Thursday, March 24, 2011

Dosa terkini Pas - menyokong PLURALISME




Tahniah kepada Pas kerana telah menyokong perjuangan sesat lagi menyesatkan. Dosa perjuangan Pas hari ini adalah demi mendapatkan kuasa, mereka telah:
  1. menyokong dan mempromosikan sosialisme di masjid-masjid dan surau-surau
  2. mengamalkan assobiyah demi mempertahankan salah laku Ketua Umum PKR
  3. menyokong usaha memurtadkan umat islam secara halus melalui lidah Nik Aziz dan Khalid Samad
  4. tidak mengotakan janji untuk menutup kilang arak, premis menjual arak, judi dan maksiat di negeri-negeri PR, terutama Pulau Pinang dan Selangor, malah jumlahnya semakin bertambah dan
  5. TERKINI bersubahat menyokong agenda pluralisme Anwar Ibrahim.

Ini semua perjuangan Pas, yang kononnya menggunakan istilah `tahaluf siyasi' tetapi hakikatnya mengamalkan falsafah politik Machiavalian `end justifies the means' (matlamat menghalalkan cara).



Saya ada menulis tentang kenapa semakin hari semakin ramai yang meninggalkan Pas dalam Pengundi Islam lari kerana `tahaluf siyasi' Pas menyimpang?; dan ini bukan omong kosong atau rekaan kerana ia dibuktikan melalui keputusan-keputusan PRK di Manek Urai, Permatang Pasir, Galas, Bagan Pinang dan terakhir di Kerdau. Malah pemimpin Pas juga tidak dapat menerima amalan Pas sehingga mereka sendiri meninggalkan Pas. Lihat kenyataan Mohamad Hafiz Nordin, bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang dalam Pas makin hancur, rosak...



Semuanya kerana pemimpin Pas sudah hanyut dengan kuasa. Jika dulu Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang pernah menyatakan "kami rela kalah kerana Islam, kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah, apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah". Hari ini, akibat gilakan kuasa, ketika menyampaikan ucaptama Seminar Memperkasakan parti Pas, Hadi mengubah kata-katanya kepada, "kita bukan setakat mahu menang tetapi yang penting adalah mengisi kemenangan itu."




Baca tentang perjuangan PLURALISME Anwar yang disokong oleh Pas.


JAKIM Sahkan Ucapan Anwar Di London Anjur Pluralisme

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan terdapat unsur-unsur pluralisme agama yang terkandung dalam ucapan yang disampaikan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di London, Mac tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata antara unsur-unsur itu adalah mempertikaikan ekslusiviti kebenaran yang hanya terdapat dalam agama Islam dan mengakui faham “The Transcendent Unity of Religions” melalui konsep universal sufism (satu kebenaran banyak jalan).

Selain itu, beliau berkata unsur lain termasuk konsep kesamarataan agama, menafikan konsep benar dan sesat serta terpengaruh dengan faham Falsafah Abadi dan Kesatuan Metafizik.

“Jakim telah mengkaji ucapan tersebut dan di sana terdapat unsur-unsur pluralisme agama,” katanya ketika menggulung perbahasan titah Yang di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi kementeriannya di sini hari Khamis.

Dalam pada itu, Jamil berkata Jakim sentiasa memantau dan mengkaji sebarang pemikiran yang menyeleweng termasuk pluralisme agama.

Katanya, muzakarah jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-74 pada 25 hingga 27 Julai 2006 ketika memutuskan berkenaan gerakan pemikiran liberal yang mengandungi fahaman-fahaman menyeleweng telah menyenaraikan konsep pluralisme agama sebagai salah satu doktrin yang sesat lagi menyesatkan.

Sementara itu, Jamil Khir berkata pelbagai program penerangan akan disusun supaya masyarakat dapat memahami dengan lebih jelas mengenai fahaman pluralisme, liberalisme dan sebagainya.

Sebelum ini, beliau berkata program penerangan telah bermula dengan adanya wacana membanteras gerakan pluralisme agama dan pemurtadan ummah pada 14 Dis tahun lepas dan wacana isu-isu semasa akidah pluralisme agama di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 15 Jan.

“Kita tahu ada gerakan yang terancang bahkan ada kekeliruan di kalangan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan persatuan yang ada hubung kait dengan agama tapi keliru dengan pluralisme dan sebagainya.

“Kerajaan menyedarinya bahkan bukan sekadar melihat dalam konteks hukum semata-mata dan tindakan untuk menjelaskan kepada rakyat telah bermula,” katanya ketika menjawab saranan Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang mencadangkan agar kerajaan mengadakan muzakarah di peringkat kebangsaan bagi membincangkan beberapa salah faham yang membabitkan penyelewengan akidah. – bernama

2 comments:

Antibarua said...

ALLAH TIDAK BERSAMA PAS, BEGITU JUGA SEBAHAGIAN BESAR ORANG ISLAM DI MALAYSIA. ORANG KAFIR SAHAJA UNDI PAS UNTUK MEMECAHKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA. PAS PARTI UNTUK ORANG KAFIR SEBENARNYA. PAS TIDAK PERNAH DAN AKAN BERJAYA MEMERINTAH MALAYSIA MELALUI PILIHANRAYA... AMIN.

PUU said...

Semoga ALLAH merahmati perjuangan pejuang2 yg menegak agama islam dimuka bumi ini. Permudahkan perjuangan mereka. Kasihanilah mereka.. aminnnn

Popular Posts