Wednesday, June 19, 2013

]Video] Fatwa `syahid' #BlackOut505 Husam songsang, demi tutup kegagalan dan penipuan Anwar




Anwar paling gagal dalam Pakatan

Protes jalanan untuk tutup kegagalan Anwar, PKR

KUALA LUMPUR: Desakan demi desakan Pakatan Rakyat dengan menganjurkan beberapa siri protes bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dibuat semata-mata untuk menutup kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Dalam perbualan ringkas dengan Antarapos, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas menegaskan dakwaan berlaku penyelewengan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebenarnya tiada asas.

"Kalau diambil perkara, yang kalah sebenarnya dalam saingan untuk mendapat keyakinan rakyat adalah PKR. Sebab itu Anwar individu yang dilihat mempunyai ketidakpuashati yang paling tinggi jika dibandingkan PAS dan DAP.

"Ia untuk menutupi kegagalan sebenar, PKR adalah 'the bigger loser' yang menjadi penyebab kegagalan Pakatan," katanya.

Dengan merujuk kenyataan dikeluarkan pemimpin Pakatan sebelum ini, beliau berkata sejumlah besar daripada pemimpin pembangkang mengakui bahawa punca utama kekalahan gabungan tersebut adalah disebabkan kelemahan parti bukan kesalahan SPR.

"Dalam Pakatan Rakyat yang diwakili PAS, PKR dan DAP...kalau rakyat boleh terbuka dari segi minda dan hati untuk mengkaji setiap kenyataan pemimpin Pakatan maka rakyat akan mendapati sebenarnya tidak dapat ditentukan kebenaran yang mana hendak ditonjolkan.

"Contohnya, Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) menyalahkan PAS tentang kegagalan untuk mengekalkan Kedah, kalau ia ditonjolkan kepada PAS bererti Guan Eng tidak menafikan kekalahan itu disebabkan oleh kelemahan dan bukannya penyelewengan.

"...begitu juga Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat) yang mengatakan kegagalan Pakatan adalah disebabkan kegagalan Datuk Seri Anwar untuk mendapatkan kerusi di Sabah dan Sarawak dan ini bermaksud Nik Abduh mengakui kegagalan Pakatan disebabkan kelemahan Anwar untuk dapatkan kerusi di sana dan bukan disebabkan proses ketidakadilan dilakukan SPR," katanya ketika dihubungi.

Anwar paling gagal

Beberapa siri perhimpunan bantahan telah diadakan di ibu negara dan pada 22 Jun ini merupakan perhimpunan terakhir 'Blackout 505'.

"Bagaimana Anwar kata ini disebabkan penyelewengan dilakukan SPR, saya nak nyatakan dengan jelas sebab Anwar yang paling melompat antara semua kerana dalam Pakatan yang paling gagal adalah Anwar Ibrahim," kata Reezal Merican.

Tambah wakil rakyat penggal pertama ini, PKR adalah parti yang kalah besar berbanding PAS dan DAP di peringkat pusat dalam PRU13 yang diadakan pada 5 Mei lalu.

"PKR bertanding 97 kerusi (Parlimen) hanya sekadar mendapat 31 bererti dia kalah 66 kerusi, PAS tanding 73 kerusi menang 21 kerusi bererti PAS hanya kalah 50 kerusi dan DAP lawan 59 kerusi menang 38 kerusi bermaksud DAP kalah 21 kerusi.

"Parti yang kalah paling banyak dari segi jumlah dan peratus adalah PKR...kalau lihat Umno, tanding 119 kerusi menang 89 kerusi bererti Umno kalah 30 kerusi," katanya.

No comments:

Popular Posts