Thursday, February 27, 2014

#PRKKajang Saifuddin akui Anwar kaya dan banyak kroni, tapi tak sekaya macam Tun Daim?




Saifuddin lupa Tun Daim tak kayakan ayah dan adik beradiknya, tetapi Anwar?



Kroni Anwar adalah individu ke-3 terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Lee Shin Cheng, ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia. Aset beliau bernilai AS$3.2 bilion. IOI pernah juga diterajui oleh bapa kepada Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim.

Bapa Anwar, Datuk Ibrahim Abdul Rahman merupakan bekas ahli parlimen dan bekas Setiusaha Parlimen Kementerian Kesihatan. Selepas beliau bersara, Dato Ibrahim telah menjadi pengerusi IOI Group dimana Tan Sri Lee Shin Cheng merupakan pemilik dan pemegang saham utama.

Berita Harian, 8 Disember 1998 melaporkan bapa Anwar miliki saham dalam 20 syarikat. Anwar Ibrahim mengamalkan kronisme, nepotisme dan kolusi. Anwar membisu bila didedahkan terhadap kepentingan perniagaan keluarga dan rakan rapatnya. Senarai Pendaftar Syarikat menunjukkan anggota keluarga Anwar dan rakan rapatnya adalah peneraju korporat yang penting.

Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar.

Utusan Malaysia melaporkan pada 19 Jun 1998 ;

Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan. Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.

Pada 2 Mei 1998, bapa Anwar, Dato’ Ibrahim Abdul Rahman, memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan 3,790,500 saham Nissan Industrial Oxygen Incorporated manakala adik-beradik Anwar, Farizon memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan Marzukhi memiliki 2,800,000 saham Penas Corporation.

Bapa Anwar juga menjadi Pengerusi bagi Syarikat IOI Corporation.

Kaitan bapa Anwar Ibrahim dengan IOI dibongkar oleh Majalah Antarabangsa ASIAWEEK, majalah ini membongkar kaitan tersebut 


Jumlah saham yang diterima oleh bapanya  ketika Anwar Ibrahim 
menjadi Menteri Kewangan

Pendedahan ini menunjukkan bapa Anwar Ibrahim mendapat saham IOI sebanyak 2 juta unit pada tahun 1993. Tahun berapakah Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan? Tahun 1991.

Mudahnya Anwar menuduh orang lain KRONI dan SALAH GUNA KUASA tetapi apabila dia menjadi Menteri Kewangan, bapanya dianugerahkan  saham lebih 6 juta unit ketika Kerajaan rancak melaksanakan dasar penswastaan dan pensyarikatan Malaysia. Dalam pada itu, Datuk Ibrahim telah dilantik menjadi Pengerusi IOI.

Dilaporkan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, saham IOI group telah meningkat secara mendadak.

Begitu seronok Anwar menuduh orang itu rasuah dan sebagainya. Sedangkan bekas rakan kongsi bapa Anwar merupakan individu ke-3 terkaya di Malaysia ketika ini. Bagaimana boleh kaya? Itu anda kena tepuk dada, tanya Anwar bagaimana Tan Sri Lee Shin Cheng boleh kaya sehingga hari ini.

Baca juga

Dato’ Kamaruddin Jaafar merupakan kroni Anwar yang paling banyak menerima habuan. Kamaruddin Jaafar merupakan bekas Setiausaha Agung ABIM. Setelah Anwar keluar ABIM dan memasuki UMNO, Kamaruddin juga menyertai UMNO dan kemudian memegang jawatan Ketua UMNO bahagian Tumpat.

Berikut dipetik dari artikel Utusan yang sudah tersebut:

“Bekas Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Kamaruddin Jaafar, mengetuai senarai kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat habuan projek dan saham yang bernilai berpuluh bilion ringgit."

Mengikut senarai itu, syarikat milik Kamaruddin merupakan pemegang saham utama dalam tiga buah projek iaitu Kuala Lumpur Linear City, KL People-Mover Rapid dan Sabah Shipyard Sdn. Bhd. yang nilai kos keseluruhannya ialah RM11.319 bilion.

Beliau memiliki saham dalam dua syarikat mengendalikan pembinaan pengangkutan di ibu negara iaitu KL Linear City bernilai RM10 bilion dan KL PRT Sdn Bhd. bernilai RM1,298 juta serta projek Sabah Shipyard Sdn. Bhd sebanyak RM21 jutaKamaruddin juga tersenarai sebagai pemegang saham utama dalam dua syarikat iaitu Westmont Land (Asia) Berhad dengan saham sebanyak 4,700,592 pada 13 Februari 1996 dan Malaysian Mosaics Berhad (sebanyak 7.5 juta).”

Naib Presiden PAS, Hj Mohd Sabu pun pernah menyatakan Anwar “mengganas” dalam soal nepotisme. Dalam satu wawancara dengan Majalah Tamadun yang dipaparkan dalam edisi Julai 1998,(klik di sini)  Naib Presiden PAS tersebut berkata:

"…Kita boleh bertanya, nisalnya, adakah Kamaruddin Jaafar atau Kamaruddin Mohd Nor menjadi jutawan segeran kerana dia pandai berniaga atau disebabkan sahabatnya menjadi Menteri Kewangan?

"Begitu juga dengan Rani Ibrahim, Marzukhi Ibrahim, dan Rosli Ibrahim yang naik mendadak dalam perniagaan, adakah kerana mereka pandai berniaga atau kerana saudara mereka menjadi Menteri Kewangan? Begitu juga dengan bekas setiausaha sulit Anwar, Nasarudin Jalil dan beberapa orang lain yang dekat dengan Anwar yang naik mendadak…”

“… Bagi saya, walaupun Anwar belum mempunyai kuasa penuh, dia sudahpun menunjukkan bakat “keganasannya” melebihi Perdana Menteri!”

“… Kita ingin bertanya lebih kurang 300 juta saham Petronas Dagang dilabur ke mana hingga perwakilan Sabah menyokong Ghafar kepada Anwar dengan begitu mengejutkan? Ini bermakna Anwar saling “mengganas” dalam soal nepotisme!”









Saham-saham Shamsidar?





Saham Azmin RM 8 juta?



No comments:

Post a Comment