Tuesday, May 7, 2013

Pas wajar jadi MB Selangor dan satukan 37 pemimpin Islam dalam DUN


MB PKR Khalid dilihat tidak efektif dan tidak Islamik

Tahniah kita ucapkan kepada Tahaluf Siyasi Pas yang telah memungkinkan pencapaian terbaik mereka dalam pilihan raya umum sejak tahun 1955. 

Hasil Tahalluf Siyasi Pas, keputusan penuh Pilihan Raya Umum ke-13 adalah seperti berikut - Barisan Nasional (BN) mendapat 133 kerusi, Dap 38, PKR 30 dan Pas 21. 

Di Selangor, Pas dilihat mempunyai peluang yang besar untuk mengambil alih kerusi Menteri Besar. Pas memperolehi 15 kerusi, Dap juga 15, PKR 14 dan BN 12. Ramai ahli-ahli Pas melihat ini merupakan peluang terbaik Pas untuk bebaskan negeri Selangor dari maksiat, menghalang gejala murtad dan menegakkan cita-cita Islam Pas.

Lagipun MB Selangor daripada PKR dalam sidang yang lepas dilihat tidak efektif dan tidak Islamik.

Pas mempunyai peluang ini kerana ketika ini, jumlah pemimpin Islam yang memenangi kerusi DUN Selangor dalam PRU13 adalah seramai 37 orang, iaitu 15 daripada Pas, 10 PKR dan 12 BN. Sedangkan Dap Selangor hanya 15 kerusi.

Pas wajar mengambil peluang ini untuk menjadi `imam' dan menyatukan semua pemimpin Islam negeri Selangor dan membentuk sebuah negeri yang ditadbir berdasarkan cita-cita Pas. 



Dr Hasan Ali: Beri peluang Pas teraju Selangor
Tarikh: May 6, 2013

SHAH ALAM - Kejayaan Pas menambah penguasaan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor daripada lapan kepada 15 pada pilihan raya umum ke-13 semalam, membuktikan peningkatan pengaruh mereka di negeri itu berbanding dua sekutunya.
   
Perkembangan itu juga membuka peluang kepada Pas untuk mengetuai kerajaan negeri Selangor yang pada penggal lalu diteraju PKR. Berbanding Pas, PKR kali ini hanya menambah satu kerusi kepada 14, sementara DAP pula menang 15 berbanding 13 kerusi pada 2008.  
   
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata pakatan DAP-PKR-Pas di Selangor harus memberi peluang kepada Pas meneraju kerajaan negeri itu kali ini.
   
"PKR dah ada peluang lima tahun lepas, bagilah peluang kepada Pas. PKR kena berjiwa besar," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
   
Hasan yang pernah menjadi Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor sebelum dipecat daripada PAS pada Januari 2012, turut menggesa pakatan itu berpegang kepada semangat setiakawan.

Beliau merujuk kepada desas-desus jawatan menteri besar itu diintai oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
     
Hasan turut menyenaraikan nama-nama anggota dewan undangan negeri (Adun) Pas yang layak mengisi jawatan itu, antaranya Adun Sabak, Sallehen Mukhyi; Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan.
   
Sallehen, 46, ialah pendakwah bebas dan juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor manakala Mohd Khairuddin, 42, merupakan Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, dan Dr Ahmad Yunus, 48, ialah Yang Dipertua Pas Kuala Langat.
   
Abdul Khalid pada sidang akhbar di sini hari ini memberitahu calon Menteri Besar Selangor akan ditentukan oleh pucuk pimpinan pakatan dalam masa seminggu ini.
   
"Soal pentingnya bakal calon MB (menteri besar) mesti diterima dan diperkenan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya. - Bernama

2 comments:

wayau said...

Walaupun kalau Pas dapat MB tapi janganlah kehulu kehilir asyik kena ikut dengan exco dap.

Jangan biarkan exco dap cakap dulu sebelum MB cakap.

Tunjukkan kalau selama ini Pas yang asyik mengalah, kali ni Pas kena kawal dap!

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Daripada sokong sosialis, liberalis, sekularis utk jadi MB, lebih baik sokong Islamist, tp biarlah Islamist yang bawa ke arah kebenaran bukan kesesatan :)

Popular Posts