MDB, atau balun duit rakyat, ini semua fitnah. Maka jelaslah mereka yg sengaja memfitnah dapat penambahan dosa dalam akaun peribadi sebelah kirinya kecuali dimaafkan oleh Najib.

zulkifly ilias said...

Matlamat menghalalkan cara. Dah terang lagi bersuluh. Tiada orang menderma tanpa mengharapkan balasan.

zulkifly ilias said...
This comment has been removed by the author.
zulkifly ilias said...
This comment has been removed by the author.
IBU TIJA said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

Popular Posts