Saturday, June 4, 2011

#MuktamarPas - Nasharudin dijangka kalah pagi ini?

Ana mengaku kalah?


Walaupun saya mengharapkan Ustaz Nasharudin Mat isa menang jawatan Timbalan Presiden Pas hari ini, namun saya terpaksa akur bahawa hipotesis yang dibuat oleh rakan twitter, Ayatollah Helme lebih menggambarkan apa yang berlaku di dalam Pas.

Andaian Helme, jawatan Timbalan Presiden Pas akan dimenangi oleh Tuan Ibrahim Tuan Man. Hipotesis beliau, Nasharuddin tidak disukai oleh penyokong Murysidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat dan Husam Musa. Beliau tidak mempunyai base yang kuat. Kumpulan ulama atau lebih tepat berpendidikan agama akan memberi sokongan kepada Tuan Ibrahim dan kumpulan erdogan akan memberi sokongan kepada Mat Sabu, iaitu calon yang tidak boleh dikategorikan dalam kategori ulama dan profesional. Akhirnya, kalau dulu, Nasharudin di sokong oleh Hadi Awang, tetapi kali ini tidak lagi.

Satu lagi faktor tambahan yang mungkin Helme tidak nyatakan adalah, sepanjang tempoh Nasharudin menjadi Timbalan Presiden, gerak geri dan peranan beliau telah dikongkong sehingga beliau dilihat tidak memainkan peranan yang efektif untuk Pas.

Bagi mereka yang pernah menerima tarbiyah Pas tetapi berada di luar Pas ketika ini, meletakkan harapan agar Nasharuddin memenangi jawatan Timbalan Presiden kerana beliau mempunyai keberanian untuk menegakkan Islam di dalam Pas dan mengembalikan Pas sudah banyak terpesong dari perjuangan sebenar.

Selama ini selepas Pilihan Raya 2008, Pas dipenuhi oleh syaitan-syaitan bisu yang takut kehilangan jawatan dan kekayaan kerana bertentangan pendapat dengan Nik Aziz. Selain itu dikatakan bahawa Pas juga seolah-olah diresapi oleh agen-agen asing yang lebih suka mempromosikan sosialisme berbanding Islam, menentang perpaduan sesama Islam, menyokong pluralisme dan usaha memurtadkan umat Islam secara halus.

Akibat terlalu ramai syaitan bisu dan alat-alat pihak tertentu di dalam Pas, akhirnya sedikit demi sedikit Pas kelihatan hanyut menggilakan kuasa dan sanggup menggadaikan perjuangan asal mereka demi untuk mengekalkan kuasa.

Hasilnya, akibat niat yang salah ini, bukan kuasa yang Pas perolehi, sebaliknya mereka ditipakan dengan kehinaan kerana mereka hanya diperkuda, dibalaci, diboneka dan dipinggirkan dalam banyak perkara, terutamanya di peringkat nasional, Pulau Pinang dan Selangor.

Tahaluf siyasi yang kononnya akan memartabatkan Pas dan Islam, nampaknya hanya slogan syok sendiri yang nyata ditolak oleh pengundi di kalangan umat Islam sehingga Pas kalah di banyak Pilihan Raya Kecil dan tiada tempat di negeri Sarawak.

Ustaz Nasharudin adalah harapan umat Islam agar Pas kembali memperjuangkan Islam. Bagaimanapun nampaknya beliau mungkin akan kalah dalam pertandingan kali ini. Lebih malang lagi jika Nasharudin yang berani, bersih, bijak dan dari kalangan berpendidikan agama ini tewas kepada Mat Sabu yang mempunyai kes, tidak berpendidikan tinggi dan tidak berpendidikan agama.



Poster siapa Mat Sabu ihsan blogger Panji Dari Timur:


Wallahu a'lam, mungkin jika Mat Sabu menang, ia merupakan satu kebaikan kepada UMNO juga, jadi - biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya, biarkan, biarkan....


Sebagai rujukan, di bawah ini disertakan himpunan `kicauan' / tweets Ayatollah Helme @ayathelme semalam mengenai pemilihan Pas....

(Nota: Jika dilihat, begitu banyak jasa UMNO dan BN terhadap Nasharuddin. Begitupun UMNO dan BN masih difitnah sebagai zalim dan tidak membantu orang-orang Pas. Sampai bila anak-anak Pas hendak terus menipu dan makan duit haram... )


1. SEBAB ada permintaan cerita pasal Ustaz Nasharudin, aku cerita sikitlah latar belakang dia

2. Ustaz Nasha ini asal orang nogori, tapi besar di Kampung Pandan, budak MARA tapi tak habis dalam bidang grafik dan senireka

3. Boring dengan MARA, Ust Nasha pi ke India belajar di Kolej Darul Ulum, sambung di Jordan, 7 tahun, 2 tahun bahasa arab, 5 tahun syariah.

4. Balik Jordan, Ustaz Nasha jadi tutor di UIA, pastu sambung belajar di Univercity Glasgow Scotland, dan buat MA Undang-Undang Perbandingan

5. Jadi pensyarah undang-undang di UKM, dua tahun, sebelum bakat kepimpinannya dikesan oleh Presiden PAS Ustaz Fadzil Nor, Ustaz Fadzil adalah MENTOR dia

6. Ustaz Fadzil suruh dia berhenti UKM, bertanding, dia patuh, tapi di mana? Tahun 99, Kelantan bloc, Terengganu bloc, Ustaz Fadzil kata mai kedah.

7. Ustaz Nasha mana ada base, dia pensyarah terjun jadi ahli politik dalam semalam, tapi Ustaz Fadzil guna pengaruh dia letak Nasha bertanding di Yan.

8. Menang PRU 1999, Ustaz Fadzil susun balik PAS, sebab golongan profesional makin ramai, pentadbiran pejabat setiasaha agung masa tu style kampung.

9. Ustaz Hassan Shukri (arwah), banjar totok, dia urus (pejabat PAS) Taman Melewar tu, macam siak urus masjid saja, rumah pun belakang office... :)

10. Ustaz Fadzil suruh Ustaz Nasha susun balik, kemaskan pentadbiran pejabat Setiausaha Agung, buat bagi sistemetik sikit, surat keluar masuk dan sebagainya

11. Ustaz Nasha yang menurut perintah ni pun buatlah, jadi tersusun lebih kurang, baru adanya namanya fail di pejabat tu, data keahlian dan lain-lain.

12. Ustaz Fazdil umur tak panjang, dia meninggal mengejut, dan menyebabkan Ustaz Nasha juga terkontang kanting, ayah mati, mana tempat nak berteduh

13. Satu benda dengan Nasha yang orang lain tak ada, dia boleh cakap empat bahasa, Melayu, Inggeris, Arab, Urdu (sikit sikit).

14. Bila ayah mati, Nasha kawan baik dengan geng muda, geng Husam, Hatta, Bakar Chik, dan orang lama macam Mustapa Ali.

15. Tempat presiden kosong, Haji Hadi naik, timbalan kosong berebut, geng veteran kuda dia Ustaz Hassan Shukri al Banjari, puak muda kuda dia Ustaz Nasha

16. Geng Terengganu letak nama Ustaz Harun Taib, sebab apa puak muda letak Nasha, sebab dia paling senior (jawatan SUA) dan paling pandai...

17. Masa itu, Nizar kerja jurutera repair lif UDA lagi... Air liur meleleh dengar pidato Haji Hadi, Mat Sabu dan lain-lain.

18. Tukang kempen Nasha (ketika itu), Husam Musa... All out dan petang tu di Taman Melewar, Nasha menang, kali pertama sebagai timbalan presiden

19. Bila Ustaz Fadzil meninggal, Nasha tak ngam dengan Ustaz Azizan Abdul Razak, sebab Azizan orang Sungai Limau Yan, Nasha MP Yan, dua singa satu bukit, mana boleh beb

20. Nasha yang bergelar timbalan presiden, bawa diri ke Terengganu, bertanding PRU11 di Besut, kalah, PRU12 di Bachok Kelantan, Husam payung baik, menang, tapi dia still tak ada base, keje ikut bos suruh

21. Apabila diketahui keputusan PRU ke 12, UMNO sentap, UMNO open table nak runding dengan PAS... PAS Kelantan dok seronok menang, PAS Terengganu yang kalah nampak cahaya

22. So masuk ikut PAS Terengganu, sebab presiden ada situ, ketua ulama ada situ, ingat okay la, PAS kan parti ‘ostat-ostat’ ...huhu

23. Hadi minat mulanya, sebab dia nampak jalan pintas ke Putrajaya, dia presiden, mau jadi menteri, dia panggil syura bermesyuarat, Nik Aziz tak datang

24. Syura kata, okay mari kita tengok apa tawaran UMNO, Syura dipengerusikan Datuk Dr Harun Din, arah Nasha 'runding lanjut', Nasha ikut arahan pi la...

25. Masalah timbul bila Nik Aziz tak berkenan, dia tak suka jalan pintas, sebab Anwar dah janji 16 Sept, mesti bentuk kerajaan di Putrajaya

26. Nik Aziz dikelilinggi Erdogan mula serang rundingan antara PAS dan UMNO, memula Hadi nak pertahan juga, tapi bila Nik Aziz singsing baju

27. Terus Hadi tak jadi, pelan dok bocor, damage has been done, so mari kita cari kambing hitam...Sapa lagi orang tak ada base la

28. Nasha kena gulai, padahal dia hanya ikut ARAHAN Syura PAS saja, kalau nak salah, salah Hadi dan Harun Din la, yang keluar arahan...

29. Ustaz Nasha survive pemilihan lepas sebab undi pecah antara Husam dan Mat Sabu, dia masih di dokong Hadi, tapi ini kali catur dah lain...

30. Catur ini, Nasha arwah, Tuan Ibrahim di sokong Nik Aziz dan Haji Hadi... Mat Sabu lepas ni boleh la sambung belajar di Beirut balik, macam 2004...

31. Sekian adanya kisah Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan saya tujukan lagu Terry Jack Season in the sun untuk beliau dengan ucapan tunggu apa lagi, alang-alang mandi biar basah.





4 comments:

BKK said...

kelakar betul bila orang umno pun minat dengan pemilihan PAS. Pas kan parti yang lemah. Utusan Malaysia pun sama, bagi liputan yang meluas pasal Pas. tahun-tahun yang sudah takde pun.

JoN said...

anon June 4, 2011 7:36 AM, lu silap bai.. kami langsung x mnat nk tau grak geri bangkai2 dlm PAS ni cuma kami brminat kat seglintir org2 melayu dlm PAS yg cuba kluar dr mmpi bangkai2 PAS ni, bai de wei bai gua bkn org UMNO, jd lu jgn sesuka hati wat fitnah sedap2 la bai...

Mohd said...

Hari ini adalah permulaan hari gelap bagi kaum Melayu di Malaysia.
Dgn parti PAS dikuasai oleh puak Erdogan, maka yg menang adalah DAP yg akan menghancurkan kuasa politik orang Melayu di tanah airnya sendiri. Puak Erdogan yg telah dipilih spt Mat Sabu dan Din Puduraya akan menyokong sepenuhnya kelakuan Anwar aljuburi sebab mereka pun sama saja gila seks.
Lebai2 PAS yg telah mengundi dah kenyangkah dgn wang sogokan Anwar? Cukup ke utk 7 keturunan?
Dgn kebodohan Najib yg telah berkali2 mengalah dgn tuntutan2 kaum Cina.
Tengok saja sekarang ini pelajar2 Melayu kita yg sedang belajar perubatan di Timur Tengah menghadapi masalah kewangan tidak langsung dihiraukan oleh Najib. Ini kerana kaum Melayu tak buat bising. Menteri2 Melayu pun diam seribu bahasa.
Tak apa. BN akan tumbang pada PRU13 yg akan datang, kerana kaum Cina yg pandai akan mengundi DAP dan kaum Melayu tidak akan mengundi BN.
Betullah teori RAHMAN.
Anwar Ibrahim akan melepaskan dirinya dpd tuduhan meliwat apabila dia berjaya menjadi PM. Kaum Cina melalui DAP akan berkuasa sepenuhnya. Hak Istimewa kaum Melayu akan dihapuskan. Institusi Raja-Raja akan dibubarkan. Malaysia akan dijadikan sebuah republik spt Singapore. Perlembagaan Malaysia akan dipinda. Kaum Melayu akan mengemis di tanah airnya sendiri.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Jon, Mohd - terbaeeeeek :)

Popular Posts