Friday, May 22, 2009

Pakatan Pembangkang penuh dengan `sore losers'...


Cubaan Pakatan Pembangkang untuk menidak dan memperkecilkan kuasa Sultan Perak tidak menjadi kenyataan. Jelas dan telus. Pembangkang - 0 -, Sultan - 3.


  • Hakim berkata perkara 16.6, Undang-undang Tubuh Perak jelas menyatakan jika Sultan tidak memberi perkenan untuk membubarkan DUN, maka Nizar mesti meletak jawatan

  • Hakim berkata semasa Nizar mengadap Sultan Perak pd 4 Februari 2009, adalah jelas beliau telah kehilangan kepercayaan 31 orang ADUN dan tidak lagi menguasai majoriti di dalam DUN

  • Hakim kata tiada sebarang peruntukan di dalam Undang-undang Tubuh Perak yang memerlukan supaya undi tidak percaya dibuat dalam DUN bagi menggugurkan Menteri Besar

  • Hakim juga menegaskan bahawa tindakan Sultan Perak berjumpa 31 orang ADUN sebelum melantik Dato' Dr. Zambry bagi mengesahkan sokongan terhadap BN adalah tindakan yang betul

  • Hakim mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi KL yang mengesahkan Nizar sebagai MB Perak kerana Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf di dalam membuat tafsiran

  • Hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato' Dr. Zambry atas alasan bahawa kuasa untuk membubarkan DUN adalah HAK MUTLAK Sultan Perak. (Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Allahuakbar)

Keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes ini disambut penuh kesyukuran dan dengan bacaan doa oleh para penyokong BN. Begitupun sewaktu doa sedang diaminkan, penyokong Pakatan Pembangkang secara kurang ajar telah memaki dan mencabar penyokong BN. Ini sikap kurang ajar penyokong Pakatan Pembangkang; tidak kira mereka yang berserban mahupun bertopi. Dalam tradisi masyarakat majmuk Malaysia, apabila orang Islam mengaminkan doa, orang bukan Islam juga akan diam dan tunduk menghormati doa yang dimainkan. Bagaimanapun sikap yang sebaliknya ditunjukkan oleh anak didik Tok Guru, Kit Siang, Anwar dan Karpal. Di mana silapnya? Ini mungkin kesan daripada ajaran bahawa Tuhan itu samseng dan Tuhan itu mencarut. Mungkin natijah dari ajaran tersebut maka hari ini kita lihat telah lahir generasi samseng dan pencarut, selain perasuah dalam Pakatan Pembangkang. Wallahua'alam.

4 comments:

Mohd Sufian said...

Salam,

Adakah Nizar dan Pembangkang akan terus mendiamkan diri selepas ini?

Dgr cite Nizar nak buat rayuan pulak. Tak habis nak menyusahkan rakyat betullah Pembangkang nih...

Charcha Merba said...

With this new court outcome...now I strongly believe more than ever that BN akan kecundang in PRU 13. Rakyat kebanyakan especially in Perak will not forget this.

BN falls into PR's trap in making more people hate BN for their actions in Perak recently.

Anyway...PR should respect the court decision and moves on for the sake of people in Perak. Congratulation Umno.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Charcha Merba,

Kita tengok sajalah nanti, at ths point pun dah ramai org Melayu dah kembali kpd BN dan lari drpd Pas... which is a good sign. Later, kita akan tarik pula sokongan org bukan Melayu. Dalam kes Perak - Harap rakyat faham undang-undang melalui kajian yg betul, bukan melalui lidah pembangkang yg bercabang.. :)
Kebenaran akan datang jua.. kita akan tahu pula sama ada sumpah Saiful carry weight atau tidak.. :)

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

salam perkenalan juga Sinatra Z, my hp no ada dgn Razman, do sms jic you cant get hold of me, tq

Popular Posts